Sebelum ini penyanyi ini sudah membuatkan kita kagum dengan keupayaannya mendaki puncak gunung Annapurna.

Semalam  dia mengulanginya lagi bila Amy Search membuat pengumuman bakal menimang cahaya mata pada usia 60 tahun.

Sememangnya menanam hasrat untuk menambah bilangan cahaya mata pada usia 60, impian vokalis kumpulan Search ini tercapai apabila isterinya, Norhasniza Hassan atau lebih mesra disapa sebagai Nourish, 37, disahkan hamil anak keempat mereka.

Dia berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram semalam dengan memuat naik video Nourish sedang menjalani pemeriksaan kandungan yang sudah berusia sebulan.

IKLAN

Selalu doa nak timang anak lagi

“Isteri aku mengandung sebulan yeahhhhh!!!! Aku selalu doa bila umur aku 60 tahun, nak timang anak lagi. Korang semua doakan moga aku Berjaya. I love you sayang @qasander,” tulis Amy sebagai kapsyen video tersebut.

Usia 60 Tahun, Sudah Punya Cucu, Amy Search Kongsi Berita Gembira Bakal Timang Baby Lagi

Sebelum posting tersebut, Amy juga telah memuat naik gambar alat ujian kehamilan yang menunjukkan dua garisan tanda positif hamil.

IKLAN

Usia 60 Tahun, Sudah Punya Cucu, Amy Search Kongsi Berita Gembira Bakal Timang Baby Lagi

Dua status yang dimuat naik oleh Amy ini menerima respon daripada peminat yang tumpang gembira dengan berita tersebut dan mengucapkan tahniah.

Sudah ada cucu

Selama mendirikan rumah tangga dengan Nourish sejak 2003 mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.

IKLAN

Manakala dari perkahwinan terdahulu, Amy mempunyai dua anak perempuan iaitu pelakon Nabila Huda, 34, (perkahwinan pertama) dan Irisha Myra, 21, (perkahwinan ketiga)

Selain itu, Amy juga mempunyai seorang cucu, Keisha Laila, 7, yang merupakan anak tunggal Nabila Huda.

 

Sumber: aku.amysearch & Sinar Harian Online

 

Selain itu:  'Terima Kasih Fahmie Temankan Abah' Luahan Ibu Yang Baru Kematian Bapa Dan Semalam Kehilangan Anak
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI