Rasanya semua orang kenal dengan trademark pengasas Facebook Mark Zuckerberg. Walaupun bergelar billionaire tapi dia tetap mengenakan pakaian yang sama setiap hari.

Pakaian itu ibarat uniform beliau ke mana jua beliau pergi. Mark hanya akan memakai seluar jeans yang akan dipadankan dengan baju hoodie atau baju tshirt berwarna kelabu.

Penampilannya memang cukup ringkas tak padan dengan hartanya. Lihat sajalah almarinya baju warna kelabunya disusun di sebelah kiri dan hoodie berwarna navy pula di sebelah kanan.

Tetapi baju kelabu yang dipakai Mark sebenarnya bukan biasa-biasa. Baju kelabu yang dipakai Mark adalah daripada jenama Brunello Cucinelli.

Walaupun rekaan baju ini simple sahaja, tetapi harganya pasti buat anda berpeluh. Ianya dijual pada harga USD250(lebih kurang RM1,000) untuk sehelai.

 

Telan air liur nak beli kan tapi pada Mark takde hal. Dia kan hartawan.

Sumber: www.thevocket.com

 

KOMEN