Puas hati kalau selepas mop lantai nampak permukaan bersih berkilat. Tapi selalu terjadi walau sudah dimop tetap tak nampak berkilat malah melekit pula.
Berikut ada tip yang dikongsi oleh Mizs Lynda untuk memastikan lantai rumah bersih an berkilat selepas dimop.
“Saya suka tengok kalau lantai rumah berkilat. Selagi tak kilat selagi tu tak sah,”ujarnya.
Kata beliau seminggu sekali ia akan membersihkan lantai rumah dengan cara di bawah ini
1. Tuang air panas suam dalam baldi.
Ads
2. Campurkan dengan satu penutup cecair pelembut pakaian (Downy) bersama 5 titis cuka. Kacau.
3. Kemudian boleh mop satu rumah.
Ads
Hasilnya lantai akan bersih berkilat. Tapi katanya elakkan guna cuka makan banyak kerana akan menyebabkan lantai melekit.
Ads
Selain daripada rutin ini, katanya beliau untuk akan mengemop lantai menggunakan pencuci lantai biasa setiap hari.
Ramai kalangan kita yang memelihara di rumah, ada yang sampai 10 ekor. Bila pelihara haiwan ini biasalah akan ada bau yang kurang menyenangkan terutama kalau kucing ini jenis indoor.
Walaupun sudah membersihkan bahan buangan kucing dan membersihkan litter box tapi baunya tetap ada.
Bagi yang tak selesa dengan bau ini boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh @qienaibrahim . Beliau yang turut memiliki banyak kucing peliharaan menyahkan bau kucing ini hanya dengan menggunakan kulit kayu manis.
1. Caranya, ambil beberapa batang kulit kayu manis kemudian masukkan dalam bekas.
2. Isikan dengan air kemudian letak di bahagian tersorok seperti bawah kabinet.
3. Boleh letak bekas ini di beberapa ruangan dalam rumah. Jika air dalam bekas sudah pekat dan berbuih, buat baru.
Rumah saya flat ada 10 ekor kucing memang setiap penjuru saya letak air kayu manis ini, memang tiada bau,”tulis seorang netizen yang turut mempraktikkan tip ini.
Ujar Kina, dia telah mempraktikkan tip ini bertahun-tahun untuk menyahkan bau kucing dalam rumah.
“Selain itu ‘bibik’ kenalah selalu buang bahan buangan dan bersihkan litter box, barulah tiada bau,”tambahnya.
Kalau di kampung, pokok jambu air ini antara yang selalu ditanam di halaman. Senang nak makan, petik saja. Kalau ada jambu air madu lagi syok, buat colek untuk makan waktu petang. Terbaik!
Pokok jambu air ini memang berbuah lebat tapi nak dapatkan buah yang cantik, besar dan padat kena buat penjagaan. Boleh ikut tip yang dikongsi oleh Iffah Effah. Kalau tengok jambu yang ditanam buahnya memang cantik.
Menurutnya pokok jambu air yang ditanam ini langsung tak mengunakan racun tapi tetap elok, padat dan sedap buahnya. Ini tip yang dikongsi:
1. Kalau pokok dah lama tapi tak berbuah, ambil sedikit garam kasar dan tabur. Tapi nak tabur ada caranya kita berdiri dekat batang pokok dan campak ke arah luar (sebab akar dah gerak jauh dari batang, sama jugak kalau bagi baja).
Tabur garam itu tujuannya untuk tambahkan manis pada buah. (Ini orang dulu-dulu cakap, mereka kan lebih dulu makan garam). Jadi jangan tabur gula pulak sebab nak bagi manis.
2. Pokok jangan biar terlalu tinggi, cantas bahagian atas kalau boleh tinggi bawah 10 kaki supaya senang nak kutip hasil dan senang kita nak balut.
3. Waktu buah berputik, bila dah besar dalam 20 sen balut buah guna plastik dan surat khabar. Pastikan gunting kiri dan kanan supaya air hujan tak bertakung.
4. Tujuan kita balut buah supaya lalat buah tak serang (buah tak cacat & rosak ) kalau sebelum balut itu ada bintik-bintik hitam tu boleh lah buang awal-awal pilih yang cantik-cantik saja.
5. Masa kutip hasil pula, kalau boleh buah busuk yang jatuh bawah dahan sebaiknya korang sapu (bakar atau buang jauh ) bagi kosong bawah pokok. Sebab buah yang busuk itu ada fungus jadi ulat akan merebak cari akar jambu. Sebab itu kena bersih kan supaya pokok boleh tahan lama.
6. Buang sedikit daun supaya udara boloh masuk, banyak sangat daun nanti buah kurang (gila daun).
Sambal bilis ini kena ada di rumah. Senang, bila tak rajin nak masak boleh makan ikan bilis ini dengan nasi.
Bagusnya sambal jenis ini tahan lama, letak di luar boleh tahan sampai sebulan.
Sambal ini memang ada dijual tapi kalau buat sendiri lagi best, boleh ‘adjust’ rasanya ikut selera kita. Boleh tambah kacang atau tempe jika mahu.
Jika nak cuba boleh ikut resipi Aien Alaam, sesuai dijadikan bekalan untuk travel. Nak guna untuk jual pun boleh pakai resipi yang sama.
Hari ini nak kongsi resipi sambal bilis garing/kering. Ada sesiapa yang suka makan sambal ikan bilis kering yang jual kat stesen minyak tu tak? Ini resipi sambal bilis kering jika nak cuba, insyaallah sedap.
Boleh buat stok makan dengan nasi dan nak jual pun boleh. Boleh tambah tempe goreng atau tahu goreng kalau suka.
Bahan-bahan:
Cili kering -500g
Ikan bilis halus – 500g (digoreng garing jika suka)
Bawang goreng – 2 bungkus (jika suka, tak letak pun boleh)
Kiub ayam – 2 ketul
Gula halus – secukup rasa
Garam/serbuk perasa secukup rasa
Cara membuat:
1. Goreng cili kering dalam minyak panas, lebih kurang dalam 10 saat atau pun sehingga cili kering rangup. Jangan sampai hangit nanti cili jadi pahit. kemudian tumbuk/kisar kering cili yang telah digoreng. Ketepikan.
2. Panaskan dalam 3 sudu minyak masak. Setelah minyak panas, masukkan 2 ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak. Jangan sampai hangit (guna api paling kecil).
3. Masukkan cili kering kisar tadi, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
4. Gaul semua bahan tadi lebih kurang 2 minit dan tutup api. Siap.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...