Hampir lima bulan bertarung dengan penyakit kanser, akhirnya semalam anak anggota kumpulan UNIC Bazli Hazwan menghembuskan nafasnya terakhir.

Arwah selamat dikebumikan semalam di Tanah Perkuburan Kubu Gajah Sungai Buloh. Namun sesuatu yang menyentuh perasaan adalah perkongsian foto Bazli serta isterinya Asiah Abu Bakar yang dilihat tenang malah tersenyum mendukung jenazah Mohd Syahid.

Melihat keadaan mereka sebenarnya membuatkan netizen sebak mengenangkan betapa mereka tabah dan redha dengan pemergian anak syurga ini.

Perkara ini diakui oleh sahabat-sahabat mereka melalui perkongsian yang dibuat di Facebook selepas jenazah Syahid selamat dikebumikan.

 

Syahid bintang syurga

Asiah memang ASIAH yang sebenar

 

Sumber: Zuryati Isa FaRihah Khamarudin

 

 

 

 

 

KOMEN
Artikel Berkaitan