Sekarang ramai yang pilih pintu pagar jenis ini. Lebih privacy, dan lindung aurat famili. Cantik pun cantik. Cuma kos untuk tukar kepada pagar jenis ini boleh tahan harganya mencecah RM3,000-RM4,000.
Tapi kita ada saja pilihan cara untuk jimat. Apalagi DIY lah. Jika buat sendiri bajet yang dikeluarkan tak sampai RM350 seperti yang dilakukan oleh Muhammad Faizal. Bagi yang nak buat sendiri, boleh jadikan perkongsian beliau sebagai panduan.
Kos sekarang cecah RM3k-RM4k!
“Alhamdulillah setelah 3 hari siap jugak pagar DIY. Asalnya nak tukar tapi bila fikir balik kos dalam RM3k-RM4k jugak.
Maka dengan bantuan skill tukang waktu belajar kemahiran hidup di sekolah maka inilah hasilnya. Kos cuma RM350, masih ada balance. Misi utama untuk tertutup supaya lebih privacy.”
Nak cuba tanam sayur, tapi nak cara mudah. Kalau boleh tak mahu selalu siram. Boleh saja! Guna teknik tanam dalam nutripot.
Caranya dikongsi oleh usahawan tani, Azuan Abdullah. Ikut saja langkah demi langkah di bawah ini.
Dalam banyak-banyak teknik tanam sawi di rumah, teknik ini yang paling mudah dan berkesan buat saya . Ianya dipanggil teknik nutripot buatan sendiri. Apa yang specialnya diy nutripot ni?
Melalui teknik ini, kita bagi baja bersama air semasa siraman. Paling best, siraman dibuat seminggu sekali bagi pokok yang masih kecil. Bila pokok usia 3 minggu, baru kita siram 2 kali seminggu. Jimat masa, jimat baja dan jimat tenaga. Bestkan!
Walaupun siraman hanya 2 kali seminggu, pokok tak akan mati kelayuan. Hasilnya pun boleh tahan ohsem, lebih kurang 500 gram untuk 1 pasu.
Ini bahan-bahan yang diperlukan;
1. Pasu 2. Tong/baldi yang dapat muat 1/3 – ½ pasu. 3. Span 4. Cocopeat 5. Air baja AB
1. Pilih kombinasi pasu dan tong/baldi yang sesuai. Pastikan 1/3 – ½ daripada pasu boleh masuk ke dalam tong/baldi.
2. Pilih pasu yang ada lubang ya. Jika tak ada lubang, wajib buat lubang pada dasar pasu tersebut.
3. Masukkan pasu ke dalam tong. Ukur paras kedalaman bahagian pasu yang boleh masuk dalam tong/baldi. Saya tanda dengan marker pen paras tersebut.
4. Keluarkan pasu dari tong dan ukur paras bertanda tersebut. Dalam contoh ini, paras yang ditanda dengan marker dengan hujung pasu adalah 10 cm.
5. Ukur pula tong/baldi tersebut. Tandakan point dengan ukuran 2 cm lebih daripada paras pasu. Ini bermaksud point itu berada 12 cm.
6. Tebuk lubang pada point yang kita tanda tu. Minimun 2 lubang. Maksimun 4 lubang. Tujuannya adalah sebagai lubang over flow jika air terlebih nanti.
Ia juga boleh meningkatkan kadar pengudaran akar nanti. Lubang tu jangan besar sangat ya. Jika lubang besar, si aedes boleh masuk bertelur nanti.
7. Potong span ikut kesesuaian lubang dan ketinggian pasu. Ini saya guna span akuarium.
8. Masukkan span ke dalam lubang pasu. Pastikan hujung span mencecah pada bahagia dasar tong/baldi.
9. Masukkan cocopeat yang telah dibilas ke dalam pasu. Tak perlu penuh. Memadai tenggelam span atau ¾ daripada tinggi pasu.
10. Tanam anak benih sawi yang telah disemai. Pilih anak yang sihat dan bebas penyakit. Usianya lebih kurang 14 hari lepas semai dan ada 4-5 helai daun. Jarak lebih kurang 6 inci.
Siap tanam, siram pasu tersebut dengan air baja AB hingga lelehan air keluar melalui lubang over flow yang kita tebuk tadi. EC baja 1.5 mS
11. Jadual siraman dan kepekatan air baja adalah seperti berikut. Minggu 1 : 1 kali seminggu, EC 1.5 Minggu 2 : 1 kali seminggu, EC 1.8 Minggu 3 : 1-2 kali seminggu, EC 2.0 Minggu 4 & 5 : 1-2 kali seminggu, EC 1.5 ** Siraman dibuat hingga air sampai ke paras lubang “over flow”
12. Ini keadaan pokok sawi yang berusia 35 hari lepas tanam. Dia punya daun berkilat-kilat kan. Yang pasti, ia bebas racun kimia.
13. Satu pasu ini dapat hampir 500 gram. Jika tak nak potong pokok pun boleh. Memadai kita ambil 2-3 helai setiap pokok. Cara macam ni, pokok boleh tahan lama. Alhamdulillah rasanya tak pahit dan sangat rapuh.
Kalau tak nak DIY pasu ini pun boleh. Beli terus pasu nutripot yang dah siap. Ada jual di Shopee.
Mesin basuh kalau buat hal memang memeningkan kaum wanita. Kena betulkan cepat kalau tidak bertimbunlah pakaian tak berbasuh.
Selalunya masalah mesin basuh di rumah sama ada air yang keluar terlalu kecil, putaran perlahan atau langsung tidak berputar.
Nak membaiki kerosakan ini selalunya kena sedia modal dalam RM200. Ini caj tukang baiki alat elektronik dan biasa makan masa dua hingga tiga hari baru siap. Waktu itu dah tentu kain bertimbun bukan.
Tapi rupanya nak baiki kerosakan mesin basuh seperti ini mudah sangat. Boleh buat sendiri saja, modalnya cuma RM30, jimat RM200 .
Nak share sikit pengalaman betulkan sendiri mesin basuh rosak. Mesin basuh ni hadiah Kakchik masa baru kahwin dulu. So far, jarang ada problem tapi kali ni ada problem air masuk slow sangat pulak.
Kalau hantar kedai mau dekat dua ratus juga agaknya, silap2 lebih. Tu belum masuk nak pikul benda alah ni pergi kedai pulak. Padahal, kos beli barang baru tiga puluh ringgit je dekat Jalan Pasar, Pudu.
Since darling aku dah berceramah sebab tak boleh nak basuh baju dan mood Macgyver aku pun tengah ada maka aku pun bukaklah youtube dan blog tentang cara nak betulkan mesin basuh ni.
Rupanya senang aje, perempuan pun boleh buat sebab tak ada pun kena angkat tunggang terbalik.
AMARAN! JANGAN LUPA CABUT SOKET DAN TUTUP PILI AIR SEBELUM MULA!
Sebab aku rajin, aku ambik gambar siap letak caption sekali untuk korang ikut kalau ada problem yang sama.
Amacam senang kan nak baiki sendiri. Kalau cik suami takde pun, isteri boleh saja buat sebab tak guna banyak tenaga. Selamat mencuba.
Ramai yang suka buat sendiri hidangan nasi lemak terutama bila hujung minggu. Cuma yang selalu kurang bila buat sendiri adalah rasa sambalnya.
Selalu tak dapat yang sedap dan warna merah yang cantik terutama kalau baru-baru belajar masak sambal sendiri.
Supaya sambal nasi lemak kita menjadi sedap, dan cantik warnanya macam nasi lemak orang tua buat boleh ikut perkongsian daripada Norey Yusof. Resipi sambal nasi lemak yang dikongsi mendapat lebih 7 ribu tanda suka dan lebih 3k perkongsian. Nak lagi feel, katanya bungkus dalam daun pisang dan kertas surat khabar.
Rasa nak makan nasi lemak, kebetulan lauk kat peti kurang. Benda paling senang simple dan anak-anak suka. Kami pencinta nasi lemak…Ini resipi sambal untuk 6 orang.
Bahan-bahan
1 labu Bawang holand
5 ulas Bawang merah
Sedikit halia
Sedikit belacan
Sedikit ikan bilis
6 sudu besar cili kisar
Cara membuat:
1. Blender semua bahan kecuali cili kisar dan tumis sampai pecah minyak.
2. Dah pecah minyak baru masukkan cili kisar 6 sudu besar.
3. Masukkan gula/ nisan, garam, sedikit air asam jawa dan perasa. Masak lagi hingga pekat.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...