Anak Merengek Petanda Besar Diana Amir Perlu Batalkan Percutian Ke Hong Kong, Taufan Mangkhut Boleh Bahayakan Nyawa

Share

 

 

Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan berita taufan Mangkhut yang bergerak dari Filipina kini melanda Hong Kong. Malah pihak berkuasa mengeluarkan amaran taufan tahap 10. Amaran yang dikeluarkan The Observatory iaitu badan pemantau cuaca Hong Kong turut memaklumkan angin beserta ribut dengan kelajuan 175 kilometer sejam menyebabkan taufan itu bergerak 30 kilometer sejam.

Ekoran itu, pihak berkuasa penerbangan memaklumkan 889 penerbangan telah ditangguhkan atau dibatalkan. Salah seorang yang terkesan dengan hal ini ialah pelakon, Diana Amir. Lebih menyentuh hati ialah anak sulung Diana sendiri yang dapat ‘merasai’ akan hal ini.

Diana yang sedang hamil lapan bulan dan keluarganya sedang merancang hendak bercuti ke Hong Kong. Tempahan hotel dan penerbangan semuanya telah selesai. Namun, apabila Diana mendapat notifikasi daripada syarikat travel mengenai taufan ini, dia telah membatalkan perancangan.

Di instagram, Diana menceritakan mengenai apa yang anaknya katakan mengenai kapal terbang yang mungkin seperti petanda bahawa bakal berlaku taufan yang boleh mengancam nyawa jika mereka sedang berada nun jauh di atas pesawat.

Uncle tak bagi naik flight

Khawlah : Uncle tak bagi Khawlah naik flight ( sambil nangis , baru bangun )
.

Mummy : Kenapa uncle tak bagi, khawlah boleh naik flight, dont worry ok?
.

Khawlah : Tapi tadi uncle cakap Khawlah tak boleh naik flight ( nangis lagi ) ?
.

Puas nak kena pujuk dia.. That time i mcm meremang jugakla sbb kebetulan kitorg tgh plan2 nak pergi Hong Kong, tapi i mcm, takpe kot.. die mimpi je..

Dapat notifikasi

Our initial plan was to have our last #HDbabymoon kat Hong Kong last weekend 15-18 September, sekarang kan dah #8monthspregnant , pasni mesti takleh dah jalan2 , kalau dah lepas pantang nanti pun kena tunggu baby besar baru larat nak holiday kan? tapii Allah sebaik2 perancang
.
.
ومكروا مكرا والله خير الماكرين

dah book semua aktiviti, hotel, but on 13 September dapat notification drp @klooktravel ttg Super Thyphoon Mangkhut ( May Allah ease their pain and hardship)

Batalkan percutian

Diana trus msg husband and cerita pasal khawlah , maybe it’s a sign, that we have to cancel our trip . “safety first” husband cakap
.
Alhamdulillah for the technology, they get to forecast the weather.. can’t imagine if we were stranded there w broken windows, strong winds of 155km/h, (try tgk youtube video Thyphoon Mangkhut Flight, rasa xnak nak flight dah lepas ni.. ) confirm nangis dgn budak2 kecik @khawlah_khadija ni.. .
.
Dunia hanya sementara, kun fayakun, kalau Allah nak musnahkan sekelip mata je. Tapi Allah bagi teguran sikit2, supaya kita ada masa untuk bertaubat.. .
.
Kita mungkin tak “pergi” lagi, tapi kita pasti akan kembali padaNya
.
semoga saat itu husnul khotimah.. saat itu dalam keadaan beriman.. saat itu kita dalam rahmatNya.. Amin.. Ya Rabb ..

 

 

Sumber: Diana Amir

IKLAN