Pernah terdengar kawan-kawan lelaki sembang pasal perempuan Kelantan ni. Kata diaorang  berkawan dengan perempuan dari negeri Cik Siti Wan Kembang ni kena hati-hati.

Kebanyakannya memang berani, sama ada dari segi tindakan mahu pun kata-kata. Kalau tengok dari video viral tu, memang betullah.

VK sendiri memang akui bab itu, maklumlah bertahun-tahun duduk serumah dengan orang Kelantan sebelum kahwin. Dari situlah faham dioarang ni macam mana.  Mulut memang manis tapi kadang-kadang kata-kata pedas berapi.

Selain tu ada lagi aspek lain yang kita kena hati-hati dengan wanita Kelantan ni.  Hati-hati tu bukanlah bermakna yang buruk jer ok. Ini pandangan peribadi VK tentang mereka, sebab itu lah orang lelaki cakap hati-hati kalau nak berkawan dengan diaorang.

IKLAN

1. Jangan tipu bab berniaga

Wanita Kelantan memang pandai bisnes. Tengok saja Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu penuh dengan peniaga perempuan.  Pengasas kosmetik Dnars dan Qu Puteh pun dari sana, orang lelaki mereka tak tahu lah di mana. Jadi jangan lah nak tipu bab berniaga ni dengan mereka.

5 Sebab Korang Perlu Hati-hati Kawan Dengan Perempuan Kelantan

2. Awas tergoda

Selalu dengar orang kata orang perempuan Kelantan terutama dari Pasir Mas cantik-cantik. Tak tahulah kebenarannya. Sebab cantik nilah ramai lelaki cair, tak caya tengok Neelofar dan wanita dalam gambar tu.

IKLAN

3. Mulut manis

Tengok saja kalau berniaga macam mana mereka pujuk untuk pelanggan beli. Walau guna loghat Kelantan tapi kedengaran lembut saja, sebab tu ramai yang terjerat nak beli. Ini lagi satu faktor orang lelaki cair.

4. Berdikari

Kalau dah lebih ramai perempuan di sana berniaga, orang lelaki tak nampak di mana tak cukup berdikari lagi kah.

5. Berani dan cekal

Dah tentulah berani dan cekal,  kalau tak mana boleh berniaga dan jadi jutawan.

IKLAN

Mek-mek Kelate yang baca ni mesti setuju kan. Giler tak setuju!

Nota: Artikel ini cuma berdasarkan pandangan peribadi.