Mohon maaf kerana tak memaklumkan pernikahannya kepada rakan media hari ini Ummi Nazeera berkongsi foto pernikahan rahsia yang berlangsung 23 Julai lalu.

Tarikh tersebut  lebih awal daripada tarikh pernikahan asal yang sepatutnya berlangsung semalam yang kemudiannya bertukar menjadi majlis meraikan pengantin.

 

Ummi Nazeera, 27, bernikah dengan lelaki pilihan keluarganya, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, 30.  Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainulabadin, mengambil keputusan untuk mempercepatkan majlis itu bagi menghormati permintaan keluarga.

"Saya mengaku sudah bergelar isteri Izzar sejak 23 Julai lalu kerana menuruti keputusan keluarga agar pernikahan ini diadakan lebih awal daripada tarikh dirancang," katanya ketika majlis meraikan pasangan itu di Putrajaya, semalam.

Seramai 200 keluarga terdekat termasuk tetamu kenamaan, Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah serta isteri, Toh Puan Seri Wan Hidayah Wan Ismail menghadiri majlis itu.

Ummi sah diijabkabulkan bersama Izzar, seorang doktor yang berasal dari Kuala Lumpur dengan sekali lafaz pada 10.45 pagi di kediaman bapa saudara Ummi, Datuk Aziz Mat Akhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Khutbah nikah disampaikan oleh Imam Besar Masjid Wilayah, Datuk Rashidy Jamil Al-Rashid.

Hanya 20 tetamu diundang pada majlis pernikahan mereka. Turut hadir menyaksikan akad nikah itu ialah bonda Sultan Terengganu, Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Fatimah Syed Abdullah Al-Saggof; isteri Aziz, Tengku Datuk Rahimah Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah; ibu serta abang Ummi, Datuk Seri Maziah Musa dan Datuk Ahmad Nazreem Azrul Hidayat; ibu bapa Izzar, Abdul Khani Daud dan Datin Seri Nurah Abdul Rahman.

Ummi menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan manakala jumlah mas kahwin dirahsiakan. Kedua mempelai itu merancang untuk berbulan madu di Sabah dan Switzerland tidak lama lagi.

Resepsi pasangan itu akan diadakan di Sabtu ini serta pada 12 Ogos.

Mereka mengikat tali pertunangan pada 12 November tahun lalu apabila memasuki usia tiga bulan berkenalan selepas diperkenalkan oleh ibu Izzar pada 29 Januari 2016.

Jom tengok video pernikahan mereka.

 


KOMEN