Penyanyi Janet Jackson selamat melahirkan anak pertamanya pada usia 50 tahun semalam.

Bayi lelaki yang diberi nama Eissa Almana itu adalah hasil perkahwinannya dengan ahli perniagaan dari Qatar Wissam Al Mana pada tahun 2012.

"Janet telah selamat melahirkan dan kini sedang berehat. Keduanya teruja menerima kehadiran bayi yang diberi nama Eissa Al Mana,"menurut jurucakap Janet.

Berita kehamilan penyanyi ini dikongsi pada April tahun lalu yang turut menyebabkan dia menunda konsert jelajah Unbreakable diatur sebelum itu.

Selepas itu gambar beliau tampil dengan hijab bersama suami di kota London untuk membeli barangan bayi turut mengejutkan peminat.

Sumber : www.bbc.com
 

KOMEN
Artikel Berkaitan