Meskipun sekadar mahu berkongsi kegembiraan anda kerana bakal menimang cahaya mata namun wanita hamil disarankan tidak berkongsi baby bump atau perut yang sedang memboyot.

Dibimbangi anda mungkin menjadi mangsa lelaki maiesiophilia. Berdasarkan Wikipedia takrifan Maiesiophilia adalah satu keadaan di mana kehamilan dilihat oleh individu tertentu sebagai sesuatu yang mengghairahkan atau erotik. Ia mungkin melibatkan tarikan seks terhadap wanita hamil atau ibu yang menyusu bayi .

Beberapa hari lalu wanita bernama Rayna MN memuat naik status tentang apa yang berlaku pada dirinya.

Dia yang hamil terdetik untuk memeriksa senarai rakan di laman sosial baru-baru ini. Namun dalam senarai tersebut dia melihat seorang rakan maya yang agak mencurigakan.

Musykil dengan rakan terbabit dia menyelidik profilnya dan mula bimbang bila melihat tiada post tentang dirinya dan kebanyakan senarai rakannya adalah wanita hamil.

Rayna yang sebelum ini pernah membaca tentang Maiesiophilia kemudian bertindak 'unfriend' individu berkenaan yang tidak diketahui jantinanya.

Dalam pada itu dia juga mengingatkan wanita hamil lain agar tidak memuat naik gambar baby bump untuk mengelakkan gambar disalah guna.

Status yang mendapat banyak perkongsian itu turut menerima maklum balas, antaranya juga menceritakan pengalaman seorang wanita berdepan dengan kejadian yang sama.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.604249.1482995784!/image/image.jpg

 

Sumber : Facebook Rayna MN & Wikipedia


 

KOMEN