Anak Kecil Lagi Tapi Aeril Zafrel Dah Mula Fikir Siapa Cinta Hati Anak Perempuannya, Kapsyen Di Instagram Buat Follower Tersentuh

Share

 

 

Perasaan seorang bapa apabila anak perempuannya berkahwin pastinya terharu. Dalam gembira ada rasa sebaknya. Walau hal itu masih jauh lagi, namun pelakon, Aeril Zafrel dah mula memikirkannya.

Dalam kapsyen status Instagram mengenai sambutan hari jadi anak perempuannya, Hayla, Aeril telah membuat pengikutnya tersentuh.

 

Siapalah pengganti ayah

orang kata ayah adalah cinta pertama anak perempuan. Siapalah agaknya akan menjadi pengganti ayah di hati hayla nanti ????

 

Status ini Aeril membayangkan suatu hari nanti anaknya akan berkahwin. Ketika itu pasti lelaki yang menjadi suami anaknya akan menjadi insan pertama di hati.

Ini kerana dia percaya kata-kata bahawa ayah ialah cinta pertama seorang anak perempuan.

Sambutan hari jadi Hayla dan Attar turut dimuat naik oleh Wawa Zainal. Pasangan romantis ini memang kerap menjadi perhatian follower Instagram masing-masing.

 

 

Sumber: Aeril Zafrel & Wawa Zainal

IKLAN