
Selalu buat bergedel leper tapi yang ini bebola bergedel ayam. Nampak sedap pulak buat dibentuk begini.
Bebola bergedel ayam ini boleh dimakan bersama soto, dibuat lauk atau dimakan dengan sambal kicap. Nak makan begitu saja pun boleh.
Cara membuatnya dikongsi oleh Har Ryea. ini ampak macam sedap pulak.

Bahan-bahan
6-7 biji kentang – dipotong dadu
Isi ayam – dikisar
Daun sup -dihiris
Bawang merah -dihiris
Lada merah -dihiris
1 biji telur
Bawang goreng
Lada sulah
Garam

Cara membuat
1. Rebus kentang hingga empuk dan lenyekkan dalam mangkuk hingga hancur.
2. Kemudian masukkan semua bahan lain bersama dengan sedikit garam. Gaul sebati,
2. Ambil sedikit adunan dan bentuk bulat seperti meatball sehingga habis adunan.

4. Sejukkan bebola begedil ayam dalam peti ais selama setengah jam sebelum digoreng.
5. Cara menggoreng, pukul dua biji telur dalam mangkuk. Panaskan minyak dan celup begedil lalu masukkan dalam kuali yang sudah dipanaskan minyak.
6. Goreng hingga warna keemasan. Angkat dan tos.

Sumber: Har Ryea
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Tip Buat Siakap Kengsom Yang Sedap, Kuah Pekat. Kisar Sekali Bahan Ini

Macam masak singgang atau asam siakap kengsom ini memang kena dengan citarasa. Selain sihat penyediaannya pun mudah, lauk dan sayur sekali masak saja. Kalau nak kuah pekat, sedap dihirup kisar sekali nenas. Makan dengan nasi panas, satu lauk ni pun cukup dah!
Cara membuatnya dikongsi oleh Dr Kamarul Ariffin Saadan.Ada step by step, senang untuk yang kali pertama nak cuba masak.
Siakap Kengsom, kuah pekat

Bahan-bahan:
1 ekor siakap
½ biji nanas
6 biji bawang merah ros
3 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
2 inci kunyit
1 inci belacan
2 inci lengkuas
1 batang serai
3 tangkai cili api/padi
1 biji limau nipis.
½ cekak kangkung
3 sudu sos ikan
Langkah demi langkah
1.Sediakan bahan-bahan dulu. Cili boleh tambah ikut citarasa masing-masing.

2. Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, cili belacan dan ¼ nanas dengan 2 cawan air. Saya kisar nanas sekali supaya kuahnya lebih pekat. Jika suka kuah yang cair, tak perlu kisar nanas.

3. Masukkan dalam periuk, reneh sehingga bahan-bahan masak terutamanya cili. Kalau kering sangat, tambah air dan sambung reneh. Biasanya saya reneh 10 minit. Sambil reneh saya sediakan bahan lain.

3. Masukkan serai dan lengkuas. Kalau tak ada lengkuas pun tak apa, cuma masakan jenis reneh macam ni memang bertambah lazat kalau ada lengkuas. Tambah 2 cawan air.

4. Masukkan nenas yang dah dihiris setebal 1 inci. Masakan ni sedap guna nanas yang masam sikit, jangan yang terlalu ranum dan manis. Biasanya, masakan berasaskan ikan, serasi rasa masam.

5. Masukkan ikan siakap yang dibelah 3 bahagian. Boleh tak guna ikan lain? Boleh sahaja. Kengsom ni memang aslinya guna ikan siakap, tapi kalau nak cuba ikan lain, maka silakan.

6.Sekarang boleh perasakan dengan sos ikan. Hati-hati, jangan banyak sangat, tadi kita dah letak belacan, takut termasin. Jika tak ada sos ikan, ganti sahaja dengan garam.

7. Perah limau nipis. Ada juga orang letak asam keping. Saya lebih suka guna limau nipis sebab ada rasa sitrus yang buat hidang ni rasa lebih segar (fresh).

8. Masukkan kangkung!

9.Tutup dan matikan api. Biar kangkung layu. Kengsom ni masakan Siam, tapi dia macam adik beradik jugalah dengan ikan masak asam atau masak singgang. Tak jauh beza, kan?

9. Siap! Rasa dia masam, masin, manis dan pedas. Siap ada ikan, sayur dan buah. Lengkap! Bau limau dan nanas tu buat kecur air liur. Kalau makan dengan nasi panas, memang bertambah.

Selamat mencuba.
Sumber: Kamarul Ariffin Saadan
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Rahsia Masak Pulut Sedap, Tanak Guna Air Kelapa Muda. Masak Guna Rice Cooker Saja

Hidangan pulut memang kesukaan ramai. Pulut cicah kelapa dan ikan masin, pulut durian dan macam macam lagi lah. Boleh buat makan waktu pagi atau hidangan petang.
Tapi ramai juga yang belum mahir hasilkan pulut apatah lagi yang sedap. Nak masak pulut ini sebenarnya mudah saja dan jika nak pulut sedap ada tip yang boleh kita praktikkan.
Caranya dikongsi oleh Khadijah Jaafar. Menurut beliau untuk dapatkan rasa pulut yang sedap kena tanak guna air kelapa.
Rahsia tanak pulut sedap, guna air kelapa

Tanak pulut guna air kelapa muda, rahsia pulut sedap. Cara masak pun mudah guna rice cooker. Paling penting, tetap lembut & sedap. Pulut pun tak jadi berkerak. Sungguh enak dinikmati bersama ikan masin & kelapa parut. Jom cuba!
Bahan-bahan
2 cawan beras pulut susu
2 cawan air kelapa muda
Cara masak
- Sukat 2 cawan beras pulut.

2. Basuh beras pulut hingga bersih.
3. Masukkan air kelapa. Kemudian, masaklah pulut seperti biasa dalam rice cooker. Jika mahu rasa sedikit masin, masukkan garam.

4. Bila pulut dah masak. Biarkan seketika ‘keep warm’ & siap. Sedap dimakan dengan kelapa parut & ikan masin.

Selamat mencuba!
Sumber: Khadijah Jaafar
Artikel berkait: Buat sendiri Jeruk Ikan Masin Tenggiri. Nak lagi sedap peram dalam bekas ini
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
6 Item Kecantikan Yang Selalu Kita Beli Tapi Sebenarnya Tak Berbaloi, Salah Satunya Krim Malam

Dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh sebuah laman produk kosmetik online di Amerika, wanita menggunakan purata 16 item kecantikan sehari.
Dari pencuci wajah sampailah krim mata dan sebagainya. Namun hakikatnya tak semua produk kecantikan yang dikatakan terbaik untuk kulit dan kecantikan diri ini berbaloi untuk dibeli.
Ada antaranya yang tak memberi perubahan pada kulit walaupun digunakan dalam jangka masa panjang termasuklah 6 item kecantikan berikut
1. Krim malam
Krim malam selalunya mengandungi komponen seperti retinol yang tidak berfungsi pada waktu siang kesan daripada cahaya mata hari. Ia sebenarnya tidak perlu jika kita menjaga kulit dengan baik kulit pada siang hari. Lebih dari itu harga krim malam ini juga agak mahal
2. Pore strip untuk blackhead
Bintik hitam ini muncul akibat pengumpulan bakteria dan kulit mati pada bahagian dalam liang roma. Pore strip bagaimana pun hanya menarik kotoran di bahagian permukaan kulit.
Ia juga boleh menyakitkan sekali gus menarik lapisan perlindungan yang perlu untuk kulit. Selain hanya membuang kotoran bahagian atas, pore strip ini juga tidak mencegah untuk blackhead berlaku sekali lagi. Oleh itu adalah lebih baik kita membeli pembersih wajah jenis gel bersama asid salicylic berbanding pore strip.
3. Krim leher
Kulit bahagian leher adalah cukup lembut dan nipis. Ia memerlukan pelembap yang banyak. Namun tidak perlulah hingga memberi krim khusus untuknya. Krim muka biasa pada waktu siang sudah mencukupi.Oles krim dari bawah ke atas.
4. Spray wajah

Kalau lihat iklan penyembur ini berfungsi untuk memastikan kulit wajah selalu lembap ketika siang hari dan memberi kesan segar. Namun pakar kulit pula berpendapat sebaliknya.
Lembapan dari kulit akan disejat bersama dengan air semburan yang akhirnya akan menyebabkan kulit kering. Semburan yang didakwa untuk melembapkan itu sebenarnya tidak berlaku. Lebih merugikan harga produk ini agak mahal.
5. Tisu serap minyak
Kononnya ia adalah untuk menyerap lebihan minyak pada wajah. Sebenarnya tisu biasa pun memberi kesan yang sama cuma kesan minyak itu tidak dapat dilihat sebagai jika menggunakan kertas tersebut.
6. Krim dengan SPF50+
Anda mungkin menyangka lebih tinggi jumlah SPF lebih baik perlindungan dari sinar matahari. Tapi kadar perlindungan SPF yang terbaik adalah antara 15-50 saja. Tak perlu lebih.
Sumber: Brightside.me
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!

