Walau dah hati-hati jaga telefon bimbit yang mahal tapi tiba-tiba jatuh juga dalam air. Boleh jadi jatuh dalam air banjir, longkang atau terkena tumpahan air.

Selalunya telefon yang masuk air ini kemungkinan besar akan rosak dan tak boleh dibaiki.

Tapi untuk pengetahuan kita kebanyakkan telefon pintar/ smartphone yang masuk ke dalam air atau dalam bahasa teknikal nya (water damage) masih boleh diselamatkan jika anda mengambil langkah yang betul daripada awal.

Lakukan langkah berikut jika situasi ini terjadi pada anda;

1. Keluarkan telefon itu secepat mungkin dan matikannya. Jangan hidupkan telefon anda. Sekiranya air masuk ke dalam telefon, berkemungkinan akan ada lintar pintas.

2. Tanggalkan bateri telefon. Perkara penting untuk dilakukan ialah cabutkan bateri telefon anda. Ini akan membantu untuk mengurangkan risiko kerosakan litar dalaman.

IKLAN

10 Cara Selamatkan Telefon Bimbit Lepas Terjatuh Dalam Air. Salah Satu Guna Beras!

3. Ambil kad SIM anda. Anda perlu mengelap telefon sehingga kering dan biarkan.

4. Matikan atau cabut apa-apa peranti luaran seperti kad SD. Selain bateri, kita juga perlu menanggalkan sebarang penutup atau komponen luaran telefon terbabit untuk membolehkannya kering dengan lebih cepat.

5. Vakum adalah cara terbaik mengeringkan komponen-komponen dalaman telefon bimbit yang basah akibat dimasuki air. Jaga jarak telefon dari pembersih vakum, agar telefon tidak terjejas akibat kesan statik.

IKLAN

10 Cara Selamatkan Telefon Bimbit Lepas Terjatuh Dalam Air. Salah Satu Guna Beras!

6. Jangan gunakan alat pengering rambut untuk mengeringkan telefon, walaupun pada kepanasan yang paling rendah. Ia hanya akan menolak air yang lebih dalam ke dalam peranti ini yang amat berbahaya untuk komponen elektronik teras telefon. Udara panas juga boleh mencairkan beberapa bahagian telefon

7. Anda boleh cuba mengeringkan telefon anda dengan meletakkan ia ke dalam beg plastik yang diisi dengan beras. Beras akan membantu menyerap kelembapan yang ada pada telefon dan bateri. Sebelum meletakkan peranti anda ke dalam beg beras itu, keluarkan bateri. Memasukkannya ke dalam beg beras yang sama.

IKLAN
Selain itu:  Teknik Buang Sisa Dapur Dalam Tanah Terus Jadi Baja Kompos. Tiada Bau Busuk, Haiwan Pun Tak Selongkar

Prosedur ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2-3 hari. Balik-balikkan telefon  dari semasa ke semasa. Anda juga boleh menggunakan gel silika paket kecil yang biasanya dimasukkan ke dalam kasut dan pakaian. Ia menyerap air yang lebih baik.

10 Cara Selamatkan Telefon Bimbit Lepas Terjatuh Dalam Air. Salah Satu Guna Beras!

8. Jemur telefon di bawah sinaran matahari untuk membiarkan semua bukaan kering sepenuhnya. Anda boleh meletakkan telefon itu pada tikar penyerap atau tisu dapur. Walaupun sudah menggunakan teknik vakum dan beras,  jemur juga telefon tadi. Ini akan membantu menyingkirkan sisa-sisa air yang tertinggal.

9. Selepas 24 jam, periksa telefon dan pastikan ia kelihatan kering. Semak semua bahagian. Jika peranti kelihatan kering dan bersih, anda boleh cuba meletakkan bateri kembali dan menghidupkannya.

10. Jika telefon itu sudah kelihatan kering tetapi tidak boleh dihidupkan ia berkemungkinan disebabkan bateri yang kosong. Pasangkan pengecas, dan kemudian cuba untuk menghidupkannya semula.

Sumber: BrightSide

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI