Serangan lalat putih atau bena putih memang masalah biasa jika tanam pokok sayuran seperti cili, terung atau tomato.

Serangan lalat ini jika dibiarkan tanpa kawalan lama kelamaan akan daun lumpuh dari membuat fotosintesis dan akhirnya pokok akan mati.

Sebab itu jika tanam sayur kena ada kawalan dari serangga ini. Paling mudah adalah membuat sendiri racun organik dan sembuh pada pokok. Caranya dikongsi oleh Syamimah Binti Ismail.

Buat sendiri racun organik untuk atasi serangan lalat putih

DIY Racun Organik Mudah Untuk Selamatkan Pokok Sayur Dari Serangan Lalat Putih. Guna 3 Bahan Saja

Siapa yang ada menanam cili, tomato & terung mesti geram tengok lalat putih atau afid yang menyerang. Habis rosak daun dibuatnya. Lama kelamaan pokok akan mati.
Jadi jom hari ni belajar buat racun organik, hanya gunakan bahan dapur saja. Dijamin selamat kerana organik.

IKLAN

1. Bahan-bahan yang digunakan – 1 labu bawang putih, 6 biji cili padi dan 300ml air.

DIY Racun Organik Mudah Untuk Selamatkan Pokok Sayur Dari Serangan Lalat Putih. Guna 3 Bahan Saja

2. Kisar semua bahan tadi kemudian masukkan dalam bekas. Tutup bekas berisi bahan kisar dengan kain untuk elak serangga masuk dan peram selama 24 jam.

IKLAN

DIY Racun Organik Mudah Untuk Selamatkan Pokok Sayur Dari Serangan Lalat Putih. Guna 3 Bahan Saja

4. Selepas 24 jam, tapis bahan peram tadi dan ambil patinya. Hampas bolehlah ditabur pada tanaman. Tuang pati tadi dan letak dalam botol. Untuk tahan lama simpan dalam peti sejuk. Sila label untuk elak terminum.

IKLAN

DIY Racun Organik Mudah Untuk Selamatkan Pokok Sayur Dari Serangan Lalat Putih. Guna 3 Bahan Saja

Cara penggunaan
  • Masukkan 60ml pati dan campur dengan 1 liter air bersama 1 sudu minyak masak dan 1 sudu teh cecair pencuci pinggan.
  • Spray time lewat petang, pukul 6 petang ke atas. Ini kerana sifat semulajadi serangga perosak aktif pada waktu malam. Jadi spray waktu lewat petang adalah paling sesuai.

DIY Racun Organik Mudah Untuk Selamatkan Pokok Sayur Dari Serangan Lalat Putih. Guna 3 Bahan Saja

Tip semburan
  • Fokus spray pada bahagian bawah daun. Sebab kat situ lah tempat ‘mereka’ berhimpun.
  • Gunakan nozzle spray yg paling halus. Ataupun yang berkabus adalah lebih baik.
  • Spray seminggu sekali. Sekiranya pokok diserang teruk, spray selang 2 hari sehingga serangga hilang.
  • Apabila pokok dah masuk peringkat berbuah, spray lebih kerap (3 kali seminggu). Sebab pada peringkat ini, pokok akan lebih kerap diserang perosak.
Selain itu:  Memang Tak Percaya, Luar Nampak Setinggan. Transformasi Deko Dalam Kemas Macam Apartment Mewah!

Selamat mencuba.

Sumber: Syamimah Binti Ismail.

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI