Bab anak kecil buat sepah rumah memang memeningkan kaum ibu. Kemas sekejap saja tapi bila anak kecil bangun barang main terutamanya akan bersepah semula.

Cakaplah macam mana pun, situasi sama akan berlaku kerana inilah fitrah anak kecil. Pakar motivasi Nur Firdaus menjelaskan puncanya dengan melihat dari sudut pandang kanak-kanak.


KENAPA ANAK KECIK SUKA SEREPAH-SEREPAH?

Lazimnya, anak kecil lebih suka lambakkan permainan-permainan mereka. Lagi nampak berserepah, lagi mereka gembira.

Kenapa ya? Mak ayah tak pandai ajar anak berkemas ke?

Jom kita tengok sikit dalam perbincangan perkembangan awal kanak-kanak.

Sebenarnya sejak usia bayi lagi, anak kecil akan fikir bahawa jika benda itu ada depan mata, maka ia wujud. Jika tidak, ia tidak wujud. Sebab itu bila kita sorok atau ambil mainan mereka, mereka akan cepat react sama ada melalui tangisan atau sebagainya.

Sama juga dengan keberadaan kita. Bila kita ada depan mata, mereka ok. Tapi bila kita 'hilang' sekejap macam ke dapur atau ke tandas, maka gegak gempitalah suasana rumah kita dengan tangisan mereka.

Siapa yang jaga baby, mereka akan tahu betapa peritnya kehilangan nikmat boleh masuk tandas sorang-sorang.. ;)

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Jul/20/1.jpg

Ajar berkemas bila tiba masanya

Mereka bukan buat-buat atau mengada-ngada. Ia adalah reaksi yang original. Pada fikiran mereka, kita memang telah tiada!

Fenomena ini dipanggil Object Permanence. Ia akan berterusan sehingga menginjak ke fasa pertama tahap Praoperasi Kognitif (sekitar 2 ke 3 tahun).

Buatlah macammana pun, cakaplah macammana pun, mereka tetap anggap kita tiada bila kita tidak dapat dilihat.

Ha, berbalik kepada rumah bersepah tadi. Bagi anak-anak ini, permainan mereka 'ada' bila ia DAPAT DILIHAT. Lagi banyak dapat dilihat, maka lagi banyaklah permainan yang mereka ada (kata fikiran mereka).

Jadi ibu-ibu dan ayah-ayah, fahamilah corak pemikiran mereka. Jangan kita jadikan alasan nak ajar anak pandai kemas untuk menangkan keputusan kita. Ya, ia memang perlu diajar. Tapi kena tepat masanya.

Jangan awal sangat, berikan ruang kepada mereka untuk menikmati usia kanak-kanak mereka dengan kepuasan mereka.

Solusinya?
Terpulang.. Kalau saya, saya sediakan satu bilik khas untuk anak saya. Terpulanglah, dia nak serepah ke, nak kemas ke, nak campak ke, saya nak tengok mereka menikmati zaman toddler mereka. Sampai masa nanti saya akan ajar.


Sumber: Facebook Nur Firdaus

 

 

 

Artikel Berkaitan
Anda Mungkin SUka
KOMEN