4 Langkah Buat Telur Separuh Masak Yang ‘Perfect’ Macam Kat Kedai

444

 

Telur separuh masak! Rasa macam senang saja nak buat, tak perlu tengok resipi tapi hairannya ramai yang selalu gagal.

Kalau tak jadi telur rebus, akan jadi telur yang kurang masak. Susah betul nak dapat telur separuh masak yang ‘perfect’ macam kat kedai tu.

Kalau dah banyak kali cubaan tapi masih tak menjadi maka ikut sajalah 4 langkah dari Wani Mustafa ini.

Nampak senang tapi kenapa tak jadi?

Wani faham antara benda paling susah nak buat, telur setengah masak. Betul kan?

Wani pun mengalami masalah yang sama dulu. Sebab selalu terlebih masak jadi lah telur rebus. Hahahaha! Tapi lepas ikut langkah ini setiap kali buat confirm menjadi.

4 langkah buat telur separuh masak, confirm menjadi!

Sebelum tu make sure telur dalam ROOM TEMPERATURE tau. Kalau simpan dalam peti ais keluarkan dulu bagi suhu bilik baru masukkan dalam periuk.

1. Masak air sampai mendidih (air dalam periuk kena banyak sampai telur betul-betul tenggelam).
2. Tutup api.
3. Masukkan telur dalam air mendidih tadi (periuk jangan tutup).
4. Set timer phone korang 6 MINIT.
5. Siap!!!

 

 

Pagi pagi tak tahu nak breakfast apa boleh buat telur setengah masak, alahai buat ni tak sampai 10 minit pun, lepas tuh letak lada sikit, kicap sikit ya Allah sedap tahu tak rasa dia. Hahaha!

TIP

Kalau nak tekstur yang berketul-ketul sikit, tambahlah masa jadi 7 minit atau ikut panduan ini.

 

Sumber

 

Tinggalkan Komen