Tentunya masih ramai mengingati aktres drama Winter Sonata yang pernah jadi fenomena satu ketika dulu.
Semalam pada usia 42 tahun Choi Jin Woo akhirnya mendirikan rumah tangga. Aktres ini melangsungkan majlis perkahwinannya secara tertutup di Seoul, Korea Selatan. Majlis tersebut hanya hadiri oleh saudara terdekat.
Ads
“Ia mungkin akan mengejutkan tapi saya ada berita gembira untuk dikongsi,”tulis Choi Ji Woo kepada peminat dalam laman instagramnya.
Ads
“Hari ini 29 Mac merupakan permulaan hidup saya dengan pasangan.Ia merupakan majlis perkahwinan yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan saudara terdekat.
“Saya akan memulakan kehidupan berkeluarga dengan lelaki yang saya cintai.
Ads
Bagaimanapun aktres tersebut berahsia tentang suami yang dikenali sejak setahun yang lalu. Tapi agensi YG Entertainment yang menguruskan artis ini mengatakan bahawa suami Choi Ji Woo bukan dari kalangan selebriti namun tidak memberikan maklumat lain.
Selepas selamat bertunang pada 12 Mei lalu, kini penerbit terkenal, Datuk Ziela Jalil sudah pun menerima menantu. Dr. Puteri Julia Nabilah binti Tan Sri Megat Junid selamat diijabkabulkan semalam dengan Dr. Dziya Faqhran bin Dato’ Mahmood Fauzi.
Melalui instagram Ziela Jalil yang dimuat naik dari Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, dapat dilihat foto-foto menarik yang diambil sekitar majlis tersebut. Pun begitu ucapan melalui instagram Puteri Julia sendiri sebelum menjadi isteri orang pastinya membuatkan ibunya itu sebak.
Kepada Mama,
Wanita yang selalu bersama saya, wanita besi yang telah membesarkan saya dan adik-beradik saya, wanita tabah yang juga superhero saya sendiri. Terima kasih atas semua yang telah mama ajarkan, semua yang telah mama berikan kepada saya. Terima kasih atas segala didikan, banyak yang dipelajari melalui kata-kata dan yang tersembunyi di antara senyuman, kemarahan dan air mata mama.
Terima kasih kerana mama telah menjadikan saya seperti hari ini. Terima kasih kerana selalu memberitahu saya bahawa saya mampu apa-apa. Terima kasih kerana meyakinkan saya yang saya mampu untuk mencapai segalanya. Terima kasih untuk segala doa. Saya tak mampu nak membayar segala apa yang telah mama berikan pada saya. Selamat Hari Ibu.
Diungkap sebelum bergelar isteri sempena Hari Ibu yang lalu sememangnya kata-kata Dr. Puteri Julia menyentuh hati dan menggambarkan betapa banyak si ibu berkorban untuk dirinya.
Dalam pada itu meskipun sudah bernikah semalam namun tak banyak gambar-gambar pernikahan Dr. Puteri Julia ini yang dikongsi. Berikut adalah beberapa gambar yang dikongsi dari instagram Ziela Jalil.
Kisah kematian si kecil Adam Rayqal sememangnya membekas di jiwa kita semua. Lebih lebih lagi buat yang bergelar ibu.
Tak dapat diterima dek akal buat kita bila bayi yang maut akibat kecederaan di kepala itu mayatnya disumbat di dalam peti sejuk oleh si pengasuh.
Tapi sedar tak sedar, bila timbul kes kematian bayi di rumah pengasuh ini sering kali akan ada bait-bait ayat seperti ‘sebab itu saya sanggup bekerja, jaga anak sendiri.’
Ungkapan dari kaum ibu juga tapi sebenarnya cukup mengguris jiwa ibu lain yang bekerja. Perkara inilah yang diluah oleh Meera Naser dalam catatannya di Facebook semalam.
Tanpa disangka catatannya yang meminta supaya berhenti membandingkan ibu bekerja dengan ibu tak bekerja ini dapat perhatian ramai terutama kaum hawa.
Mendapat lebih 15 ribu perkongsian di laman sosial, pandangan Meera nyata dipersetujui ramai kaum ibu.
“Bila ada kes anak kecil meninggal di bawah jagaan pengasuh, mulalah keluar ayat-ayat nak bangga diri “sebab tu sy sanggup berhenti kerja pentingkan nyawa anak” , seolah yang terus bekerja ni tak pikir nyawa siapa-siapa.
Tolonglah, ubah ayat kita, semua tu mengguris hati tau tak, semua ibu ayah nak yang terbaik untuk anak-anak, kalau ikut hati siapa je yang nak kerja?
Banyak bidang memerlukan wanita harini, terutama di labour room, bila tak banyak doctor perempuan, kita juga yang complain, demand, tapi tak sedar ke kita wanita-wanita tulah antara yang tinggal anak setiap hari pada pengasuh.
