Memandangkan anak tak sekolah, semua ada di rumah dan ramai juga yang kena kerja dari rumah maknanya makanan kena sentiasa ada stok.
Selain lauk, kuih pun penting untuk kudapan mereka. Salah satu yang mudah dan boleh kita buat banyak untuk jadikan stok frozen adalah samosa kentang.
Modal pun tak banyak cuma guna kentang dan lobak. Cara membuatnya dikongsi oleh Sabariah Nor Mohd Yusof.
Samosa inti kentang, buat mudah & bahan pun tak banyak
Bahan untuk inti:
5 biji kentang – potong dadu
1 batang lobak merah – ambil suku & potong dadu
1 biji bawang besar – potong dadu
Sedikit daun bawang
1 1/2 sudu makan gula
1 sudu makan garam
Serbuk perasa
Sedikit lada hitam – ditumbuk lumat
Kulit popia
Info: Bahan ini untuk 20-25 biji samosa
Ads
Cara membuat:
Rebus seketika kentang dan lobak merah supaya empuk. Kemudian tos.
2. Tumis bawang besar yang dipotong dadu sampai layu.
3. Masuk ubi kentang dan lobak merah bersama semua bahan-bahan lain, gaul rata & perasakan.
4. Siap inti samosa.
Ads
Cara lipat samosa
Sediakan bahan utamanya iaitu kulit popia dan inti yang siap dimasak. Sebelum itu bancuh 2 sudu besar tepung gandum bersama air untuk lekatkan samosa supaya tak terburai.
Ambil kulit popia potong dua. Letak tepung tadi di hujung untuk sambung supaya panjang.
Boleh mula melipat. Lipat jadi segitiga ikut langkah 1 &2, kemudian masukkan inti. Lipat jadi segitiga lagi.
Letak bancuhan tepung tadi di hujung supaya melekat, letak juga di ruang-ruang kosong (langkah 6 & 7). Siap!
Ads
Nak goreng terus pun boleh, nak frozen pun boleh untuk makan lain waktu.
Cara lipat samosa tanpa potong
Boleh juga lipat cara ini, lebih mudah. Tak perlu potong kulit popia. Cara ini dikongsi oleh Cik Puan Rose
Musim cuti sekolah ramai yang akan bercuti so tip ini penting untuk kita tahu. Nanti tak pasal-pasal satu dunia nampak sisi privasi kita. Maklumlah zaman teknologi ini semua boleh terjadi.
Untuk mengelak ia berlaku sebaiknya selepas masuk dalam hotel atau tempat penginapan yang kita tempah periksa dahulu ada kamera tersembunyi atau tidak. Macam mana nak tahu @luqmanhkm93 ini berkongsi caranya.
1. Ketahui lokasi biasa kamera tersembunyi
Menurut pemuda ini selalunya penjenayah akan menyembunyikan kamera ini di tempat-tempat yang sukar untuk dilihat mata kasar. Antaranya ialah: 1) Pengesan asap 2) Penapis udara 3) Buku 4) Hiasan dinding 5) Kotak tisu 6) Teddy bear 7) Kotak TV digital 8) Penyakut pakaian 9) Pen 10) Almari
2. Tutup lampu
Kedua, sebelum masuk ke bilik, pastikan kesemua lampu ditutup. Pasangkan lampu pada telefon bimbit dan suluhkan pada mana-mana tempat di ruang bilik tersebut.
3. Periksa wifi
Ketiga, buka wifi di telefon bimbit dan cuba kesan jika ada talian atau sambungan wifi yg pelik muncul di telefon anda. Lebih mudah, pasangkan aplikasi Fling di telefon.
4. Dah jumpa cabut kabel
Keempat, cabut mana-mana kabel yang disyaki kamera tersembunyi tersebut.
Dah tahu caranya, setiap kali check in bilik hotel pastikan korang check dulu ya.
Telur goreng separuh masak atau dipanggil telur gedik ini memang ramai peminatnya. Letak sikit kicap di atasnya memang nikmat makan. Biasanya golongan suami dan anak-anak lelaki yang suka.
Buat telur gedik ini nampak macam senang, tapi kan ramai juga yang beberapa kali mencuba tak menjadi. Tak gedik sama ada terlebih masak atau hangus keliling. Susah nak dapat telur yang putih dan cair di dalamnya.
Supaya tak gagal lagi boleh ikut step by step buat telur gedik yang dikongsi oleh Laila Mijan.
Cara buat telur ‘gedik’, confirm jadi
Ini cara saya buat telur gedik untuk anak anak dan suami.
1.Mula-mula rebus air sampai menggelegak kemudian ambil senduk kemudian rendam sekejap dalam air mendidik tadi.
2. Kemudian angkat senduk tadi dan sapu dengan minyak masak.
3. Selepas itu pecahkan telur dalam senduk yang disapu minyak tadi.
4. Letak senduk berisi telur atas permukaan air yang menggelegak (macam teknik double boiler). Tunggu telur memutih sekitarnya kemudian baru celup senduk sepenuhnya dalan air panas tadi.
5.Bila dah putih bahagian atas, bolehlah angkat telur tadi. Tos airnya dan hidang.
Ini pula alat yang saya guna untuk sapu minyak pada senduk. Boleh klik SINI untuk beli.
Sekiranya bercucuk tanam di rumah sama ada pokok sayur dan buah, antara yang dibimbangi adalah serangan serangga perosak.
Antara serangan biasa pada tanaman adalah kumbang, belalang, kulat putih, teritip, kutu daun, ulat bulu dan koya. Boleh habis tanaman dikerjakan oleh serangga ini.
Jalan mudah boleh saja guna racun serangga berasas bahan kimia tapi penggunaan memberi kesan yang tak elok pada manusia sendiri. Sebab itu jika tanam sayur dan buah sebaiknya kita hasilkan sendiri racun serangga organik. Lebih selamat untuk kita.
Caranya mudah dan bahan membuatnya semua ada di rumah. Panduannya dikongsi oleh Dymaz Agro.
Bahan-bahan:
1 liter air
1 sudu besar minyak masak/ minyak sayur
1 sudu besar sabun basuh
4-6 ulas bawang putih (ditumbuk)
Cara-cara:
1. Masukkan minyak masak atau minyak sayur dan sabun dalam 1 liter air.
2. Masuk sekali bawang putih yang ditumbuk tadi dan masukkan ke dalam larutan tadi. Kacau dan tapis.
Cara penggunaan:
Gunakan sebagai air semburan dengan mencampurkan 1 bahagian larutan air tadi dengan 4 bahagian air.
Bagi serangan serangga jenis mengunyah, campurkan 2-3 biji cili api yang telah ditumbuk atau dihancurkan ke dalam bancuhan semburan.
Manakala serangan serangga jenis menghisap, campurkan beberapa halia (ditumbuk) atau serbuk kunyit.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...