Atasi Masalah Skin Tag Dengan Cuka Epal, Tanggal Sendiri Tanpa Rasa Sakit

6916

 

Masalah lebihan kulit ataupun skin tag biasa kita alami. Selalunya ia dilihat sekitar bahagian leher, ketiak, atau bahagian kulit yang bergesel. Punca skin tag atau kutil ini berkait dengan kegemukan, masalah gula dalam dalam, diabetes dan kehamilan.

Walaupun tidak berbahaya tapi ada kala saiznya yang agak besar menyebabkan ia jelas kelihatan terutamanya di bahagian leher. Bagaimana untuk mengatasi masalah skin tag ini yang mungkin menjejaskan penampilan?

Selain daripada rawatan oleh ahli dermatologi, bagi anda yang mahu menghilangkan skin tag secara semula jadi mungkin boleh cuba menggunakan cuka epal.

Cara-caranya

Anda hanya perlu meletakkan cuka epal di bahagian yang terlibat kemudian urut perlahan-lahan.

Ia mungkin perlu dilakukan berulang kali. Dari semasa ke semasa sebelum skin tags ini tanggal sendiri. Cara untuk melakukannya adalah seperti berikut:

1. Ambil kapas muka dan tuang cuka epal
2. Gosokkan pada skin tag
3. Anda mungkin perlu melakukannya dua atau tiga kali sehari selama beberapa hari hari atau minggu sehingga anda melihat perubahan pada skin tag.
4. Ia akan berubah warna menjadi semakin gelap dan kemudiannya jatuh sendiri.

Selamat mencuba!

 

 

Tinggalkan Komen