Vanilla Kismis kini berada di dalam aplikasi   
Vanilla Kismis kini berada di dalam aplikasi   
Home Kesihatan Usia 41, Anak 4, Badan Maintain Langsing. Rahsianya Bawa Bekal Sihat Ke...

Usia 41, Anak 4, Badan Maintain Langsing. Rahsianya Bawa Bekal Sihat Ke Pejabat Setiap Hari!

 

 

Melalui instagram, Haryati How kerap berkongsi soal pemakanan sihat yang diambil setiap hari. Paling menarik ialah gambar-gambar bekal untuk sarapan dan makan tengah harinya. Walaupun jenis makanan setiap hari hampir sama, namun memang nampak menarik.

Pada usia 41 tahun, dengan berat badan 51 kilogram, Haryati cergas untuk menjalankan rutin harian sebagai pensyarah di Asia Pacific Language Centre (di bawah APU University, Technology Park, Bukit Jalil). Eh, jangan tak percaya tau, Haryati ni ada anak empat!

Pernah mencecah berat badan 62 kilogram, Haryati selesa dengan berat badan sekarang. Mulai 2016 mengamalkan diet sebegini, beratnya kekal pada berat ideal. Di tambah pula dengan senaman 30 minit sehari setiap pagi sebelum atau selepas subuh.

 

Usia 41, Anak 4, Badan Maintain Langsing. Rahsianya Bawa Bekal Sihat Ke Pejabat Setiap Hari!

 

Jom ikuti perkongsian Haryati

Ada yang anggap makanan macam tu dan sebanyak tu tak mengenyangkan. Apa komen Haryati?

Mula-mula amalkan memang takut tak cukup. Tapi bila dah minum air sebelum makan, kemudian makan buah, sayur dan bekal lain tu kadang-kadang bekal pun tak boleh nak habisk sebab kekenyangan.

Hari-hari mesti ada telur rebus. Apa manfaatnya?

Telur rebus sumber protein yang paling mudah dapat dan boleh dipelbagaikan dalam menu. Saya suka rebus sahaja sebab cepat dan mudah nak makan.

IKLAN

Rahsia nak cepat kenyang, minum air sebelum makan. Memang menjadi ya nak kekal kurus macam ni?

Alhamdulillah setakat ni memang berkesan. Minum air segelas sebelum makan. Lepas makan tunggu dalam 30 minit sebelum minum lagi. Jangan minum selang seli dengan makan.

Berapa kos penyediaan bekal untuk sebulan?

Kos tak tinggi, sebulan dalam RM150 hingga RM200 sebab salmon dan bahah-bahan lain saya beli waktu harga murah atau cari kedai yang bagi harga paling rendah.

Selain itu:  Berjaya Turunkan 35.5 KG Dalam Tempoh 8 Bulan! Rahsia Wanita Ini Setiap Hari Tak Pernah Miss Minum Teh Hijau

Ini bekal yang dibawa setiap hari

 

Usia 41, Anak 4, Badan Maintain Langsing. Rahsianya Bawa Bekal Sihat Ke Pejabat Setiap Hari!

Telur rebus, keledek rebus, buah kiwi dan salad.

Usia 41, Anak 4, Badan Maintain Langsing. Rahsianya Bawa Bekal Sihat Ke Pejabat Setiap Hari!

IKLAN

Spaghetti spiral dan pir.

Usia 41, Anak 4, Badan Maintain Langsing. Rahsianya Bawa Bekal Sihat Ke Pejabat Setiap Hari!

Salad dan telur goreng.

Usia 41, Anak 4, Badan Maintain Langsing. Rahsianya Bawa Bekal Sihat Ke Pejabat Setiap Hari!

Telur hancur, telur goreng, brokoli, kimchi dan buah pir.

Usia 41, Anak 4, Badan Maintain Langsing. Rahsianya Bawa Bekal Sihat Ke Pejabat Setiap Hari!

IKLAN

Telur hancur, telur rebus, dada ayam, salad.

Usia 41, Anak 4, Badan Maintain Langsing. Rahsianya Bawa Bekal Sihat Ke Pejabat Setiap Hari!

Ikan salmon, telur rebus, salad.

Usia 41, Anak 4, Badan Maintain Langsing. Rahsianya Bawa Bekal Sihat Ke Pejabat Setiap Hari!

Salmon, brokoli, lobak merah, keledek rebus, telur rebus dan salad.

Usia 41, Anak 4, Badan Maintain Langsing. Rahsianya Bawa Bekal Sihat Ke Pejabat Setiap Hari!

Telur rebus, salad, buah jambu.

Usia 41, Anak 4, Badan Maintain Langsing. Rahsianya Bawa Bekal Sihat Ke Pejabat Setiap Hari!

Buah lai, telur goreng, kimchi dan tomato.

Amacam? Korang boleh ikut gaya diet macam ni?

Sumber: Instagram Haryati How

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI