Bagi mak-mak tip ni kena kena simpan, sangat berguna jika ada anak yang masih bersekolah. Walaupun baju sekolah anak baru dibeli tapi tak mustahil dah pun kedam. Selain itu ada pula daki yang sukar ditanggal.
Supaya kembali bersih hingga akhir tahun cara yang dikongsi Puan Leena Hassan ini sangatlah berguna. Belajar daripada sepupunya seorang jururawat tentang cara mengekalkan baju unifom supaya kekal putih katanya dia hanya menggunakan sabun mandi saja.
Cara tersebut dipraktikkan untuk mencuci baju sekolah anaknya, ternyata memang berkesan. Bukan saja putih bersih, wangi pulak tu. Paling penting jimat tak perlu beli lagi pencuci yang mahal.
Bagi mak-mak yang ada anak sekolah tahun depan boleh ikut ya cara Puan Leena ni. Confirm kurang sikit membebel, sebab VK pun dah cuba!
Sudah lama saya R&D dengan pelbagai formula & brand sabun baju untuk jadikan baju sentiasa putih. Tapi tidak pernah menjadi.
Guna Cloroc, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna Vanish, kos tinggi. So…saya tanya sepupu saya Siti Atirah Sharifuddin yang bekerja sebagai nurse. Apa rahsia nurse menjaga uniform untuk sentiasa putih?
Nahhhhhh…. Nin diaaaa cara-cara nya. Anda boleh cuba untuk uniform anak sekolah nanti.
Saya suka guna sabun Lux – Rose. Sebab bila baju dah kering, bau ros masih ada. Kerja lebih sikit untuk memarut sabun ketul tu tapi tak mengapa lah, saya tidak sibuk mana pun untuk menjadikan itu satu alasan.
Rendam baju-baju putih dengan sabun Lux yang diparut selama 1 malam. Saya tambahkan sikit sahaja sabun baju biasa. Esoknya, terus on mesin basuh. Tidak perlu sental.
Dah siap, putih bersih kan
Simpan dan share tip ni dengan ibu-ibu lain ok! Terima kasih Puan Leena.
Hari raya korban nanti mungkin ada yang akan menerima bahagian paru ini selain daging. Tapi sebelum dimasak, paru ini harus dibersihkan dengan cara yang betul dan teliti supaya tidak berbau hanyir.
Bagi yang belum tahu cara bersihkan paru ini boleh gunakan cara yang dikongsi Afy Al Habibi sebagai panduan.
Ketelitian membersihkan bahagian paru sangatlah penting. Tak boleh buat acuh nanti bau hanyir sekiranya air darahnya tidak dibersihkan betul-betul.
2. Kemudian rendam dengan air gandum/cuka atau perahan limau nipis. Seterusnya basuh dan toskan lagi sekali.
3. Seterusnya baru masukkan dalam periuk berserta air. Guna periuk yang besar supaya senang untuk membalikkan paru.
4. Dalam periuk campur sekali;
– asam keping
– garam
– serai (jika suka, ia boleh kurangkan bau hanyir)
– halia
5. Rebus kira-kira 35 minit dalam api sederhana besar. Tak perlu tutup periuk, nanti air melimpah. Sesekali balik-balikkan paru ini.
6. Sebelum tutup api, cucuk-cucuk paru untuk melihat bahagian dalamnya. Sekiranya tidak lagi berwarna merah bermakna sudah cukup masak dan boleh tutup api.
7. Buang semua air rebusan dan toskan. Boleh juga lalukan di bawah air sekejap sebelum ditoskan. Kemudian bolehlah dihiris untuk dimasak ikut citarasa.
Kejadian renjatan elektrik selalu berlaku ketika banjir, malah beberapa hari lalu turut dilaporkan di Kelantan yang melibatkan kematian seorang lelaki.
Wayar-wayar elektrik yang ditenggalami air di rumah dan tak nampak di mata kita boleh mendatangkan bahaya. Oleh sebab itu kita memang kena berhati-hati dan paling penting kena tahu langkah keselamatan elektrik di musim banjir untuk mengelakkan terkena bahaya renjatan.
Berikut ini adalah antara tip keselamatan elektrik semasa dan selepas banjir yang perlu kita praktikkan jika kediaman ditenggelami air.
-SIMPAN kelengkapan elektrik di tempat yang tinggi dan selamat daripada ditenggelami atau terkena air banjir.
-LAPORKAN segera kepada TNB jika air telah mula naik untuk pemantauan atau pemotongan bekalan elektrik bagi mencegah bahaya.
-PASTIKAN menyimpan nombor telefon untuk hal-hal kecemasan seperti nombor balai polis, bomba, hospital, pejabat TNB yang berdekatan, dan pastikan nombor tersebut mudah diakses semasa kecemasan
-ELAKKAN berenang atau meredah air di kawasan yang mempunyai talian elektrik, kerana paras air yang tinggi akan menyebabkan talian tersebut mudah disentuh, terutamanya pada waktu malam di mana kadar penglihatan tidak begitu jelas.
Sekiranya paras air meningkat dan bersentuh dengan talian hidup tanpa pengetahuan anda, renjatan berlaku pada sesiapa yang berada dalam air.
-JAUHKAN diri daripada lokasi yang terdapat talian elektrik jatuh atau putus, bagi mengelak daripada renjatan elektrik akibat talian yang masih berarus elektrik.
-JANGAN menghampiri atau pegang tiang elektrik atau dawai umbang (stay wire) semasa banjir atau hujan kerana kemungkinan terdapat arus bocor.
-DILARANG menggunakan tiang elektrik dan dawai umbang sebagai tiang ampaian.
-JANGAN hampiri pepasangan elektrik seperti pencawang atau bilik suis elektrik yang ditenggelami air.
-JANGAN mengalih atau membaiki tiang elektrik tumbang atau talian elektrik putus atau jatuh ke tanah dan hendaklah laporkan segera kepada pihak pemegang lesen/utiliti (TNB) sekiranya terdapat kejadian tersebut.
-JANGAN menggendalikan peralatan elektrik atau memetik suis elektrik dengan tangan yang basah atau semasa berdiri dalam air.
-SEKIRANYA ternampak individu terkena renjatan elektrik akibat terkena talian elektrik, jangan sekali-kali menyentuhnya atau cuba membantu mengalihkan talian elektrik tersebut.
– AWASI anak-anak. Usah biarkan mereka bermain di dalam kawasan pencawang elektrik yang telah ditenggelami banjir atau berhampiran dengan tiang elektrik yang patah atau disekitar talian elektrik yang kendur atau jatuh di atas tanah.
– BERHATI-HATI apabila berada di kawasan banjir kerana kelengkapan elektrik dan pepasangan elektrik yang ditenggelami air berpotensi mendatangkan bahaya.
Ia boleh mengalirkan arus elektrik di kawasan persekitarannya dan boleh membawa kepada kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.
-JANGAN gunakan kelengkapan elektrik yang terendam di dalam air atau pastikan semuanya diperiksa dan berkeadaan kering sebelum menggunakannya.
-ELAKKAN mengguna kelengkapan elektrik yang diragui keselamatannya.
Sebelum menghidupkan suis utama, PERIKSA semua pendawaian rumah dan kelengkapan elektrik yang terdapat di dalam rumah.
Pemeriksaan ini hendaklah dilakukan oleh kontraktor elektrik yang bertauliah atau berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...