Anak dua orang pun rumah boleh jadi huru hara, ini kan pula ada tujuh, enam orang pulak tu lelaki. Memang hebatlah kalau ada mak yang dapat pastikan rumah kemas dengan anak-anak yang ramai macam ni.
Tapi semua ini tak mustahil, ada saja kaum ibu yang memang ada sistem khas untuk pastikan rumah sentiasa kemas. Macam perkongsian yang dibuat oleh Khairul Hakimin Muhammad.
Ada 7 anak, 6 lelaki
Itu hari saya duduk dengan seorang ibu yang dah lama pencen dari sector perguruan. Beliau ini ramah ya ampun. Asalnya beliau merupakan seorang peserta kelas brownies beberapa tahun lalu. Namun sekarang dah jadi macam kawan.
Beliau bersembang tentang 4 orang menantunya yang berbagai-bagai ragam. Seronok mendengarnya. Ibu kepada 7 orang anak ini, punya 6 orang anak lelaki dan seorang sahaja anak perempuan.
Yang sulong itu anak gadisnya yang sudah punya 3 orang anak, kemudian ada 3 anak lelaki yang sudah berkahwin. Yang lain masih bujang trang-tang-tang.
Dalam banyak-banyak hal yang kami sembang, beliau nasihatkan saya tentang saya kena bertegas dengan orang rumah bab-bab mengemas, bab mencuci dan sebagainya kena bertegas walau beliau seorang yang bekerja. Kalau tak bekerja lagilah kena kuat tegasannya itu.
Suami tegas bab rumah kena kemas
Beliau kata, sepanjang jadi guru dan 10 tahun terakhir dapat jadi pengetua, beliau dapat suami yang sangat tegas bab itu.
Oleh kerana anak lelaki pula sangat ramai, dan memang susah ya amat nak pastikan rumah itu sentiasa kemas, namun sebagai isteri memang kena kreatif bab-bab menguruskan rumah. Sebab, semua inilah menunjukkan kebijaksanaan seorang wanita.
Kita memang boleh cakap “suami, tolonglah sama mengemas juga,” Itu boleh kata dalam mimpi pun susah nak jumpa. Memang ada, namun susah. Jadi dah bertukar status sebagai isteri, beliau cakap beliau reda sahaja namun kena kreatif.
Ads
5 perkara yang dilakukan
Ini yang saya belajar.
Sebab suami tak suka nak mengemas seperti dia, dan dia juga seorang yang bekerja dan penat ya ampun menjadi seorang guru ini. Di sekolah dah beratus anak murid, di rumah ada 7 orang yang jenis terbang nakal bukan main. Jadi beliau buat ini;
1.Beli banyak organizer
Beli banyaknya organizer untuk baju, seluar dalam, seluar, baju tidur, baju sukan, baju sekolah dan segala-gala untuk anak-anak ini beliau beli jenis rak macam toyogo yang ada laci itu.
Seorang anak, ada 1 organizer dan mereka kena uruskan semuanya sendiri termasuk mencuci, melipat dan memasukkannya di dalam organizer tersebut. Tak ada baju, memang kena libas kerana boleh jadi tak ke sekolah.
2. Beli ampaian untuk baju-baju yang mahu digosok
Ampaian ini perlu ada beberapa, senang untuk anak-anak gantung baju dan ambil sahaja. Oleh kerana rezeki beliau punya anak perempuan yang jadi anak sulong, maka si kakak ini banyak tanggungjawab membantu adik-adik dan beliau bersyukur kerana dari si kakak ini kecil lagi beliau sudah ajar untuk enjoy buat kerja.
Si kakak ini memang jadi ratu gosok baju untuk adik-adik. Mana yang cari pasal dengan kakak, pastinya tak akan digosok bajunya. Jadi semua kena behave dan layan kakak baik-baik.
Ads
Kredit gambar: www.facebook.com/zuera.burn
3. Bakul mainan dan stor
2 perkara ini benda penting yang wajib ada dalam rumah. Bakul mainan ini perlu diajar kepada anak-anak tentang apabila ambil, kena simpan semula. Kalau tidak, buang. Jadi ibu, bab ini kena bertukar menjadi rasaksa.
Biasanya anak-anak sangat sayangkan mainan mereka, jadi jika mereka tidak kemas, kasi buang. Namun, kalian ‘buang’ diam-diam dalam stor.
Setelah beberapa lama, hadiahkan mainan tersebut kepada orang lain. Ia lebih bermanfaat dari membuangnya. Anak akan dapat pengajaran, ibu bapa juga tidak membazir.
4. Hari Jumaat adalah hari bersih bagi semua bilik
Kredit gambar: http://indahnyahidupbertuhan.blogspot.my
Wajib letak dalam bakul kain seperti cadar, sarung bantal, dan segala jenis mak nenek pakaian yang belum dicuci termasuk tuala. Sekiranya tak buat, terus penjarakan mereka untuk bermain di padang selama 1 minggu.
Ia memang menjadi dengan sangat baik dan semua anak-anak lelaki cikgu ini sangat menjaga bilik mereka sendiri.
Ads
5. Sediakan sabun, pencuci muka segala pencuci
Sentiasa sediakan sabun, pencuci muka, pencuci segala semuanya kepada anak-anak. Dan di dalam bilik air, yang ini tak payah kedekut. Pastikan anak belajar tentang kebersihan. Dan ianya akan melekat di jiwa anak-anak.
Sampai ke tahap, nanti akhirnya anak sendiri akan tahu tentang pentingnya bersih, tentang pentingnya menyusun semua perkara.
Beliau cerita yang mana anaknya yang kecil-kecil, apabila beliau sudah didik abang dan kakak yang dah besar, yang kecil-kecil akhirnya mengikut. Rumahnya sentiasa kemas walau anak-anak banyak mainan. Dirinya sendiri juga tak stress suruh laki bantu kemas.
Iya benarlah, isteri cerdik yang solehah, penyejuk mata, penawar hati, hahaha. Macam lagu. Namun, itu semua betul, kan?
Rumah kita adalah yang memberi hilangnya gelisah, ianya disempurnakan oleh isteri yang cerdik, bijak dalam mengatur segalanya di dalam rumah.
Itulah emak-emak kita semua. harapnya isteri kita juga akan begitu selama-lamanya! Cewah!
Menjelang bulan puasa, satu perkara yang selalu menjadi kemusykilan kaum wanita adalah kiraan fidyah kerana tidak sempat menggantikan puasa.
Bagi yang ragu-ragu tentang perkara ini berikut di kongsi penjelasan cara kiraan fidyah yang diambil dari Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Tapi sebelum itu baca juga penjelasan mengenai fidyah untuk pengetahuan kita.
FIDYAH
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.
HUKUM FIDYAH
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
PROSEDUR MEMBAYAR FIDYAH
Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri.
Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.
SEBAB-SEBAB DIKENAKAN FIDYAH
1. Uzur menunaikan puasa wajib
Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.
2. Perempuan hamil
Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
3. Ibu yang menyusukan anak
Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.
4. Orang yang telah meninggal dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
5. Melambatkan ganti puasa (Qada’)
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
TAKSIRAN FIDYAH
(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH
KADAR BAYARAN FIDYAH
Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).
Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 1435H, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.80.
Contoh:
Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:
RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM16.20
* Jumlah hari puasa yang wajib di qadha tetap 3 hari sahaja. Hanya bayaran fidyah sahaja digandakan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua.
Sumber: Facebook Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia.
Nota: Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun (www.zakatselangor.com.my)
Kita selalu beranggapan Klinik Kesihatan tempat pemeriksaan kesihatan bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Sebabnya, rawatan di sini percuma jadi kena bersedialah untuk menunggu lama kerana ramai yang datang pun ramai.
Tapi menariknya hari ini, pelakon dan pengacara Jihan Muse memuat naik di instagramnya mengenai kunjungannya ke Klinik Kesihatan Seksyen 19 Shah Alam untuk mendapatkan suntikan 5 bulan bagi anaknya yang digelar Baby Ninja.
Ha tengok, artis popular pun buat rawatan kat sini jer. Mana taknya perkhidmatan jururawatnya terlatih dan profesional! Jihan sendiri mengakui dia memang mengambil vaksin wajib di sini kerana servisnya terbaik!
Dalam pada itu pelakon dan pengacara, Jihan Muse menyarankan agar semua wanita peka dengan kanser serviks. Dia baru sahaja mendapatkan rawatan terkini Ujian Saringan Serviks (Papsmear) yang terkini iaitu ROSE (removing obctacles to cervical screening) di klinik ini.
Buat ujian ROSE untuk bantu cegah kanser
Ini ialah ujian saringan menggunakan produk terbaharu dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Boleh membantu mencegah kanser serviks. Jangan hayat result ini pula selama 5 tahun. Malah percuma!
Assalamualaikum.. harini bawak #babyninja cucuk 5 bulan. Kebetulan harini ade benda best nak share. Saya nak share dgn kaum wanita terumatanya warga Shah Alam. Sepanjang bulan ni dekat Klinik Kesihatan Seksyen 19 kita boleh buat Ujian Saringan Serviks (PAPSMEAR) baru yg dinamakan “ROSE (removing obstacles to cervical screening)” ini adalah produk baru keluaran PPUM.
Cepat, senang gila dan tak sakit
Saya baru buat tadi dan saya sarankan semua wanita utk melakukannya sebab? Kanser Serviks boleh dicegah. Jangka hayat result ni 5 tahun. Cepat, senang gila and tak sakit (sebab halus je mcm cotton bud). Buat sendiri. PERCUMA. Dan result dpt dlm masa 3 hari thru SMS shj. .
Ambil vaksin wajib di Klinik Kesihatan, servis terbaik!
Terima kasih semua doctor & nurses KK19. Saya mmg ambil vaksin wajib kat KK dan yg additional dekat Avisena. Both terbaik ? #createawareness #rose #papsmear #kanserserviks #klinikkesihatan . Additional info: ROSE bulan ni hanya di KK SEK 19, KK KELANA JAYA & KK TAMAN MEDAN
Kisah bayi maut akibat tersedak susu memang sudah banyak kita dengar. Kebanyakannya berlaku tanpa ibu bapa atau pengasuh sedar.
Kejadian yang sama berlaku kepada Anita Zizul. Namun mujurlah ia cepat disedari dan anaknya yang sudah bertukar kebiruan itu sempat diselamatkan.
Sebagai pengajaran, Anita yang yang sehingga kini masih trauma dengan kejadian yang berlaku berkongsi kisahnya.
Ibu takkan lupa yang terjadi malam itu
Ibu mintak maaf adik. Ibu sambil lewa, ibu lalai. Ibu tak jaga adik Adam dgn baik. Semua sebab ibu…? Ibu takkan lupa apa yg jadi malam tu.
12/9 ibu takut, ibu berdebar2, ibu trauma! Dua malam ibu tidur tak lena sayang. Ibu akan ingat sampai bila. Pukul 10 mlm ibu bagi adik susu. Lepas 30 minit ibu masuk adik dlm buai. Adik tido tak lama lepas tu dengar adik nak muntah.
Ibu angkat adik cepat-cepat. Adik muntah banyak sampai keluar kot hidung. Badan adik panas ibu terbalikkan adik, tengok muka adik semua biru. Tangan kaki adik sejuk sangat.
Ibu rasa lain sangat, ibu ajak abah pegi hospital cepat-cepat. Ibu marah abah suruh abah bwk kete laju2. Abah diam je tapi ibu tahu abah pun risau sama.
Ibu lari depan pintu sambil jerit panggil doktor
Ibu panggil adik banyak kali adik cuma ek ek ek aje. Adik tak buka mata, adik lemah, adik lembik, ibu nangis ibu jerit suh adik bukak mata.
Ibu jerit suh adik bangkit, adik tak nangis adik senyap saja. Adik dlm pangkuan ibu.?? ibu terus doa, zikir, ibu cakap dlm hati. Tlg aku Ya Allah…selamatkan anak aku! Sampai di wad kecemasan abah turunkan ibu dan adik.
Ibu lari sambil pangku adik smpai depan pintu ibu jerit..doktor mana doktor! Doktor tolong. tolong anak saya. Ibu nangis. Ibu merayu. Ramai org tengok ibu peduli.
Doktor suh letak adik atas katil, adik diam aje takde bunyi, ibu cakap lagi ‘Tlg anak saya doktor! 6 – 7 org doktor campur misi pegi dekat adik. Diaorang suh ibu tunggu luar. Tak lama pastu ibu dengar adik nangis kuat. Bunyi mesin tut tut tut kejap kuat, kejap slow.
Tangan ibu menggeletar
Hati ibu tambah debar, tangan ibu menggeletar, ibu terus berdoa Allah…selamatkan anak aku!!!? Abah peluk ibu, abah cakap insya Allah adik takde apa-apa.
Tak lama lepas tu doktor panggil ibu, doktor tanya apa yg jadi di rumah. Lepas cerita semuanya doktor bagitahu adik mungkin TERSEDAK SUSU.
Demam adik tinggi .Nafas adik laju doktor panggil ibu tgk adik. Ibu nampak adik pakai oksigen dan masuk air. Adik lemah ibu ckp2 dgn adik, adik tengok saja ibu. Doktor bagitahu adik kena admit, nak kene ambik darah n x-ray.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...