Duduk santai di rumah petang hari sambil hirup hot chocolate macam ni memang nikmat. Hidang sekali dengan croissant lagilah rasa macam minum di kafe mahal.
Hot chocolate atau air coklat panas yang mewah begini boleh saja kita buat sendiri di rumah. Lagi jimat. Ada serbuk koko dan susu dah buat boleh. Caranya dikongsi oleh Nurhayati Maleq.
Cara buat hot chocolate
Bahan-bahan
2 sb gula merah (boleh kurangkan ikut citarasa)
¼ esen vanilla (jika suka)
2-3 Ssk serbuk koko (sebarang jenama pun boleh)
1 cawan susu panas (susu segar)
Secubit garam (jika suka)
Ads
Cara membuat
1. Campurkan gula merah, esen vanilla, serbuk koko dan secubit garam dalam 1 cawan.
Ads
2. Dalam periuk kecil panaskan susu hingga mendidih.
3. Masukkan susu panas ke dalam cawan yang bercampur dengan bahan- bahan tadi. Kacau rata dan siap!
Ads
Boleh dihidang bersama whipping cream dan marshmallow atau minum begitu pun dah sedap!
Jangan ingat nak pergi jumpa doktor gigi takde do and dont’s ya, terutama untuk pesakit wanita atau muslimat.
Bagi keselesaan pesakit dan juga memudahkan doktor gigi melakukan tugas mereka, sebaiknya sebelum pergi buat rawatan gigi baca dulu tip perkongsian Dr. Azila MK. Memang ada betulnya. Lucu pun ada bila doktor ini share pengalaman dia.
Sanggul atau bonjot rambut. Tak perlu tinggi, susah doktor gigi nak lihat gigi atas. Buat rawatan lagi la payah. Silap–silap doktor gigi bongkok dulu sebelum sempat umur 65 tahun.
Muka kalau hendak pakai foundation ala kadar sahaja, sekali kena spray air handpiece terus cair. Lagi best terkena glove tangan doktor. Bila bersentuh muka dan glove, dah rupa orang pakai bedak sejuk malam–malam nak tidur.
Tak kisahlah pakai bulu mata implant ke atau jenis sapu maskara tebal–tebal. Sekali terpercik air scaler cuci mulut tu, tengok rupa pun celoreng–celoreng serupa ‘patung opera’.
Bagi yang berambut panjang, pastikan diikat kemas. Jangan panjang mengurai terbang ke muka atau mulut. Bila doktor gigi nak buat rawatan, rambut masuk mulut kadang-kadang tertarik rambut sekali.
Pastikan tutup dada molek–molek. Jangan nampak segala lurah–lurah bukit. Baju belakang jangan singkat, nampak warna ‘spender’ bila kau duduk kumur. Kau nak buat rawatan gigi je pun, bukan nak berdating.
Kain juga , jangan singkat-singkat atas paras lutut. Tiba-tiba kau menggeliat sakit atau takut atau apa-apa atas kerusi pergigigan tu, tak ke terselak? Tolong ya, sopan sikit sebab sekiranya yang merawat adalah doktor lelaki, doktor lelaki tersebut mungkin adalah suami orang atau bapa orang.
Jaga aurat okay. Sebenarnya mereka tengok pun segan, tapi malu nak tegur.
Tak payah la pakai tudung lilit-lilit, cucuk pin sana, cucuk pin sini, nanti payah nak periksa dalam mulut, payah nak buka mulut luas-luas. Pakai tudung biasa-biasa jer.
Itu sahaja, saya pun seram-seram nak tegur depan-depan sebab ada pesakit yang muncung sebatu nanti hahaha.
Dapur usia dah berbelas tahun tapi kekal bersih dan kemas. Tiada pun kesan kotor sana sini walaupun warnanya cerah.
Rupanya pemilik dapur ini Jenn Lee Goldfish memang sangat menekankan kekemasan dan kebersihan bahagian ini. Salah satu tip yang dikongsi supaya dapur sentiasa kemas adalah jangan letak barang di bahagian atas dapur!
Seterusnya ini tip lain yang beliau titipkan, yang juga boleh kita praktikkan.
Kelmarin saya post dapur yang belum siap kan? Ramai yang rasa cantik tapi saya mahu kongsi macam mana cara jaga dapur. Gambar ini adalah rumah saya sekarang yang sudah 14 tahun saya tinggal.
1. Jangan letak barang atas dapur
Saya tidak suka simpan banyak barang atas dapur, semua dalam kabinet termasuklah gula, garam kicap minyak masak. Tiada yang berada di luar kecuali sudu garfu, yang lain haram sekali untuk berada Di atas meja dapur.
Mungkin ada yang akan cakap ehh si Jenn tidak masak di rumah. Suami saya selalu masak. Tapi dia pun terikut sudah gaya saya yang mengharamkan barang di atas meja.
2. Kain lap jangan letak merata
Kain lap meja jangan sesekali letak merata. Belilah towel yang cantik sikit harga RM4 di Mr Diy ada 3 keping tu. Lepas lap, keringkan di luar rumah jangan sidai di mana-mana bahagian dapur.
Plastik terpakai jangan main sumbat sahaja, lipat cantik cantik dan masuk satu bekas. Ini perlu dijadikan aktiviti keluarga. Ajar anak anak tolong lipat.
Lepas masak, jadikan habit untuk mop lantai, lap dapur memasak sampai kilat. Piring mangkuk, lepas makan kena terus cuci, tiada orang lain akan tolong cuci. Siapa makan terus cuci sendiri, bukannya cacat pun.
Kalau dapur kamu lapis mejanya pakai tikar getah, pilih yang tiada corak, atau pilih yang corak marble supaya dapur kamu nampak selesa, tidak sesak.
Jangan simpan langsir warna terang di dapur. Pakai warna putih kalau mahu ada langsir supaya dapur nampak luas. Dapur saya tiada langsir supaya senang mau tengok di luar waktu malam.
Walaupun hidup kami sederhana, hati senang bila barang tidak banyak berterabur. Rezeki senang masuk, suami isteri jarang berselisih faham.
Dapur ialah nyawa kita, sumber rezeki. Jangan sesakkan dapur kita dengan barang barang yang kita fikir mahu guna nanti. Saya baru buang 3 plastik besar barang minggu lalu sebab saya tidak pakai juga. Less is more.
Asyik buat cekodok saja guna pisang, apa kata buat menu lempeng pisang macam ni. Lempeng pisang ni sebahagian makanan nostalgia orang kampung. Kalau makan panas-panas dapat pulak bahagian yang hangus sikit memang sedap.
Boleh buat guna pisang mas, berangan atau pisang yang selalu kita guna untuk buat cekodok. Kalau tak pernah cuba, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Chek Kuna Ahmad untuk makan petang ni terus.
Pisang
Gula
Tepung gandum
Kelapa parut -digaul dengan garam
Daun pisang
Sedikit minyak
1. Tumbuk atau lenyek pisang sehingga hancur/halus.
2. Masukkan sedikit gula. Kacau rata.
3. Masukkan tepung gandum. Kacau rata & sebati.
4. Lap/bersihkan daun pisang.
5. Sapu minyak sedikit daun pisang. Ratakan dengan tisu.
6. Ambil beberapa sudu adunan tadi lalu ratakan. Ketebalan mengikut cita rasa. Taburkan kelapa parut rata-rata dan lipatkan adunan.
7. Panaskan kuali. Masak lempeng sehingga masak & garing.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...