Kuetiau kungfu ini antara hidangan yang selalu makan di gerai. Jarang sangat kita buat sendiri di rumah.

Hakikatnya hidangan kuetiau kungfu ini boleh saja kita buat sendiri dan caranya taklah sesusah mana. Kalau nak cuba boleh ikut caranya dikongsi oleh Akma Abdullah. Bahan-bahan yang digunakan boleh ikut kesesuaian kuantiti kuetiau.

Cara masak kuetiau
  • Pecahkan telur, masukkan lada hitam, kicap dan masukkan kuey teow. Gaul hingga rata.
  • Panaskan minyak, goreng kuey teow yang dah digaul tadi.
  • Angkat dan ketepikan.
Cara sediakan kuah

Seterusnya sediakan bahan untuk kuah seperti berikut;
Isi ayam – potong kecil
Udang
Sotong
Telur
Bawang putih – cincang halus
Bunga kobis
Putik jagung
Lobak merah
Pak choy
Cili padi
Tepung jagung
Sos tiram
Kiub ayam
Lada hitam

IKLAN

Buat Sendiri Kuetiau Kungfu, Menu Gerai Buat Di Rumah. Lagi Sedap Makan

IKLAN
Cara masak kuah
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih sampai kekuningan.
  • Masukkan ayam dan air, biarkan sampai mendidih dan ayam masak.
  • Masukkan udang dan sotong.
  • Masukkan carrot, putik jagung, bunga kobis dan cili padi.
  • Masukkan sos tiram, kiub ayam, lada hitam dan garam.
  • Masukkan telur yang dah dikacau, dan gaul dengan cepat.
  • Masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan air
  • Akhir sekali masukkan pak choy. Pastikan kuah tak cair dan tak pekat sangat. Jika cair tambah tepung jagung.
  • Siap, boleh hidangkan panas-panas dengan cili kicap.

Selamat mencuba!

IKLAN

Sumber: Akma Abdullah

Selain itu:  Cara Buat Nasi Goreng Kerabu Yang Wangi & Sedap. Masukkan Petai Lagi Berselera Makan
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI