Selain sambal, air asam ini juga antara yang boleh kita buat stok simpan dalam peti ais. Senang kalau nak makan ikan, daging atau ayam bakar. Ceduk saja.
Air asam ini juga ada macam-macam versi tapi kalau nak yang sedap dan boleh buat kita ketagih nak makan hari-hari boleh guna resipi dari Afy AL Habibi ini.
Air asam ketagih, cicah dengan ikan, ayam daging semua ngam
Kenapa saya letak namanya ketagih? Sebab boleh buat kita rasa nak makan hari-hari. Rasanya memang sedap gila. Sebenarnya versi ini saya buat untuk diet. Nak cicah dengan ikan bakar ke, daging atau ayam bakar semua ngam. Ikuti resepi di bawah okay.
Bahan-bahan:
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar Holland
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
2 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
Bahan tambahan:
1 biji lemon – ambil jusnya, asingkan biji ambil sekali sari buah.
3 tangkai cili padi hijau
3 tangkai cili padi merah
Ads
Cara membuat:
Masukkan semua bahan yang siap dibakar dan bahan tambahan dalam pengisar.
2. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa (segenggam besar asam jawa dan 1 1/2 gelas air) atau ikut kepekatan yang diingini.
Ads
3. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
4. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
Ads
Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan
Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.
Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan.
Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, pastikan makan terus. Tak boleh biar lama sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.
Buah limau mandarin ini memang sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina. Bukan kaum Cina saja, Melayu dan India juga turut sama menerima dan membeli buah ini.
Tapi satu pesan yang selalu kita dengar, jangan makan limau banyak takut batuk dan sakit tekak. Kenapa ya? sedangkan limau ini ada vitamin C untuk halang penyakit.
Dr Rosli Abdul Jalil memberikan penjelasannya selain berkongsi cara untuk elak kita mengalami sakit tekak dan batuk jika makan limau.
Menurut beliau bilangan pesakit yang mengidap gatal, sakit tekak dan batuk bertambah sekali ganda dalam musim perayaan. Ia ada kaitan dengan limau mandarin yang banyak kita makan pada waktu ini. Berikut adalah nasihat beliau sebelum mengambil buah ini.
Kesan sulphur dioxide pada kulit limau kepada manusia
Pengusaha buah-buahan memang ada menggunakan sejenis bahan kimia iaitu ‘Sulphur dioxide’. Buah limau ini akan direndam terlebih dahulu kedalam cecair yang mengandungi bahan kimia tersebut sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak.
Ia bertujuan melindungi kulit limau dari dijangkiti bakteria, kulat dan serangga dan secara tidak langsung ia bertindak sebagai bahan pengawet supaya ianya dapat bertahan lama sebelum dipasarkan.
Apa kesan ‘Sulphur Dioxide’ yang terdapat pada kulit limau tersebut kepada manusia?
Ia boleh menyebabkan radang dan kesakitan tekak yang teruk, demam dan gejala batuk kering yang berpanjangan. Ia juga boleh menyebabkan sakit perut dan radang usus. Terdapat juga kes alahan seperti radang kulit dan serangan penyakit lelah.
Elak masalah batuk bila makan limau mandarin?
Basuh atau rendam dahulu buah limau ini dan kemudian barulah dimakan.
Pastikan jari yang terkena kulit limau yang tidak dibasuh tidak tersentuh dengan isi limau yang hendak dimakan.
Sekiranya perlu, pakailah sarung tangan plastik ketika mengupas kulit limau!
Bagi yang tinggal di kediaman bertingkat, ruang untuk menyidai baju selepas dibasuh selalunya agak terhad. Ramai yang terpaksa meletakkan penyidai baju di balkoni hingga tiadalah ruang untuk bersantai mengambil angin.
Bagi yang tak mahu balkoni penuh dengan alat penyidai kain yang memakan ruang boleh gunakan idea daripada Nordin Nj ini.
Beliau menggunakan rod langsir Ikea yang ubah untuk menjadi penyidai baju. Bagusnya idea ini, selepas baju kering, boleh simpan rod dan balkoni bebas digunakan untuk bersantai. Modal pula cukup murah RM25 saja.
Ini barang yang digunakan
Boleh beli di sini
Cara pasang pun mudah
Hasilnya
Bila kain dah kering, angkat dan kemaskan rod langsir pada bracket.
Dah ukur guna tali tape tapi tetap salah saiz bila beli baju online. Memang frust. Kalau ini terjadi boleh jadi tali tape atau tali ukur yang kita guna tak sesuai.
Ramai ingat tali tape itu semuanya sama, salah ya. Nampak sama tapi ada yang berbeza. Info tentang perkara ini dikongsi oleh Cikgu Zel, peniaga pakaian secara online di Twitter miliknya.
Kalau beli baju siap ukur guna tali tape ini
Tali tape, ukurannya berbeza. Kalau anda nak tempah baju atau nak ukur baju online tu muat atau tidak, mohon pastikan….
Tali tape anda adalah yang HIJAU or KUNING.
• Warna hijau & kuning – untuk ukur baju or seluar yang dah siap dijahit.
• Warna putih – untuk buat baju atau seluar yang hendak dijahit.
Jika beli baju online di Malaysia biasa guna inci UK (tape hijau or kuning).
INFO
Ada 2 ukuran inci;
-Inci US/UK
-Inci China
Kedua-dua ukuran ini tiada tetapan warna pita ukurnya standard.
Ini mana yang selalu diguna pakai?
Jawapannya inci UK sebab semua sistem ukuran di Malaysia ikut sistem UK.
Beza inci China dan UK
Ada yang mengatakan tiada kaitan dengan warna, jadinya cara selamat nak tahu mana inci yang betul.
• Semak dengan pembaris sm
• Jika tulis cun (市寸) = China
• Ada 7 senggat antara inci = UK
If beli baju online (Malaysia) biasanya guna inci UK.
Tanam pokok anggur sekitar rumah dengan hasil yang bergayutan memang buat kita teruja. Ya, jangan ingat anggur boleh ditanam di kawasan iklim sejuk saja.Di rumah...