Hentikanlah banding membanding tu. Jagalah hati-hati kebanyakan ibu yang turut tidak senang hati takkala memikirkan anak mereka bersama pengasuh sekarang ini.
Sama-sama kita harap selepas ini, lebih banyak sektor dan syarikat yang boleh sediakan NURSERY KHAS buat kakitangan pekerja, insyaAllah kesan positif akan banyak terhasil dengan adanya nusrsery sebegini.”
Dalam pada itu Meera turut memuat naik luahannya di instagram berkenaan isu yang sama.
Pada VK sendiri tak perlulah kita membandingkan ibu bekerja dengan ibu suri rumah tangga yang dapat menjaga anak sendiri. Itu semua rezeki masing-masing, begitu juga kematian sudah ditetapkan Yang Maha Esa. Ada saja bayi yang maut di rumah ketika di jaga ibu sendiri.
Selepas tujuh hari kelahiran anaknya, semalam Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid mengumumkan nama untuk puteri mereka.
Siti Aafiyah Binti Khalid nama diberi bagi menggantikan panggilannya Fatimah Az Zahra selama seminggu lalu.
Kata Siti nama itu dipilih bersempena doa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada bapa saudaranya, Al Abbas.Bermaksud segala yang baik-baik saja, ilham untuk nama tersebut tercetus ketika pasangan ini menunaikan umrah tahun lalu.
“Sepanjang di sana, saya sering mendengar doa berkenaan. Malah maksud Aafiyah juga merangkumi yang baik-baik saja.
“Sepanjang hamil, saya sering mendapat kiriman doa ini yang menyebut nama Aafiyah. Jadi, saya dan suami sepakat memilih nama ini,” kata Siti dalam majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah di kediamannya yang disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri.
Sementara itu Datuk Khalid atau Datuk K, tidak berselindung dengan perasaannya yang terlalu gembira bila melihat hasrat isteri untuk bergelar ibu akhirnya tercapai.
“Happy sangat tengok hasrat Siti yang sekian lama nak jadi ibu tercapai. Perasaan saya bercampur baur, gembira, sedih kerana doa kami termakbul.
“Jika Siti menanti 11 tahun, saya menanti lebih lama hampir 18 tahun untuk dapat anak perempuan.
“Sebenarnya selepas rumah ini siap semua anak ada bilik masing-masing dan ada bilik disediakan untuk anak perempuan. Selepas sekian lama baru sekarang ia dihuni,”ujar Datuk K.
Dalam majlis itu juga Siti berkongsi pengalaman bersalin dan detik detik yang dilalui selepas tujuh hari bergelar ibu.
“Inilah impian dan doa saya yang menjadi kenyataan. Dulu usap-usap perut kini dah ada depan mata. Syukur kerana dia dilahirkan sempurna.
“Pengalaman melahirkan setiap wanita itu berbeza. Saya sendiri kehilangan banyak darah waktu bersalin tapi dengan kecekapan doktor yang merawat saya dapat dipulihkan.
“Saya ditahan satu hari di wad bersalin dan hari ketiga alhamdulillah saya dah boleh berjalan. Walaupun bersalin secara caesarean saya kuatkan diri dan semangat.
“Saya tak boleh terlalu takut untuk berjalan walaupun tahu ada luka. Tapi bila lihat bayi depan mata hilang segala sakit,”ujarnya.
Biarpun mengambil khidmat penjagaan berpantang Natalis ujar Siti dia turut dibantu oleh ibu dan juga ibu mentuanya. Malah turut mendapat sesi nasihat penyusuan istimewa dari menantunya Tya Ariffin.
“Saya bertuah ada ibu dan ibu mentua yang tinggal bersama. Saya ambil petua dari mereka. Tapi saya rasa cabaran besar selepas melahirkan adalah untuk susukan anak.
“Ya Allah, bukan senang. Tapi bila fikir mak saya boleh susukan lapan orang anak, kenapa saya seorang anak saja nak mengeluh.
“Saya juga bersyukur menantu banyak tolong saya dalam hal penyusuan. Dia beri tunjuk ajar apa yang perlu saya buat, apa yang perlu saya makan, pasangkan mesin dan sebagainya.
“Dia macam cikgu. Selalu mak yang ajar anak untuk susukan bayi, saya special sikit, menantu yang ajar,”ceritanya.
Akui Siti lagi selama menjadi ibu, dia juga sudah mula berjaga malam untuk menjaga dan menyusukan bayinya.
“Macam hari ini saya cuma tidur 3 jam saja sebab anak saya jenis yang siang tidur malam berjaga.
“Semakin dia membesar, dia makin kerap nak menyusu badan. Jadi sebagai ibu kena berkorban, sebab nak anak kita sihat,”ujarnya.
Siti selamat bersalin pada 19 Mac lalu secara pembedahan. Aafiyah dilahirkan dengan berat 3.55kg di Hospital Glen Eagle, Kuala Lumpur. Berita kelahiran anak penyanyi nombor satu tanah air ini disambut gembira oleh netizen.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...