Apabila berlaku kematian dalam keluarga, pastinya terdapat pelbagai prosedur yang perlu diuruskan oleh waris. Salah satunya adalah menuntut bantuan khairat kematian.

Khairat kematian ialah sumbangan yang hanya diberikan kepada waris bagi membantu menguruskan jenazah dan meringankan beban waris yang ditinggalkan.

Tapi ramai yang terlepas pandang atau tidak tahu mengenai senarai khairat kematian waris yang boleh dituntut. Sudahnya, wang yang berhak diterima oleh waris dibiarkan begitu sahaja. Rugi, kerana ini merupakan hak anda sebagai waris yang ditinggalkan.

Semak senarai khairat kematian yang boleh anda tuntut seperti dikongsi oleh Khairul Faizie

Jenis khairat kematian yang boleh waris tuntut

Ada sahabat FB saya yang baru diuji kehilangan suaminya yang tercinta bulan lepas. Beliau dalam proses buat tuntutan yang patut seperti KWSP, Perkeso, insurans, etc.

Selain tuntutan tersebut, ada lagi perkara yang ramai terlepas pandang. Ianya hak kita, maka tuntutlah bila berlaku kematian. Saya cakna akan hal ini pun lepas mak ayah tolong uruskan hal berkaitan selepas kematian almarhum adik saya pada 2017 dulu.

Ada beberapa khairat kematian yang boleh kita tuntut:

1. Khairat Kematian ASB

Jika ada buat simpanan ASB, boleh tuntut. Kadar bayaran nya ialah antara RM200 ke RM2000, bergantung kepada baki pelaburan kita yang terakhir.

2.Khairat Kematian Pencen

IKLAN

Jika kita atau mak ayah pesara Kerajaan, boleh tuntut khairat ini. Bernilai RM3000.

3. Khairat Kematian Takaful

Jika ada mencarum dalam skim takaful, boleh tuntut. Bayaran antara RM 2000 ke RM5000, bergantung skim yang disertai. Boleh rujuk agen takaful anda,

4. Khairat Kematian Bank Rakyat

Kalau ada akaun Bank Rakyat, nilai khairat kematian nya ialah RM3000.

Selain itu:  Cara Tanam Kangkung Tak Jejak Tanah. Lagi Bersih, Sekali Tuai Dapat Setengah Kilo

5. Khairat Kematian KWSP

Buat pencarum KWSP, khairat kematian ialah RM2500.

IKLAN

Bila Ahli Keluarga Meninggal Dunia, Ada 11 Jenis Khairat Kematian Yang Boleh Waris Tuntut

6. Khairat Kematian PERKESO

Kalau pernah mencarum Perkeso, nilai khairat kematian nya RM 2000.

7. Khairat Kematian Penjawat Awam ( JPA)

Kalau pesara Kerajaan / staff kerajaan…nilai khairatnya RM3000.

Edited:
Untuk Pesara Kerajaan dan Penjawat Awam (Meninggal Dalam Perkhidmatan) kita sebut sebagai BANTUAN MENGURUS JENAZAH , jumlahnya betul, RM3,000.00.
Boleh tuntut melalui jabatan akhir gemulah (Penjawat Awam), dan melalui KWAP untuk Pesara yang meninggal dunia (Borang mohon melalui KWAP).

IKLAN

8.Khairat Kematian Masjid

Mencarum dalam skim khairat kematian masjid kariah kita. Jumlahnya bergantung pada masjid masing masing.

9.Khairat Kematian BSH

Sekiranya dulu menerima BR1M ( sekarang BSH), ada khairat kematiannya. Jumlah saya tak pasti.

10.Khairat Kematian Pembayar Zakat

Yang ini info baharu saya terima. Saya tak pasti mekanisme nya. Boleh rujuk pusat zakat negeri masing masing.

11.Khairat Kematian Ahli RELA

Utk yang pernah jadi ahli RELA, ada peruntukan khairat kematian RM2500. Boleh rujuk kepada pejabat RELA berkenaan.

Sumber: Khairul Faizie

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI