Kalau makan kuetiau sup di kopitiam rasanya memang lain daripada yang selalu kita buat.
Menu Chinese style ini supnya jernih tapi sedap sungguh. Letak pula cili potong kicap! Ringkas tapi cukup rasanya.
Kalau teringin nak buat di rumah pun boleh sangat, sebab bahan-bahannya mudah dan cara membuatnya senang. Rahsia sedapnya terletak pada minyak bawang putih goreng. Boleh ikut perkongsian dari Siti Rahayu Ahmad.
Sotong rebus serai, ada juga yang panggil lauk ini singgang, masak asam atau bening. Selalu masakan begini guna ikan, sebenarnya boleh juga guna sotong.
Rasanya memang sedap dan unik ada rasa masam, manis, masin dan juga kelazatan sotong. Paling penting menu ini mudah sangat untuk dimasak. Geng diet pun sesuai sangat makan.
Kalau nak cuba buat, ikut langkah yang dikongsi oleh Syah Musafir ini.
Saya masak sotong rebus serai, di Kelantan kami panggil begini. Ada orang panggil masakan sotong ketuk/katok serai, ada juga orang beri nama singgang sotong, masak rebus asam, masak bening. Saya tak kisah nama apa, yang penting mudah dan sedap.
Saya pernah tengok ada orang masak letak lengkuas, halia dan bawang besar. Lain orang lain cara, lain tempat lain budaya kan..
2. Masukkan air, serai, bawang putih, bawang merah dan asam keping ke dalam periuk. Hidupkan api dan biarkan mendidih.
3. Apabila mendidih, saya masukkan cili dan sotong, terus saya perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mendidih.
4. Apabila mendidih, saya terus matikan api. Nampak tu sotong sudah pun masak. Tak terlebih masak, sebab kita tak nak sotong jadi liat.
Selepas matikan api, ada orang letakkan tomato. Saya tak masukkan tomato ke dalam masakan sotong rebus serai tadi. Tapi saya jadikan ulam. Makan dengan budu, kalau suka.
Masakan sotong rebus serai ni sedap dengan rasa unik serai yang segar, masam manis masin semua lengkap infused dengan rasa sotong. Masakan ringkas je tetapi rasa sedap subhanallah walhamdulillah tak terkata.
Nak mudah masak kita biasa beli santan segar tapi ada masa dah beli berkilo-kilo waktu nak guna baru perasan dah masam.
Kejadian santan masam ni ramai yang terkena tapi jangan terus buang santan ini, rugi. Kita boleh guna untuk buat minyak kelapa.
Boleh guna untuk rambut dan kulit kering, atau jadi minyak untuk urutan. Minyak kelapa semula jadi lagi elok. Cara membuatnya dikongsi oleh Yatie Rahim.
Siap dah santan masam kami. Terima kasih semua bagi idea. Dah nak buang dah santan. Elok ja kejadian minyak bersih tak de bau. Boleh letak kat rambut, siapa kena macam saya boleh la buat cara ni.
1.Panaskan santan masam guna api perlahan.
2. Biarkan santan sampai pecah minyak. Yang ini memang lama dan kena kacau selalu.
4. Masak sampai jadi tahi minyak dan bertukar warna kekuningan atau keperangan. Tutup api.
5. Sejukkan dan tapis untuk ambil minyak saja.
TIP: Sebelum masak, boleh juga letak santan masam dalam peti sejuk dulu. Bila kepala santan timbul, kaup dan guna ini saja untuk dipanaskan. Tak perlu guna airnya. Cara ini lebih cepat.
Tahi minyak tadi boleh guna untuk buat kole kacang, atau masuk dalam sambal.
Jenis kurma antara yang selalu dipertimbangkan ketika membeli buah yang laris di bulan Ramadan ini.
Terdapat pelbagai jenis kurma yang ada di pasaran, namun berikut adalah yang popular di Malaysia. Ada yang mahal dan ada juga yang biasa namun tetap enak.
Kurma dari Madinah ini juga sering disebut Kurma Nabi.Kurma ini biasanya bersaiz kecil dan berwarna hitam. Rasanya pula manis dengan tekstur isi yang lembut. Terdapat juga kurma Ajwa yang berbentuk oblong dengan puncak yang bulat dan tekstur yang agak kasar.
Kurma Medjool tumbuh di iklim yang panas kering seperti di Timur Tengah dan Afrika. Isi buahnya gemuk, lembab, dan manis. Kurma Medjool adalah antara jenis kurma yang paling mahal kerana ia sukar untuk ditanam, bersaiz besar dan mempunyai rasa yang manis seakan rasa karamel. Disebabkan itu, ia juga terkenal dengan gelaran ‘Kurma Berlian’.
Buah ini juga sentiasa kelihatan segar walaupun kering. Kulitnya berwarna kuning gelap hingga merah kecoklatan dengan tekstur yang berserabut.
Deglet Noor dalam bahasa Arab bermaksud ‘Ratu Kurma’. Kurma jenis ini berasal dari Algeria dan turut ditanam di negara lain seperti Iran, Amerika Syarikat, Arab Saudi dan Tunisia.
Kurma ini mempunyai beberapa ciri khas seperti warna lut dan rasa lembut seperti madu. Di Malaysia, biasanya kurma ini dijual dalam bentuk bertangkai dan merupakan antara jenis yang cukup popular di pasaran.
Kurma Safawi terkenal di Madinah dan Mekah Berwarna coklat gelap, rasanya lazat manis mirip dengan rasa kurma Ajwa, isi buahnya lembab dan bertekstur lembut.
Kebiasaannya, pohon kurma Safawi adalah produktif, itulah yang membuat kurma Safawi lebih banyak tersedia dan mudah didapat dibanding kurma lain. Berwarna coklat gelap, rasanya lazat manis mirip dengan rasa kurma Ajwa. Isi buahnya lembab dan bertekstur lembut.
Kurma ini lebih mempunyai tekstur yang agak sama dengan kurma Ajwa yang lembut. Berbentuk panjang dan kurus, kurma ini kebanyakannya ditanam di Semenanjung Barat Arab Saudi.
Ia mempunyai kulit yang hampir lut dan berwarna coklat. Isinya pula mempunyai kedutan lembut, mempunyai rasa yang unik, berserabut, tidak begitu manis dan agak kenyal.
Kurma ini mempunyai kulit kering yang tipis dengan bentuk yang panjang serta bujur. Ia dikenali dengan pelbagai nama lain seperti kurma Stamaran, Saamaran, Stamara atau Samberun.
Kurma Mazafati dianggap sebagai antara kurma yang paling lazat di dunia dengan isi yang tebal serta warna hitam yang menarik berbanding jenis buah kurma lain yang ada di pasaran.
Di Malaysia, kurma ini juga dijenali sebagai Kurma Madu, Kurma Kimia atau Kurma Bam. Isinya lembut dan mempunyai rasa yang manis serta agak lembap kerana kandungan air yang tinggi.
Mungkin ramai tidak tahu bahawa Israel adalah pengeluar kurma Medjoul terbesar di dunia. 50 peratus kurma Israel dieksport ke Eropah, yang dijual di pasar raya utama serta kedai tempatan di seluruh benua.
Menurut Friends of Al-Aqsa (FOA), United Kingdom (UK), Belanda, Perancis, Sepanyol dan Itali antara yang mengimport buah kering dalam kuantiti besar, lebih 3,000 tan bernilai USD 8.9 Juta
Warna -nampak berkilat dan warnanya sekata, contoh hitam pekat untuk Ajwa atau coklat keemasan untuk Majdool.
Kulit – permukaan kurma kering di lyar dan tidak menyebabkan tangan melekit bila pegang. Ini tanda kurma tidak disalut dengan gula. Kurma yang baik kulitnya licin dan tidak menggelupas.
Aroma – Elakkan ambil kurma yang seakan bau masam, ia tanda tidak segar dan tidak disimpan dengan baik.
Perhatikan tarik tuaian – beli stok kurma keluaran terkini. Tanya Tarikh Tuaian/ Batch kurma pada Seller. Setiap seller perlu ada maklumat tersebut.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...