Wanita dulu kala tak punya alat kosmetik sehebat sekarang. Jadi untuk cantik cara mereka hanya gunakan petua dari alam semula jadi.

Namun tak ramai wanita kini yang sanggup mengamalkan petua ini kerana berasa leceh bila perlu dibuat sendiri.

Tapi bila lihat perkongsian Afieyza Aleeschaylee rasanya ramai yang akan berubah fikiran.

Mengamalkan susu kunyit badam madu wajahnya tampil berseri dengan kesan ‘pinkish’ yang diidamkan kaum hawa. Petua yang diamalkan itu menurutnya adalah amalan orang tua dulu kala bagi menaikkan seri wajah.

Umur 30 Tapi Macam 19 tahun, Wanita Ini Amalkan Susu Kunyit Badam Madu Supaya Wajah Naik Seri & ‘Pinkish’

Katanya untuk wajah berseri dari luar, dalamanlah yang perlu dijaga dan dirawat. Salah satu caranya dengan mengamalkan petua ini.

IKLAN

Jom ikuti perkongsian daripada Afieyzea Aleeschaylee

Hai kesayangan semua. Okey afiey dah janjikan ni lah minuman kegemaran Afiey kat umah tau. Bukan je cantik luar tapi dalaman pun cantik, cerah berseri ” pinkish ” dari dalaman.

Petua nenek-nenek dulu naikkan seri wajah. Nah korang cubalah dan rajin-rajin tau, confirm bangun pagi nampak muka wowwww!!

Afiey suka minum sebelum tidur lagi-lagi waktu datang bulan. Selamat mencuba dan SHARE! Biar umur masuk 30 tahun janji tetap 19 tahun kan

IKLAN

Susu Kunyit Badam Madu 

Bahan – bahan :

  • Susu rendah lemak
  • 1 inci kunyit ditumbuk kasar
  • 2 sudu madu
  • 3 biji badam ditumbuk kasar

Umur 30 Tapi Macam 19 tahun, Wanita Ini Amalkan Susu Kunyit Badam Madu Supaya Wajah Naik Seri & ‘Pinkish’

Cara membuat:

  1. Panaskan susu masukkan kunyit hidup
  2. Kacau perlahan kemudian kemudian masukkan badam.
  3. Tuang susu dalam gelas, masukkan madu.
  4. Kacau dan boleh terus diminum.

IKLAN

Amalan

Minum dua kali seminggu sebelum tidur. Boleh diamalkan waktu datang bulan.

Jika mahu dijadikan minuman harian, jangan letak kunyit.

Sumber: Afieyzea Aleeschaylee

 

 

Selain itu:  Imej Baru Ainan Tasneem, Kini Berniqab. Aura Cantik Tetap Terserlah Meski Wajah Berlitup
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI