Aksi Halima Aden, peserta Miss Minnesota USA baru-baru ini menjadi tumpuan media massa seluruh dunia. Hijabers berusia 19 tahun kelahiran Somalia Amerika itu antara 15 peserta yang memasuki peringkat separuh akhir pertandingan ratu cantik berkenaan.

Meski tidak sampai ke pusingan akhir tapi dia berjaya mencipta sejarah kerana mampu menampilkan golongan muslimah secara positif dalam pertandingan sedemikian.

Ketika peserta lain tampil seksi mengenakan bikini warna-warni dalam segmen pakaian renang, Halima,19 pula tetap setia dengan hijabnya. Dia memulakan acara tersebut dengan melangkah ke pentas mengenakan burkini (busana renang tertutup yang biasa dipakai muslimah).  

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.600587.1482201415!/image/image.jpg

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.600588.1482201514!/image/image.jpg

Sewaktu berjalan di atas pentas mengenakan burkini berwarna navy blue yang dihiasi dengan sulaman emas sambil memakai but, gadis ini mendapat tepukan gemuruh meriah daripada penonton.

Selain mengenakan burkini, Halima juga tampil anggun dan mempersona dalam balutan gaun mermaid bernuansa hitam-merah. Printed skirt meleret dengan tudung dililit sederhana menghasilkan penampilan yang elegan.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.600589.1482201560!/image/image.JPG

Menurut Halima yang mengakui pernah dibuli kerana mengenakan hijab dia gembira dapat menyertai Miss Minnesota USA seterusnya mewakili komuniti Somalia sekaligus wanita muslim di seluruh dunia.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.600591.1482201598!/image/image.jpg

"Saya gembira dapat menjadi sebahagian dari pertandingan ini. Saya hanya mencuba, walaupun tidak menang tapi saya sudah mencoba yang terbaik," tambah Halima.

Pertandingan Miss Minnesota USA itu dimenangi oleh Meredith Gould dari Minneapolis.  

sumber: http://www.nbcnews.com

Anda Mungkin SUka
KOMEN