
Duduk santai di rumah petang hari sambil hirup hot chocolate macam ni memang nikmat. Hidang sekali dengan croissant lagilah rasa macam minum di kafe mahal.
Hot chocolate atau air coklat panas yang mewah begini boleh saja kita buat sendiri di rumah. Lagi jimat. Ada serbuk koko dan susu dah buat boleh. Caranya dikongsi oleh Nurhayati Maleq.
Cara buat hot chocolate
Bahan-bahan
2 sb gula merah (boleh kurangkan ikut citarasa)
¼ esen vanilla (jika suka)
2-3 Ssk serbuk koko (sebarang jenama pun boleh)
1 cawan susu panas (susu segar)
Secubit garam (jika suka)

Cara membuat
1. Campurkan gula merah, esen vanilla, serbuk koko dan secubit garam dalam 1 cawan.
2. Dalam periuk kecil panaskan susu hingga mendidih.
3. Masukkan susu panas ke dalam cawan yang bercampur dengan bahan- bahan tadi. Kacau rata dan siap!
Boleh dihidang bersama whipping cream dan marshmallow atau minum begitu pun dah sedap!
Sumber: Nurhayati Maleq
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Kaedah Paling Senang Bersihkan Microwave, Harum Pulak Tu. Tak Perlu Guna Sabun Pun

Setiap rumah pasti ada microwave. Hampir setiap hari kita gunakan alat ini untuk memanaskan makanan atau lauk pauk.
Tapi bila last kita cuci microwave ya? Kalau tak dicuci ia boleh jadi tempat bakteria berkumpul pula.
Jadi baiklah ambil sedikit masa untuk cuci, sebab cara nak cuci microwave ni teramatlah senangnya. Tak perlu guna sabun pun.
Cuma guna hirisan lemon, hasilnya bukan saja bersih tapi ia turut menyahkan bau yang tak enak.
- Ambil mangkuk isi air separuh.
- Letak lemon sebiji. Perah jus & hirisan lemon
- Masuk microwave dan panaskan selama 5 minit
- Tunggu 2 minit sebelum buka supaya wap air tak keluar.
- Lap microwave dengan kain bersih.
- Bau pun harum semerbak.
Sumber: NawaiHuda
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Cara Tukar Duit Syiling Guna Mesin Di Bank, Duit Terus Masuk Akaun

Dah masuk hujung tahun, tabung duit syiling yang kita kumpul pun pun mungkin dah penuh. Tak payah susah-susah nak kira, bawa saja semua duit syiling ke mesin duit syiling yang ada di bank.
Mesin akan kira siap-siap dan duit pun terus masuk dalam akaun. Senang kan. Kalau kali pertama nak tukar boleh baca dulu langkah yang dikongsi oleh Anan Adli ini.
1. Pergi ke cawangan yang ada mesin ini. Tak semua cawangan Maybank ada. Untuk cawangan yang ada mesin ni, anda boleh rujuk kat bawah nanti.

2. Masukkan syiling anda. Tak perlu asingkan pun duit syiling tu. Mesin ini akan asingkan setiap syiling. Syiling yang diterima ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Duit baru dan lama dia terima. Tapi duit negara lain dia tak terima ya.

3.Tekan butang ‘A’ utk start. Mesin akan start masukkan syiling. Setelah seketika mesin akan stop. Tekan balik butang ‘A’ utk continue. Duit-duit yangg tak diterima ketika itu akan dimasukkan ke bahagian bawah mesin. Ambil dan cuba masukkan balik.
4.Setelah selesai, tekan butang ‘B’. Mesin akan keluarkan 2 resit. Satu untuk anda simpan, satu lagi pihak bank akan ambil. Anda kena isikan nama, nombor akaun dan juga no. telefon.

5.Tunjukkan resit tersebut kat kaunter khidmat pelanggan. Anda akan diberikan form untuk diisi. Isi nama, no akaun dan jumlah wang syiling yangg dah di deposit tadi.

6. Beri form dan resit tersebut ke kaunter khidmat pelanggan. Siap! Wang anda akan masuk ke akaun petang nanti (kalau pergi pagi).

