Foto gadis cantik bersama beberapa orang rakannya ini viral di media sosial. Bersama caption "Budak lahir 90an sila mereput. Sebab kid nowadays baru 16 tahun dah lawa-lawa"  ia telah mengundang  pelbagai reaksi dari netizen.

Ramai  tidak puas hati bila dia memperkatakan tentang 'budak yang lahir pada tahun 90-an' selain dikecam kerana mekap tebal yang dikenakan pada usia yang masih muda.

Mahu memberi pencerahan tentang apa yang berlaku, pemilik foto iaitu Zakirah Zainal, 16 telah menerbitkan satu video berbentuk vlog. Dalam video itu gadis yang mempunyai puluhan ribu followers di instagram ini menjelaskan cerita sebenar.

Ujarnya gambar yang tersebar itu sebenarnya dikongsi oleh salah seorang follower dan diberi caption yang berbeza dengan asal.  Tindakan tersebut menyebabkan dirinya menjadi mangsa dan tidak cukup dengan itu banyak pula troll dibuat mempersendakan dirinya selepas status tersebut tersebar.

Namun katanya follower tersebut telah meminta maaf setelah mendapati foto Zakirah jadi viral akibat perbuatannya.

Ujarnya lagi, dia sebenarnya  telah memuat naik gambar itu dengan caption "sesi penggambaran bersama rakan, nantikan".

Bagaimana pun Zakirah sedih bila gambar yang diambil untuk tujuan penggambaran tersebar dengan caption yang berbeza. Dia dikecam netizen kerana menyangka dia membuat kenyataan kasar tentang budak 90 -an sedangkan hakikatnya tidak begitu.

Dalam pada itu, Zakirah juga membuat penjelasan apabila ramai yang memperkatakan tentang mekap mampan yang dipakai, tidak sesuai dengan usia mereka yang masih muda.

 "Saya tidaklah bermekap tebal sepanjang masa. Tak logik pakai mekap begitu setiap hari. Saya bermekap itu untuk tujuan fotografi.

"Ada juga yang komen saya gunakan duit mak bapa untuk membeli mekap tapi tak. Kalau saya beli pun saya tidak menggunakan duit ibu bapa atau orang lain. Saya beli semuanya menggunakan wang yang saya peroleh melalui review di YouTube selain fotografi.

"Saya minat dengan mekap dan saya buat duit melaluinya. Saya harap video ini dapat memberi pencerahan terhadap komen-komen sebelum ini."

Untuk video penuh anda boleh tonton di sini.  Anda boleh juga ikuti perkembangan Zakirah melalui instagram miliknya @zakirahzainal.

 

Artikel Berkaitan
Anda Mungkin SUka
KOMEN