Pernah juga kecoh apabila orang dewasa ditegah membawa anak kecil ke masjid kerana bimbang mengganggu jemaah lain yang hendak solat. Namun, sebenarnya membawa anak kecil ke masjid mempunyai kebaikannya yang tersendiri.

Salah satunya adalah membiasakan si kecil dengan suasana solat berjemaah dan bacaan ayat suci. Walaupun anak kecil memang perangai semula jadinya suka bermain dan barangkali membuat bising, namun dalam masa yang sama anak kecil boleh dididik suka dengan rumah Allah.

Melalui video yang dimuat naik ke Instagram oleh Perunding Motivasi, Sharimi Shaharudin, seorang bapa dilihat membawa anak kecil berusia 3 tahun untuk solat di masjid. Bapa ini ada alasan tersendiri bawa anak ke masjid. Jom ikuti cerita si kecil ini.

Bawa Anak Ke Masjid Sejak Kecil, Bapa Ini Buktikan Anak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Baca Al-Fatihah

Pesan suruh solat di belakang

Ya Allah aku bersyukur sangat hari ini, balik kerja lepak dengan member lama, tiba masa singgah ke Masjid Ukay Perdana, tunai Solat Maghrib. Lepas solat, menanti saja waktu Isya’. Tiba masa nak solat, aku lihat seorang ayah bawa anak kecil ini, dibisik di telinga, pesan suruh solat di belakang. Anaknya turut saja. Kami pun solat. Sedang solat kendengaran suara nyaring budak di belakang ikut bacaan al-Fatihah. Tersenyum aku.

Bila orang berzikir, mulut dia ikut berzikir

Usai solat aku dekati budak kecik yg comel ini, adat budak suka bermain, dia terlompat seronok, adakala ikut ayahnya solat sunat. Bila orang berzikir, mulut dia ikut zikir. Allahu.

Fattah mesra orangnya

Aku nak sembang dengan ayahnya, aku dekati dan perkenalkan diri, tanya nama budak comel ini, Fattah panggilannya baru usia genap 3 tahun semalam.

Ayahnya cerita, dulu pernah bawa dia kat surau R & R, tengah solat Fattah masih bising di tepi, tapi tiba-tiba senyap. Risau ayahnya, habis solat, pandang belakang Fattah takde. Allahu, terus mencari. Kemudian, dia terdengar Fattah panggil ‘ayah’, lega. Rupanya dia ikut orang di situ. Fattah sangat mesra dengan orang. Tadi pun selamba peluk dan salam makmum lain.

Isteri suruh bawa fattah ke masjid

Sejak dari itu ayahnya risau nak bawa ke masjid, tapi bila satu hari, si isteri suruh ayahnya bawak Fattah ke masjid, nak test. Alhamdulillah Fattah ok dan seronok. Ayahnya selalu pesan. Kalau nak ikut lagi, duduk diam-diam.

Boleh baca al-Fatihah dengan cara sendiri

Yang si ayah sebak, 1 hari nak solat di rumah, ayahnya bentang sejadah, Fattah terus berdiri seolah nak solat, kemudian boleh baca Al-Fatihah dengan caranya sendiri. Bayangkan, dengan hanya dengar di masjid, buat anaknya boleh hafal. Fattah selalu ajak ayahnya ke masjid. Dia cakap tadi kat aku, kalau tak hujan baru boleh pergi… Comellll… Panjang lebar aku sembang dengan ayahnya. Alhamdulillah, Allah temukan aku dengan orang yang baik dan suka sharing.

Ajar anak cinta akan masjid

Pengajarannya: -Bawalah anak ke masjid sejak usia kecil lagi. Ajar mereka solat dan cintakan masjid. -Didiklah anak dengan kasih sayang dan tegas mengikut keadaan. -Otak anak masa kecil, mudah nak belajar dan hafal. Jadi jaga mulut kita, kalau baik, dia akan ikut baik, kalau tak baik, begitulah acuannya.

 

View this post on Instagram

 

ALLAH BERI PENGAJARAN LAGI… BAWALAH ANAKMU KE MASJID SEJAK KECIL LAGI. Ya Allah aku bersyukur sangat hari ini, balik kerja lepak dengan member lama, tiba masa singgah ke Masjid Ukay Perdana, tunai Solat Mahgrib. Lepas solat, menanti saja waktu Isya’. Tiba masa nak solat, aku lihat seorang ayah bawa anak kecil ini, dibisik di telinga, pesan suruh solat di belakang. Anaknya turut saja. Kami pun solat. Sedang solat kendengaran suara nyaring budak di belakang ikut bacaan al-Fatihah. Tersenyum aku. Usai solat aku dekati budak kecik yg comel ini, adat budak suka bermain, dia terlompat seronok, adakala ikut ayahnya solat sunat. Bila orang berzikir, mulut dia ikut zikir. Allahu. Aku nak sembang dengan ayahnya, aku dekati dan perkenalkan diri, tanya nama budak comel ini, Fattah panggilannya baru usia genap 3 tahun semalam. Ayahnya cerita, dulu pernah bawa dia kat surau R & R, tengah solat Fattah masih bising di tepi, tapi tiba-tiba senyap. Risau ayahnya, habis solat, pandang belakang Fattah takde. Allahu, terus mencari. Kemudian, dia terdengar Fattah panggil ‘ayah’, lega. Rupanya dia ikut orang di situ. Fattah sangat mesra dengan orang. Tadi pun selamba peluk dan salam makmum lain. Sejak dari itu ayahnya risau nak bawa ke masjid, tapi bila satu hari, si isteri suruh ayahnya bawak Fattah ke masjid, nak test. Alhamdulillah Fattah ok dan seronok. Ayahnya selalu pesan. Kalau nak ikut lagi, duduk diam-diam. Yang si ayah sebak, 1 hari nak solat di rumah, ayahnya bentang sejadah, Fattah terus berdiri seolah nak solat, kemudian boleh baca Al-Fatihah dengan caranya sendiri. Bayangkan, dengan hanya dengar di masjid, buat anaknya boleh hafal. Fattah selalu ajak ayahnya ke masjid. Dia cakap tadi kat aku, kalau tak hujan baru boleh pergi… Comellll… Panjang lebar aku sembang dengan ayahnya. Alhamdulillah, Allah temukan aku dengan orang yang baik dan suka sharing. Pengajarannya: -Bawalah anak ke masjid sejak usia kecil lagi. Ajar mereka solat dan cintakan masjid. -Didiklah anak dengan kasih sayang dan tegas mengikut keadaan. -Otak anak masa kecil, mudah nak belajar dan hafal. Jadi jaga mulut kita, kalau baik, dia akan ikut baik, kalau tak baik, begitulah acuannya.

A post shared by Sharimi Shaharudin (@sharimi_shaharudin) on

VK kagum betul dengan ibu bapa yang dah ajar anak-anak cintakan rumah Allah sejak kecil.

Selain itu:  Tanam Sayur Sawi & Pak Choy Tanpa Biji Benih. Ini Caranya

Sumber: Sharimi Shaharudin

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI