Peminat kopi mesti ada yang menahan nafsu sekarang ini untuk minum ice latte yang sedap di kafe yang biasa kita pergi kan.
Tak boleh beli tak mengapa, kita buat sendiri ice latte. Nah ini resipi ice latte yang sedap sama macam kafe yang biasa kita beli. Paling penting pemilihan serbuk kopi.
Buat sendiri ice latte sedap setanding kafe
Ice Latte kos lebih kurang RM3 untuk satu cawan. Rasa insya-Allah setanding kafeStarbuck dan McCafe. Tak tipu ! Better buat sendiri, jauh lagi murah. Bahan pun tak banyak.
Bahan-bahan
Susu penuh krim
1 sachet Frenche Roast Ice Latte
50ml air panas
Ais
2 sudu besar makan air gula
Untuk hidangan 1 gelas
Ads
Cara membuat
1. Letak satu sachet ice latte dalam cawan dan tuang sedikit air panas (50ml), cukup untuk serbuk tenggelam. Kacau hingga larut dan berbuih.
2. Sediakan cawan lain dan tuang ais dan susu full cream. Boleh letak susu 3/4 cawan atau ikut cita rasa.
Ads
3. Kemudian tuang semua bancuhan serbuk ice latte ke dalam gelas susu.
4. Dah siap tuang akan jadi begini, ada buih-buih di atasnya. Akhir sekali boleh letak air gula ikut kemanisan yang disukai.
Ads
Dah siap! Rasanya sedap macam ice latte yang kita beli di kafe yang ramai dah boikot sekarang.
Roti puri cicah dengan sambal sardin, bilis atau kari memang sedap. Boleh jadi hidangan pagi atau petang pun boleh.
Kalau selalu buat guna yis atau Mauripan, kali ini boleh ikut cara Noraslinda Md Radzhi. Caranya tak menggunakan bahan tersebut tapi lebih rangup, roti sejuk pun tak kempis.
Cara buat roti puri tanpa yis yang rangup, tak kempis bila sejuk
Roti puri tanpa mauripan, lebih rangup dan bila roti sejuk tak kempis. Berbeza buat bila letak mauripan, roti dah sejuk, roti pun kempis. Lain org lain cara kan.
Bahan-bahan
1/2 kilo tepung gandum
1 sdk baking powder
1 biji telur
2 sdb marjerin
2 sdb susu pekat
Air
Cara membuat:
1.Tepung gandum, baking powder diayak.
2. Masukkan marjerin dalam tepung diajak tadi dan ramas dijadikan serbuk roti.
3. Masukkan susu pekat dan telur. Gaul dan ramas.
4. Tuang air sedikit demi sedikit. Uli hingga tak lekat tangan. Bulat-bulatkan. Biar doh rehat selama 20 minit.
5. Panaskan minyak, gelek atau canaikan doh dan goreng. Sambil itu curahkan minyak panas atas roti nanti akan jadi gelembung.
6. Bila dah agak keperangan balikkan. Siap
7. Hidang dengan sambal tumis, sambal sardin atau kari. Nak makan macam tu saja pun sedap.
Asam pedas antara lauk yang jadi kegemaran ramai tapi ramai juga yang masih belum tahu cara memasaknya. Ada juga yang dah cuba tapi tak menjadi.
Jadi kalau korang antara yang baru nak belajar memasak asam pedas boleh ikut resipi perkongsian Lin Zalika ini.
Cara buat asam pedas tapi stail Johor. Caranya memang simple, hanya guna bahan asas, tak banyak rencah tapi sedap cukup rasa.
Asam pedas biasa tapi terasa, tak guna banyak rencah
Ada yang nak belajar buat asam pedas.
Tak menggunakan daun kesum dan serai
Asam pedas biasa tapi terasa. Tak banyak guna rencah.
Kita belajar buat mulakan dengan bahan asas dulu
Bahan-bahan
5cm halia
2cm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
4,5 ulas bawang merah
*Kisar semua bahan di atas
2 1/2 senduk cili kering
5-6 ekor ikan
2 keping asam keping atau asam jawa
1 cawan minyak masak
700ml air
Penggunaan halba bergantung jenis ikan seperti kalau guna ikan mayong, duri, pari, patin, sembilang
Cara membuat:
1. Tumis bahan kisar sampai naik bau.
2. Masuk lada kering, tumis sampai pecah minyak dan warna bertukar sedikit gelap.
3. Masukkan air dan garam, lebih kurang 2 sudu kecil serta bahan perasa.
4. Tunggu kuah mendidih, barulah masuk ikan dan asam. Biar 3 minit kemudian tutup api. Siap.
TIP
Ikan cepat masak jadi tak perlu masak lama.
Resipi ini sesuai untuk orang yang baru nak belajar masak.
Kalau masak asam pedas johor, sekiranya dah guna daum kesum tak perlu tambah bungga kantan nanti bau jadi bercampur aduk dan bukan jadi asam pedas Johor.
Penggunaan daun kesum, daun limau, daun kunyit, serai, bungga kantan ikut cita rasa masing-masing atau ikut padaikan daging ayam dan telur ikan.
“Pergi kedai belikan susu!” Kalau ini pesanan korang kat suami atau anak, besar kemungkinan susu yang dibeli bukan apa yang korang nak.
Sebabnya sekarang ada banyak sangat jenis susu di pasaran. Jadi ada baiknya juga kita kenal jenis susu ini supaya tahu bezakan yang mana khasiatnya paling tinggi.
Susu mentah yang dipasteurkan untuk bunuh kuman. Ia dijual dalam bentuk aslinya(cecair). Jika ia susu import, maka ia diimport dalam bentuk cecair. Oleh itu, harganya lebih mahal sedikit.
2. Susu Penuh Krim (Full Cream / Whole Milk)
Susu yang mengandungi komposisi lemak seperti susu segar iaitu sekitar 3.8%. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung. Ada susu penuh krim yang diimport dalam bentuk tepung, kemudian dihidrasi kembali di kilang tempatan, menjadi susu cecair semula. Harganya lebih murah dari susu segar.
3. Susu Rendah Lemak (Low Fat Milk)
Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 1.5% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.
4. Susu Skim (Skimmed Milk)
Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 0.15% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.
Macam mana lemak diasingkan daripada susu?
Krim/Lemak Susu (milk fat) berketumpatan lebih rendah daripada jisim susu, maka ia akan terapung di bahagian atas. Lemak ini boleh diasingkan dengan mengautnya dari permukaan susu. Dalam industri, ia diasingkan menggunakan mesin sentrifugal.
5. Susu Sejat (Evaporated Milk)
Susu asli penuh krim yang dipanaskan agar ia kandungan airnya tersejat dan menghasilkan susu yang lebih padat. Tiada tambahan gula dicampur kepada susu ini.
6. Susu Pekat Manis (Sweetened Condensed Milk)
Susu asli penuh krim yang ditambah gula, kemudian dipanaskan sehingga sebatian menjadi pekat dan terkaramel. Menatang ini lah yang banyak makan kaki rakyat Malaysia. Haha!
7. Susu Bukan Tenusu (Non Dairy Milk)
Susu daripada sumber tumbuhan seperti soya, — badam, santan, beras dan sebagainya. Ia biasanya digunakan oleh mereka yang alergi kepada susu, intoleran laktosa, atau vegan.
8. Susu Formula (Infant Formulated Milk)
Susu haiwan ternakan atau tumbuhan yang diubahsuai agar menyerupai komposisi dan nutrisi susu badan wanita. Regulasi ketat dikenakan bagi memastikan susu ini sihat dan selamat.
9. Krimer (Creamer)
Ia diperbuat daripada minyak sayuran, air, gula/pemanis, emulsifier, penstabil. Biasa digunakan untuk bancuh kopi dan teh. Ada juga yang dicampur Pepejal dan lemak susu. Ada cecair, ada serbuk. Ni pun jahat.
OK, dah faham dah beza susu-susu ni semua? Produk ni semua boleh digunakan, cuma utamakan yang mana kurang memudaratkan.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...