INFO
- Sebelum pergi, cuba call dulu cawangan tersebut utk check availaibility of the machine. Mana tahu mesin under maintenance, dah takde ke kan. Buang masa je datang.
- Waktu operasi bank ialah 9.15am – 4.30pm. Mesin ini ikut waktu operasi bank, bukan macam cash deposit machine. Sebab resit kena bagi balik di kaunter khidmat pelanggan.
- Resit hanya valid satu hari saja. Lepas dapat resit dari mesin, terus ke kaunter khidmat pelanggan. Jangan pergi esok pulak.
- Kalau rajin boleh kira dulu jumlah syiling untuk make sure jumlah sama dgn yang dikira di mesin.
Maybank Coin Deposit Machine (senarai diambil dari laman web Maybank2U)
KL Main Branch
Seksyen 5, Wangsa Maju Branch
Shah Alam Main Branch
USJ Subang Jaya Branch
Seremban Branch
Jelapang Branch
Melaka Main Branch
Johor Bahru Main Branch
Jelutong Branch
Alor Star Branch
Taman Tas Branch
Kuala Terengganu Branch
Kota Bharu Branch
Wisma Satok Branch
Kota Kinabalu Branch
Rawang Branch
Bandar Baru Selayang Branch
Bandar Sunway Branch
Equine Park Branch
Station 18, Ipoh Branch
Skudai Branch
Batu Pahat Branch
Prai Industrial Estate Branch
Legenda Heights Branch
Pulau Langkawi Branch
Paka Branch
Tanah Merah Branch
Mutiara Damansara Branch
Bagi CIMB untuk mengetahui cawangan yang ada mesin deposit syiling boleh klik SINI
Semoga bermanfaat
Sumber: Anan Adli
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Cara Buat Apam Mekar Merekah, Guna Tip Ini Supaya Menjadi

Suka tengok kuih apam yang mekar merekah begini. Nak dapatkan hasil apam yang begini salah satu bahan yang biasa digunakan adalah air soda. Tapi peniaga apam merekah Puan Eha pula berkongsi teknik berbeza untuk dapatkan apam sebegini. Cuma ikut resipi yang dikongsi.
Cara buat apam mekar tanpa air soda

Bahan-bahan
250gm/2 cawan tepung gandum
200gm/1 cawan gula
¾ cawan full cream susu penuh krim – anggaran. Boleh ganti dengan susu cair/santan cair/air
2 biji telur gred A
1 sudu teh ovalette
1/2 sudu teh serbuk vanila / esen vanila
Pewarna merah secukupnya
Bijan hitam secukupnya
Cara membuat
1. Satukan semua bahan-bahan kecuali pewarna & bijan. Pukul dengan high speed selama 10 minit hingga kembang dan gebu. Adunan akan bertukar jadi warna putih.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Adunan putih lebih banyak daripada adunan merah.
3. Campur bijan ke dalam adunan putih. Masukkan ke dalam piping bag.
4. Letak cawan kertas ke dalam acuan apam saiz sederhana. Picit adunan putih hingga hampir penuh.
5. Kemudian picit pula adunan merah hingga betul-betul memenuhi cawan kertas. Dalam masa yang sama isi air dalam pengukus dan panaskan hingga betul-betul mendidih.
7. Kukus apam selama 10 minit dengan api paling besar.
8. Bila apam sudah masak dan mekar, angkat dan sedia untuk dihidangkan. Satu adunan akan menghasilkan 23 biji apam bergantung pada saiz cawan kertas.

Tip apam mekar
- Pukul adunan hingga betul-betul kembang dan gebu.
- Isi air dalam pengukus sedikit sahaja. Dalam 1 ½ ruas jari.
- Pastikan air betul-betul panas dan mendidih.
- Jarakkan acuan Jangan terlalu dekat antara satu sama lain.
- Kukus dengan api paling besar. Jangan buka penutup pengukus sebelum cukup masanya.
- Acuan juga memainkan peranan. Acuan jangan terlalu sempit, permukaan mesti luas supaya apam dapat kembang dengan mudah.
Kredit resipi & foto: Puan Eha
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!

