Sepanjang hidup wanita ini dia dibuli kerana senyumannya. Paling hebat ketika usia kanak-kanak.

Menginjak dewasa Jessica Mc Daniels, 32 menyangka semua itu berakhir tapi rupanya kejadian buli itu berlarutan dan kali ini lebih teruk, dia menjadi mangsa buli siber.

Ia bermula bila sekeping gambarnya tersenyum menampakkan gigi yang sejak lahir begitu jadi viral di internet.

Mc Daniels sendiri tak sedar bila foto itu diambil sehingga ia viral membuatkan dirinya berasa cukup sedih, kecewa dan rendah diri.

Dalam gambar itu dia tersenyum gembira melihat rakannya dilamar, lantas membuat keputusan merakam momen  itu dengan kamera telefon bimbitnya.

Ketika dia tumpang bahagia untuk rakannya, seseorang telah mengambil gambarnya. Foto itu difokuskan ke bahagian wajahnya dan kemudian ditularkan.

Bila gambar tersebut beredar di laman sosial, netizen mula mentertawakannya, memberi komen memalukan dan kejam buat Mc Daniels. Perbuatan itu juga menyebabkan wanita ini dipinggirkan oleh rakan-rakan.

“Saya tak kisah mereka mengeji saya, saya cuma risaukan anak-anak,”kata  ibu tunggal dan juga pekerja salun rambut ini yang  berhasrat melakukan pembedahan untuk mengubah keadaan giginya tapi tak kesampaian kerana kos yang mahal.

Bagaimanapun nasibnya berubah bila seorang rakan sekolah mendapat tahu apa yang terjadi Mc Daniels. Krystal Starks tak sanggup berdiam diri walaupun sudah lama tidak menemui rakannya ini.

Starks telah melancarkan tabung GoFundMe untuk mengutip dana bagi pembedahan MAc Daniels

 

Tabung itu telah berjaya mendapat perhatian dan sumbangan ramai hingga mencecah $10 ribu cukup untuk membantu rakannya melakukan pelbedahan.

Tapi seorang doktor membuat sesuatu yang lebih baik, Dr Maryan Udy menawarkan untuk melakukan pembedahan membaiki senyuman Mc Daniels secara percuma.

Proses itu awalnya dijangka mengambil masa kerana perlu dilakukan langkah demi langkah tapi mengejutkan hanya selepas satu rawatan Mc Daniel sudah memperlihatkan perubahan.

 

Dia hampir tak dikenali, Mc Daniels kelihatan berbeza dengan senyuman paling menawan.

 

Sumber: Shareably

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: