Pesona pelik dan persembahan The Sacred Riana yang menyeramkan dalam peringkat akhir Asia’s Got Talent musim kedua kelmarin telah berjaya menambat hati juri sekaligus membolehkan ahli magis ini dinobat sebagai juara program itu.
The Sacred Riana atau nama sebenarnya Marie Antoinette Riana Graharani peserta dari Indonesia ini telah mengalahkan lapan finalis lain untuk memenangi AS$100,000 (RM408,300).
Menggunakan watak seram dari Jepun, persembahan Riana sebenarnya menarik perhatian penonton dan juri sejak dari awal lagi.
Tidak banyak berbicara dan selalu mengenakan juri Anggun sebagai subjek, ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya gadis misteri ini. VK sendiri pun nak tahu jadi ini fakta tentang yang VK selidik tentang Riana dari laporan media negara jiran.
Ads
1. Sejak kecil memang minat magik
Idolanya adalah David Copperfield, dan Riana belajar tentang silap mata daripada ayahnya sendiri yang juga seorang ahli magis.
2. Banyak kali masuk pertandingan silap mata
Asia’s Got Talent bukanlah program pertama yang disertai oleh Riana di televisyen. Riana pernah menyertai pertandingan Hizteria, menjuarai Stand Up Magician, dan menjadi naik juara The Next Mentalist.
3. The Sacred Riana hanyalah karakter di pentas
Karakter The Sacred Riana itu memang sengaja dicipta untuk gadis itu dan dia berjaya menarik perhatian orang ramai.
Ads
Deddy Corbuzier dan Siska, produser program The Next Mentalist yang disertai sebelum itu juga punya peranan peranan besar dalam penampilan The Sacred Riana yang menyerupai Sadako, watak makhluk halus di Jepun.
4. Ada team sendiri
Di sebalik aksinya yang membuat ramai takjub dan menyeramkan itu Riana memiliki team sendiri. Kesan visual yang luar biasa dibantu oleh pengurusnya sendiri Bow.
5. Orangnya cantik sebenarnya
Walau pun tampil misteri di atas pentas tapi ternyata Riana ini cantik orangnya bila di luar. Tapi tak banyak gambar Riana dengan wajah asli dikongsi.
Pada hari ini, bukan sahaja suami, malah isteri juga perlu bekerja demi mencukupkan tuntutan ekonomi rumahtangga. Jadi, isteri atau suami sama-sama merasai penat lelah mencari duit. Pun begitu, tuntutan kerja mengikut sistem syif memang lebih memenatkan. Apatah lagi jika terpaksa kerja syif malam.
Seorang lelaki yang menggunakan facebook atas nama Mohd Fhais telah menceritakan mengenai isterinya yang bekerja sebagai jururawat. Status itu viral dikongsi oleh orang ramai sehingga lebih 4,000 perkongsian yang rata-rata kagum dengan sifat suami yang begitu prihatin dengan kepenatan isteri.
Jururawat waktu kerjanya ada shift pagi, petang dan malam. Kerja kena datang awal kalau tidak parking susah dapat. Selalu terkejar-kejar masa, sebab itu saya tak pernah tegur bila nampak baju kotor bertimbun, malah saya akan kata biarkan baju dalam bakul tu tak payah basuh kalau tak sempat, nanti abg bawa dobi. Tak sampai 2 jam dobi dah siap kering. Jangan buang masa nak tunggu sampai sehari suntuk nak kering kalau jemur di ampaian.
Kerja nurse ni cuti tak menentu, boleh kata isnin hingga ahad tu semua hari dah pernah merasa cuti. Bertukar-tukar hari off ikut jadual. Jadi kena tunggu jadual keluar baru boleh rancang nak ke mana-mana. Nak ke mana-mana saya akan tanya dulu isteri cuti hari apa. Tak sampai hati nak pergi bersuka ria sedangkan isteri bekerja. Tunggu cuti kita sekeluarga keluar sama-sama.
Seminggu ada kena kerja 6 hari ada 7 hari. Masa tidur tak menentu, kadang tidur siang, kadang tidur malam, ada masa tidur 4-5 jam je bila pertukaran shift petang ke pagi kerana jarak rumah ke hospital ambil masa 45 minit perjalanan, itu pun kalau tak jem.
” Ibarat sekejap jadi ayam berjaga pagi, sekejap jadi kelawar berjaga malam “
Sebab itu saya selalu suruh isteri rehatlah puas-puas, kalau ada peluang tidur tu tidurlah lama sikit. Anak-anak jangan risau abg boleh jaga. Tiada masalah setakat nak mandi anak dan tidurkan anak tu dah biasa buat.
Penat dan stress ibarat darah dan daging bagi nurse. Silih berganti, boleh nampak pada eyebag di mata yang sentiasa tembam. Ada satu malam terdengar isteri mengingau, bila di selidik rupanya terbawa-bawa rasa bersalah bila ada pesakit (bayi) jagaannya yang meninggal dunia. Sampai begitu sekali komitmen dia pada kerjayanya. Sungguh saya tak berupaya nak hilangkan semua tekanan di bahunya itu, hanya yang mampu tidak tambah lagi beban yang di tanggung. Hal remeh-remeh tu pandang sebelah mata je lah.
Seminggu boleh di kira berapa jam sahaja isteri ada di rumah. Masa banyak habis di jalan raya dan tempat kerja. Kerja di hospital pun tak habis, tambah lagi dengan kerja rumah yang tak pernah habis. Penat tu tak terbayang. Saya cuba untuk meringankan tugasnya, tak perlu bebankan diri dengan memasak kalau penat nanti abg beli makanan. Ada masa tu rehatlah lama sikit bagi betul betul segar. Kalau badan dah segar barulah masak jadi sedap.
Kadang-kadang clash juga waktu isteri cuti saya pula kena bekerja, tinggal isteri dengan anak-anak di rumah. Bukan niat nak biar dia jaga anak seorang diri tapi terpaksa keluar bekerja. Tugas menjaga anak ni penat sebenarnya, kalau tak sabar boleh jadi baran. Sebelum keluar saya pastikan dulu keperluan fisiologi anak isteri dah tersedia, supaya kurang kebarangkalian mereka meragam. Barulah kita keluar mereka senyum, kita balik pun mereka senyum.
Hidup kita tak pernah lurus, ada sahaja bengkang bengkoknya.
Apatah lagi pasangan suami isteri, mesti ada yang tak puas hati.
Puaskan hati pasangan kita terlebih dahulu, baru hati kita sentiasa puas.
Itulah kenapa pentingnya ada sikap TOLENRASI antara suami isteri supaya sentiasa SERASI bersama.
Semoga rakan-rakan suami jururawat dapat manfaat dari perkongsian ini.
P/s : Hadiah paling bermakna yang saya pernah bagi pada isteri ialah panduan jadi isteri/ibu yang tenang & tenteram. Ini panduannya -> http://bit.ly/FMKEIA
Tabik la dengan abang ni. Begitu memahami kepenatan seorang isteri. Berapa ramai lagi agaknya lelaki di luar sana yang boleh faham seorang wanita? Ermmmm
Sejak malam laman instagram dipenuhi dengan perkongsian foto majlis resepsi pelakon popular Fattah Amin dan juga Fazura. Berlangsung di Hotel Mandrin Oriental dengan tema fairytales, ia memang cukup kena dengan pengantin ini.
Dalam majlis yang gah dengan pelamin berkonsep castle dari Rekateemor, Rizman Ruzaimi pula menterjemahkan hasrat Fazura yang mahu tampil bagaikan Cinderella dalam busana yang dikenakan.
Fazura tak dapat dinafikan persis seorang puteri bersama puteranya terutama dalam busana keduanya.
Berikut adalah 20 foto momen indah yang dikumpul dari resepsi mereka semalam untuk menjamu mata anda.
Ada orang kata perkahwinan itu sebenarnya ialah satu perjudian. Ada kala gembira sebab menang. Ada kala duka sebab kalah. Ada yang bahagia dengan perkahwinannya. Tak kurang juga ada yang merana walaupun dikurniakan anak sebagai pelengkap kehidupan suami isteri.
Seorang pengguna laman sosial facebook yang dikenali sebagai T-Yah telah menceritakan kisah duka alam perkahwinannya. Bukan setakat tidak dilayan dengan baik sebagai isteri, nafkah apatah lagi, dia turut dipukul sehingga patah hidung. Campur tangan keluarga suami memburukkan lagi rumahtangga wanita ini sehingga berlanjutan saling membalas kenyataan di laman sosial.
Dalam suke ada duka… Mungkin dlm masa 2tahun nie aku bnyk smbunyikn… Sampai dh jd mcm nie org terkejut… Bukan semua pepatah tu betul… Bercinta selepas kawen adalah lebih baik… P aku silap… Betul org tua kata… Nk memilih biar betol memilih… Jgn terlalu cepat utk memilih… Mungkin masa tu aku trlampau frust… Aku x pk panjang… Sbb sblm alam perkahwinan… Semua yg diceritakan adalah manis… P apa yg aku dpt…
First kawen… Aku resign kerja… Follow laki… Konon nk jd isteri yg baik la… Rela brkorban…first sminggu slepas kawen… Terus naik klang bwk diri sorng2 naik bas dgn begnya…smpai sana suami jmput dgn motor n teksi jer… (itu dikatakan dia yang bawak aku ke sini)…. Smpai jer dkt rumah… Tnpa ada apa2… P aku stay oke… Tanpa tikar getah… Tanpa perabut… Hanya yg ada tilam n bantal jer… Ada duit hantaran aku guna beli cat… Suami pegi kerja aku cat jer rumah… Masa tu blm kerja lg…
Sbln kmudian… Fmly ko dtg (kita sbaga isteri… Jmput fmly dtg mst nk masak…) bli tu bli nie… Skali mertua cakap masak sikit2 jer… Yg kerja anak dia jer… Aku nie xkerja.. Oke..aku faham… . Aku sabar lagi… Lg tiba masa aku yg disalahkn sbb sensitif..lau ko…ape yg ko rase… Buat tu xkna buat nir xkna…. Aku merajuk… Bwk diri.. Balik kg… (memg salah aku tinggal mertua mcm tu jer) drp sakit baik belah awl2… Tu pom dlm masa yg sama proses utk rumah…
Slesai urusan dikampung… Balik klang… Apply kerja… Xsmpai smnggu dpt kerja… Dlm masa sminggu jgk aku diberi rezeki yg paling bermakna dlm hdp ku… Aku hamil… Oke… Stay mcm biase ulang alik dr bss ke sentosa… Agak jauh… P sbb kn nk ubah nasib famly kecil nie… Aku rela brtungkus lumus kerja… Pos motor dr kg… Hary2 ulang alik kerja rempuh lalu lintas kiri kanan lori… ? Masa tu… Sbb xbiase ng keadaan jln… Dlm masa training… Aku nk coll mak ayah pom xsempat… Kuar pagi balik mlm…
Tiba masa bapak mertua aku marah sbb aku xde pom masa utk tnyakan khabar… P mak ayah aku stay ok… Xde ckp apa2… Sbb dia tau ank dia sibuk… Hary demi hary rempuh jer dugaan mcm tu… Bila dh posting dpt dkt ng tmn aku ddk… Kerja dh snang… Ddk pulak bwh manager laki… Blh plk ckp aku nie ada apa2 dgn manager tu… Sdgkn hry kerja kita org xde pom dlm masa yg sama brdua dlm satu kedai… Sbb kerja 99 nie masuk pg balik mlm… Tiba masa ckp aku curang… Isteri mana xnaik angin…
Bila dh nmpk senang… Mix nk resign… Jd suri rumah xbagi lak…. Dh nk buat mcm mana… Aku gaji dia yg manage duit… Strt 1hb smpai 20hb semua mkn minum kai gaji aku… 20hb smpai 30hb guna gaji dia… Tu pom 20 ringgit satu hary jer… Selit dekat bag… Bila masa mix share komitmen… Xnk rela nk manage mcm tu… Hty mana xskit…. Kerja non stop sebulan… P xde ape yg blh beli utk kperluan diri… First gaji aku beli mesin basuh… Semua second jer… Jnji brmakna bg aku sbb tu dgn hasil titik peluh aku sndiri… Kali kedua gaji… Aku beli tikar getah… Tu pom xde mix tlg org… Naik motor buruk laki bwk la dr kedai smpai umh nk trcabut lengan2… P pk nk senang bkn senang… Sbb aku asal hidup dr org sush… Nk apa2 kna usha sndiri… Dr rumah tu xde apa2 hingga aku blh beli semua barang yg ada dlm rumh tu…
9bln mnggndungkn aisy… Hary2 ulang alik dr port klang pegi bank 2x sehari naik motor jer… Dgn kiri kanannya lori kontena…. P sbb nk ubah nasib… Aku korban… Sbb apa… Suami bnyk komitmen… Bayar rumh sewa mak bapak kt kg… … Bayar rumah kt klang… Bayar kreta yg ddk kt kg… Kdg2 nk servis kreta pom mix duit kt klang… P xpe… Aku sabar jer lg…
4bln bkerja aku kluarkn kreta… Dkt situ dh strt dh mulut2 yg bransur nk jatuhkn aku… Tu fmly sdiri… ‘tu nmpk orang senang dia pom nk senang jgk’ sdgkn aku amek kreta tnpa guna satu sen pom duit suami… Hnya dia sebagi grento…dlu ckup sush… Nk balik kg hnya naik bas… Masa tu tok sakit… Terpaksa tnggu stesen bas bukak dlu pg brtolak ptg bru smpai… Nasib sempat hingga saat trakhir arwah…
Slps 9bln kluarla anugerah terindah ibu… Muhammad aisy mirza bin muhammad farhan diberi nama…. Ketika itu brmula la sengketa diantara kluarga… Nk tny pendapat… Org brpantang blh k kehulu kehilir…? Nk buat mcm org yg sihat… Kita nie brjahit.. Bkn xbrjahit… Oke… Ma abh ckp… Xpe… Nk tgk cucu… Nk main ng cucu dtg la kt umh… Nk tido sini pom blh jagakan cucu…xkn nk ddk ng mertua… Mertua kerja kot… Lg pom tu ank sulong mana aku tau nk buat apa… Mst nk mak sdiri ada d cc jagakan kita kn… Aisy dlm 40hary dia adalah bdk kuat nangis… Masuk mghrib jer nangis… Tiba masa dtg ambil c aisy tu bual balik kt umh dia… Aku ddk kt rumah ma abh… Buat balik dlm keadaan brpakaian elok… Hntr dlm keadaan tangis tanpa sehelai kain ats tubuh…. Haty mana xsedih tgk ank dlm keadaan mcm tu… Dh bnyk kali mcm tu… Ckp xdgr… Kata fmly kita xbg main ng cucu…. Kn dh ckp… Nk main dtg… Bdk tu bkn umur 2 3 thn… Bru dlm pantang… Bila mnangis tinggal… Yg jd mngsa ma abh yg hiburkn smpai larut mlm… Xtahn sngt panggilkn ustaz…
Akhir skali xpuas aty… Pegi komen dkt gambar aisy… Ank ng bapak sama jer… Nk pisahkan cucu dr tok nenek… Terus aku wssp… Mula2 aku stay pnggil abh… P bila dia ckp aku mu n ckp aku nie baka bodoh….. Kt situ aku dh hilang ase hormat… Sehingga gaduh sperti musuh….. Slepas dr tu aku xjejak lg kaki dkt rumh mertua… Disebabkn laki yg ckp dia nk brubah… Aku stay oke…. Pk kn anak… Oke hdp sperti biase… Nmpk senang sikit mula nk cucuk… Pstu gaduh… Xpernah snang.. Mngkin time kluar nmpk hppy balik rumh gaduh… Yerla… Sbb kita nk lebih dr org… Bila diam dikira murung… Merajuk… Bila bising… Kata nk gaduh… Habis mana satu yg nk buat… Balik kerja penat2 gaduh… Mst ada yg xkna… Dgn dia yg nk masuk cmpur hal kerja….
Cemburu xbertempat fitnah yg kita zina ng org laen tmpt kerja sampai dpt zuriat aisy…. Lau aisy bukan ank ko knapa aisy sbijik muka ko… N lau dia bukan ank ko… Knapa fmly ko bria nk brebut aisy…. Sdgkn time kerja…nk pegi bank aku kluar skali ng ko… Balik kerja sharp dgn masa…. Tiba masa dk brcakap yg aku xmasak buat ko… Habis slama nie yg ko dk post bwk bekal pegi kerja sapa yg masakkn… Dlm masa 9bln aku stay cri masa wktu rehat maskkn utk suami…. Sebulan puasa… Xpernah xmasak… Hary2 mkn yg masak… Tu dikatakn xmasak… Ckp aku kurang ajar ckp mcm celaka ng laki…. Lau aku betol xkn aku nk diam… Lau aku xbrzina… Xkn aku diam…
Smpai satu tahap brgaduh… Ko sanggup ambil pisau nk sembelih aisy… Sbb dia penyebab mnantu n mertua gaduh… Saat tu tuhan jer yg tau….. Terus peluk aisy….. Aku nangis jer… N aku mampu ckp… Sebelum ko bunuh ank aku ko bunuh aku dlu…. Saat tu ko sdr terus buang pisau kt bwh kerusi… P aku diam… Tnpa buat report… Sbb aku pk mngkin sbb baran ko xblh nk sabar… Stiap kali gaduh semua isu dibangkitkn…. Sabar… Diam… Biarnorg nk ckp kita murung…
Sejak dr ko brani naik tangan aku dh mula smpn dendam… P dlm masa yg sama aku sabar n stay dgn ko…. Dlm masa yg sama… Mnyesal sbb bg pluang kedua utk ko…… Aku xnafikan yg ko banyak tolong… Kemas rumah… Jaga ank… Urutkn isteri… Yg tu xnafikan…. Tapi dlm masa ko jg ank… Bila dia buat silap n nakal mst ko akan pulas jari dia… Smpai bdk nie nagis…. Ko maki dia…. Dgn perkataan yg tuuuutt… Skg bdk nie kecik lg xtau apa2… Bru nk masuk stahun time tu… Bila nk main… Ko xblh tgk rumah brsepah… Ko kemaskn… Bila dh xde mainan… Dia main kipas… Jatuh… Ko gigit dia smpai lekat kesan… Aku balik rehat tgh hari hairan… Pagar kunci… P ank main dkt parking… Ko ada dlm rumah… Tgk tngn dh mcm tu… Haty mana xnangis… Tgk ank macm tu… Org yg nk kn anak hary2 brdoa moga dpt ank…. Kita yg ada anak lakukn mcm tu… Skg aku xde bukti… Aku xbuat report pe semua… Tu silap aku… Stiap kali gaduh…. Tangan dh mula hayun… Smpai aku dlm bilik Air ditendang sehingga lekat bekas pada lengan… Pegi kerja… Mngadu dkt staff yg aku dh anggap adik… P stay xbuat report…
P yg last kejadian nie… Sbnrnya pasal nasi jer… Oke…. Ko bayang… Ko dpt gaji 1hb….kluar pegi mall tnpa duit dlm bag…. Gaji ko laki ko yg manage… Tiba masa dia gaji duit ko dikatakan dh habis… Apa ko rasa… Bila kluar tny nk mkn apa…. Habis… Nk ckp nk mkn apa… Sbb duit xde dgn ko… P dlm bag laki ko… Mst akn jwb ekot… Oke… Lau dh ekot xpela mn2… Ckp nk mkn nasi ng tomyam… Oke aku turut jer… Smpai jer dekat kdai ckp kdai nie mahal… P stay nk pergi kedai dpn yg dh 2mnggu xbukak… Aku brsuara… Mana tmpt sama jer…
Oke… Aku amek kputusan utk balik dh nmpk brkira sngt… Engt perut nie blh tahan smpai pagi…. Apa xsmpai pg dh lapar… Aku stay xde mood… Bukak peti tinggal sbiji jer telur…. Oke la… Tny laki… Nk mkn k xnk… Oke dia ckp xnk… Xpela… Sbb sblm nie balik kerja kol 10. 30 tgk dia dh tido ng ank… Jd xnk kejutkn la…. Tiba masa turun marah2 sbb xmasak buat dia skali… Oke…dh dia xnk… Aku goreng telu rendam ng budu…. Masak nasi…
Tiba masa turun tny nk mkn apa… Ckp la xpayah la… Dh masak nasi… Mkn jer yg tu… Makin ditanya soalan yg sama brtubi2… Lst skali snyp main ng ank dkt buai aisy…. Kejup jer datang tarik2 rambut… Aku terus nangis… Sbb mak bapak aku xpernah sentuh aku… P ko nie dh mlampau…. Xmudah…. Aku bangun… Aku bahan lengan dia…. Ckp dr ko buat mcm nie…. Baik ko bunuh terus aku…. Ko dh melampau… Elok la mak bapak ko agungkn ko… Nk mkn. Nk minum anggota hntr kn… Ko sakit ko nk pegi hospital anggota bawakan….
Tiba masa semua sndiri….lpstu ko pukul blakang aku… Terus aku lari… Mana… Semua komitmen yg ko tanggung semua kt kg…. Habis dekat mana tanggungjwb ko…. Smpai nk akikah n cukur jambul ank pom semua bini yg kuarkn duit…. Mana nafkah ko sebagai suami…. Hanya tmpt tinggal… Walau dalam sbulan xpernah aku request nk beli tu nk bli nie… Apa2 usha sndiri…. Walaupom sehelai baju raya… P apa yg aku korbankan sia2 jer… Tkt kna bucu tangga… Dh ddk pelok ank…. Blh ko keliling aku sambil ludah… Hinanya aku saat tu… Nangis tnpa kata…
Terus bangun ludah sbijik masuk bilik i… Habis aku hncurkn brng dlm bilik i… Kluar bilik i nekad nk lari rumah… Blh ko ambil semua kunci kreta n motor… N bag duit n hp… N lg skali ko pukul aku… Sehingga patah hidung… Saat tu nekad utk buat report…. Ekotkn mlm tu ko dh lingkup dlm lokap… N kerja entah kmana…. P aku ada ihsan… Pk lg… Lau ko trbuang kerja…. Ko nk kerja apa… P sikit pom ko xpk utk aku… Aku hny buat report sbagai cover diri jer… Slepas dr hary tu… Tnggu fmly dr kg dtg… Pegi klinik.. Klinik tolak pegi hospital sbb pendarahn dekat mata… Xray hidung patah….dlm hary yg sama aku dpt rumh laen pe smue… Dlm masa satu hary angkut barang…. P bila dh angkut kata kita nie khandak… Yer aku khandak… Sbb smua brang atas rumh tu 1sen pom laki aku xkluarkn duit… Bila aku snyp… Ttp aib ko…
Smpai urusan mahkamah… Makin ko mnjadi2… Dr yg kg… Dr dlm fb n dr mulut ko sndiri… Dk menjaja bnda xbetol… Ckp aku yg mulakan angkara… Aku celaka… Aku xmasak buat suami….Aku xmelayan suami… Aku kurng ajar ng suami… Pstu dk belit cerita kata aku nie yg nk cerai sbb dh tau yg ko tu dh kantoi kaeen dua… Sbb aku hina mak ko… Sbb aku sgalan2nya… Dh benci kata bnci… Xperlu nk mnjaja…. Nk dtg tmpt aku kerja smata2 nk raih simpati…
Walau apa yg jd aku ttp ng pendirian aku… Ttp jalan solo brsama insan trcinta muhammad aisy mirza… Aisy kekuatan ibu…. Aisy cahaya buat ibu… InsyaAllah selagi ibu sihat nafas lagi brnyawa… Ibu xkn abaikan adik… Nasib ko dpt fmly aku yg sentiasa layan ko sperti tetamu…walaupom tau ank sering dipukul…. Kalau ditempat org lain… Mngkin ko ditumbuk… P skali lg ko ganggu aku… Xtragak2 aku report polis…. Skg sabar aku dh hilang makin hary makin Allah tnjuk perangai sbnr…. Dgn aku yg dpt bukak fb ko… Sdgkn slama kawen xpernah bukak fb laki sbb percayakan laki… Moga ada hikmah disebalik pengorbanan n kesabaranku…
Terima kasih tulang blakangku..tanpa korang mngkin aku dh xde kt klang… . Bkn niat nk aib kan sapo2… P makin aku snyp makin kuat crito aku dgr…. Dekat sbulan mnyepi cri kekuatan sdiri… Pk n hadam betol2…
VK simpati dengan kisah wanita ini. Semoga ada sinar pada masa hadapan. Bahagia itu milik semua orang.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...