Selalu tengok usahawan tudung ini terdiri dari kaun hawa yang dah dewasa, tapi yang ni lain sikit. Baru umur 14 tahun dia dah jadi pengasas tudung.

Tudung yang dijual pulak tudung sekolah, sesuaikan. Pandai sungguh budak-budak sekarang cari duit sendiri.

Kisah Nur Iman Safiyah Mohammad Shahree atau yang dipanggil Iman ini viral di media sosial sejak minggu lalu. VK sendiri tidak ketinggalan mendapat sendiri dari pelajar tingkatan dua ini.

Cerita Iman idea untuk menghasilkan jenama tudung sendiri ini timbul bila dia selalu berdepan masalah awning tudung ketika bersiap hendak ke sekolah. Situasi ini menyebabkan dia lambat dan kadang-kadang dimarahi bapanya.

“Bisnes Tudung Sekolah Iman Safiyah (TSIS) bermula pada November 2017. Mula bisnes ini sebab tudung sekolah yang Iman pakai sebelum ini selalu tak terbentuk awningnya.

“Iman selalu siap lambat pergi ke sekolah gara-gara ini, kadang-kadang kena marah juga dengan ayah kerana lewat. Iman kena gosok balik tudung bila awning jatuh. Dari situlah timbul idea nak buat tudung sendiri dan jual,”cerita pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Subang Bestari ini.

IKLAN

Usia 14 Tahun, Iman Dah Jadi Usahawan Tudung! Gara-gara Lambat Siap Ke Sekolah Kerana Awning Tak Terbentuk

Modal pun cari sendiri

Menariknya anak bongsu dari empat adik beradik ini juga mencari sendiri modal untuk bisnes tudungnya. Modal itu kata Iman datangnya daripada bisnes online menjual barang permainan squishy yang sudah dimulakan sejak tahun 2015 lagi.

“Iman minat berniaga dari darjah 5 lagi, tahun 2015 Iman mula buat bisnes jual barang squishy secara online. Keuntungan yang dapat dari jualan squishy inilah Iman gunakan sebagai modal hasilkan tudung TSIS,”ujarnya.

Dia kemudian membeli kain yang dipilih sendiri dan menghantar pada tukang jahit untuk menghasilkan tudung sekolah yang direka sendiri.

IKLAN

get the vibe ??❤️

A post shared by • OFFICIAL • (@imxn.safiyah) on

Laku 1,000 helai bulan Disember

Mengunakan akaun intagramnya yang mempunyai 289k pengikut, Iman menjual tudung secara online dan menerima tempahan yang amat menggalakkan sejak ia diperkenalkan.

Selain itu:  Sebelum Guna Cocopeat Tanam Sayur, Kena Bilas Dulu! Ini Caranya, Kena Buat Untuk Buang 'Garam'

Pada bulan November lalu saja ia dah terjual sebanyak 500 helai dan kemudian 1,000 helai bulan berikutnya menjelang sesi persekolahan tahun baru. Hebatkan.

Usia 14 Tahun, Iman Dah Jadi Usahawan Tudung! Gara-gara Lambat Siap Ke Sekolah Kerana Awning Tak Terbentuk

IKLAN

Bercita-cita mahu menjadi usahawan terkenal dengan bangunan sendiri satu hari nanti, perniagaan yang dilakukan ini turut mendapat sokongan ibu dan ayahnya.

“Malah mereka juga termasuk adik beradik, membantu saya bila tak menang tangan melayani tempahan yang diterima,”ujar anak pasangan akauntan dan juga pegawai bank ini.

#vanillakismis

 

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI