Bila baca perkongsian Wani Syazwani ini VK pun rasa bersemangat cuba turunkan berat badan. Mana tidaknya cara yang dilakukan cukup mudah tapi mampu hilangkan lebih 35kg dalam tempoh 8 bulan. Hebat tu!

Dari perkongsiannya ada ada lima rutin yang dilakukan setiap hari sehingga berjaya menurunkan berat badannya. Salah satu yang dia tak pernah miss adalah minum teh hijau.

Akui Wani kegigihannya untuk berdiet bukanlah untuk dipuji tapi sebalik untuk diri sendiri. Baguslah macam tu sis. Bagi yang nak cuba cara diet Wani Syazwani boleh ikut tip yang dikongsi.  

Jaga 3 perkara ini kalau nak kurus

 

Hari-hari diet tanpa jemu. Hampir 8 bulan Wani berjaya lost 35.5kg. Tak kurus macam org lain tapi kurus sikit dari dulu. Orang tanya macam mana diet ni. Wani cuma bagi tahu:

  • Jaga makan
  • Jangan makan waktu malam
  • Jangan minum air manis

Minum teh hijau & air kosong…

Ini yang Wani amal selama diet. Dari mula diet Wani juga dah amal minum green tea jasmine dan air kosong 3-4 liter sehari. Memang akan ulang ke tandas. Ke hulu hilir bawak botol air. Bukan senang nak kurus.

Setiap kali mkn wajib makan on time. Pagi 9am, lunch 1pm dan dinner 6pm. Lepas 7pm memamg tak makan dah. Makan makanan berkhasiat (panggang @ rebus ). Kurangkan garam.

Diet bukan untuk dipuji tapi untuk diri sendiri

Setiap minggu 3-5 kali Wani akan bersenam. Sekarang ni selang-selang cardio workout dgn zumba. Kalau dulu zumba saja. Wani pilih untuk bersenam dalam rumah saja. Lagi senang dan jimat masa.

Tenkiu untuk husband Wani. Sentiasa support wife mu ini.

Diet bukan utk dipuji. Tapi utk diri sendiri. Sekurang-kurangnya wani dh usaha utk hidup sihat.

Kat sini Wani sertakan contoh breakfast + green tea jasmine setiap pagi. Tak pernah miss.

Menu sarapan

Teruja kan nak mula diet? Jangan baca saja, jom mula!

 

Sumber: Wani Syazwani

 

 

 

 

 

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: