Meski pun kajian telah menyatakan pemakaian kasut tumit tinggi boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan namun kaum wanita tetap mengenakannya untuk tampil cantik.

Pelakon Zara Zya bagaimanapun mungkin serik setelah mendapat pengajaran daripada pemakaian kasut tumit apabila terpaksa mendapat rawatan kerana mengenakan kasut jenis ini dalam tempoh yang lama.

Perkara ini didedahkan oleh Zara Zya sendiri dalam akaun instagram miliknya.

IKLAN

“Kejadian semalam…bila terjaga waktu pagi, kaki dgn tulang belakang saya sakit sgt. Tak boleh jalan. Hasrat nak pegi shooting tergendala. Nervousnya masa tu Allah je tahu. Hurmmmm sebabnya ialah hari-hari pakai kasut tumit tinggi.

Shooting pakai, masa jalan2 pakai. Dan terlalu banyak berdiri. Nahhhh Allah tarik nikmat untuk seketika. Skrg ni saya nak ingatkan semua para gadis, para wanita please lah kurangkan pakai high heels okay. Alhamdulilah sekarang saya okay.”

Demikian tulis Zara dalam status yang disertakan dengan gambar dia sedang menerima rawatan dan satu lagi foto di atas kerusi roda.

IKLAN

Justeru apa yang berlaku kepada dirinya, pelakon ini yang juga bintang drama Tuan Anas Mikael ini meminta wanita di luar sana mengurangkan pemakaian kasut tumit tinggi bagi mengelakkan kejadian yang berlaku pada dirinya berulang.

IKLAN
Selain itu:  Langkah Rawat Masalah Ketumbit Supaya Cepat Sembuh

Bahaya pakai kasut tumit tinggi

Selain sakit kaki dan tulang belakang seperti dialami Zara Zya, pemakaian kasut tinggu juga boleh menyebabkan masalah kesihatan berikut;

  •  Seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50%, manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76% tekanan pada kaki.
  • Masalah lebih menyakitkan ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan perlu dilakukan.
  • Berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.
  • Pergelangan kaki terseliuh di bahagian buku lali kerana sukar mengimbang badan.
  • Masalah bunion (hallux valgus) iaitu ibu jari kaki masuk ke dalam ke arah jari kedua mengakibatkan benjolan pada bahagian luar kaki di sebelah ibu jari kaki
  • Pemakaian kasut tumit tinggi yang bertutup di hadapan dan runcing menyebabkan darah tidak dapat bergerak dengan betul akibat tersekat.
  • Betis memendek dan tegang kerana tumit tertolak ke atas menyebabkan kaki kerap mengalami kekejangan dan sakit di bahagian tumit.
  • Kulit pada bahagian kaki menerima tekanan akan mengeras termasuklah bahagian tapak kaki, di bawah jari dan bahagian tepi hujung kaki.
  • Kesakitan lutut menyebabkan badan tidak stabil.
  • Saraf bengkak/menebal pada bola kaki iaitu morton’s neuroma, pembesaran tulang di belakang tumit (kecacatan haglund) dan jari bengkok (claw hammer)

Mr. Edmund Lee, Pengarah Urusan MyOrtho & Pakar Orthotik dan Prostetik
Prof. Madya Dr. John Marymont, Pakar Pembedahan Ortopedik, Kolej Perubatan Baylor, Houston

Sumber: instagram zarazya

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI