Sup bunjut ini wajib ada kalau nak masak hidangan sup dan sering kali kita beli saja bila nak menggunakannya. Tapi lepas ini cuba buat sendiri.
Sebab nak buat sup bunjut ini punyalah senang. Semua bahan pun selalunya ada di rumah kita. Cuma tinggal gabung dan bungkus saja. Cara membuatnya ada dikongsi oleh Delihayat Kitchen
Bahan (untuk satu bunjut):
1 kulit kayu manis (pecahkan menjadi kecil – masukkan sedikit saja)
1 bunga lawang (ceraikan)
3 bunga cengkih
Bahan yang dipecah-pecahkan:
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh lada putih
1/2 sudu teh jintan manis
3 biji buah pelaga (pecahkan)
Secubit biji sawi (mustard seed)
Secubit biji kas-kas (kalau tiada pun tak mengapa)
Ads
Cara membuat:
Masukkan semua bahan rempah dalam kain kasa, lilit dengan benang. Dah boleh gunakan.
Seeloknya buat banyak sekali gus sup bunjut ini supaya mudah untuk gunakan bila teringin masak sup. Jimat RM1.50.
Sup bunjut yang siap dibuat simpan dalam balang kedap udara supaya tahan lama.
Mentang-mentanglah guna kereta automatik, tekan minyak terus jalan ramai pula yang ambil mudah tentang penggunaan gear.
Antaranya ada yang guna gear P waktu berhenti di traffic light, yang mana cara ini salah. Bayangkan kalau kita tertekan minyak dulu sebelum masuk gear boleh rosak gear box.
Meski mudah tapi memandu kereta automatik tetap perlu mengikut penggunaan gear yang betul. Bagi yang belum tahu berikut adalah yang disarankan.
Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light
1. Tekan brek kaki
2. Masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. Lepas brek kaki
Jika nak jalan
1. Tekan brek
2. Masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. Lepas hand brek
4. Lepas brek kaki
5. Tekan minyak
Kegunaan tombol kecil pada gear
Perasan tak kewujudan tombol kecil pada gear itu pun ada fungsinya dan perlu ditekan pada pada waktu yang sesuai.
Penggunaan tombol/butang pada batang gear: 1. Tekan tombol semasa menukar
P > R
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D
2. Jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D
Berikut pula adalah susunan gear untuk gearbox auto:
P – parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat.
jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.
R – reverse, untuk mengundur kereta anda
N – neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear
neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci
pada tombol gear.
D – drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive – gear
akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3
shj
3 – Setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3
untuk menurunkan gear dari 4 ke 3
2 – Ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear
seterusnya tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu.
Menjelang bulan Ramadan ramai dah mula mencari cari resipi biskut dan kek raya yang ingin cuba dibuat tahun ini.
Tapi sebelum itu, elok kita belajar dulu perkara asas yang penting untuk jadikan biskut, kuih dan kek raya kita sedap. Salah satunya pemilihan mentega.
Perkongsian dari Nieza Nor Hamnira boleh dijadikan panduan. Melalui pengalaman, beliau berkongsi info jenis mentega yang sesuai dan sedap untuk membuat biskut dan kek.
Jenis pure butter untuk buat biskut dan kek
Melalui pengalaman baking dan eksperimen- eksperimen yang saya suka buat waktu aktif dahulu, di sini mungkin saya boleh berkongsi dapatan saya (disclaimer : eksperimen personal ya bukan fakta profesional).
Ini eksperimen dan findings antara pure butter yang biasa di Malaysia (mentega tulen bukan butterblend / lepa susu ya). Jika mahu jadikan rujukan, silakan. Jika tidak terima, it’s also ok sebab memang masing-masing punya cita rasa berbeza.
Berat Pure Butter Buku
– 250gm biasanya salted, 227gm pula biasa unsalted. Kandungan garam dalamnya yang selalunya jadikan berat butter buku 250gm.
Salted – Unsalted, Kek atau Cookies?
– Kek sedap guna yang salted
– Cookies lebih baik guna yang unsalted sebab rasa mentega yang lebih kaya rasa (rich and buttery)
Jenama pure butter apa yang best dan sesuai?
SCS, Tatura, Golden Churn : Shortbread, Tart, Kek, Brownies
Anchor : Jenis drop cookies, cookies yang berterap (bentuk), Choc chip cookies, soft chewy cookies
Lurpark : Scones, jenis Muffin, Kek, Brownies, Bars
Emborg : Kek, Brownies, Bars
Dah expired boleh guna lagi ke tak
Dah tiba tarikh expired tapi masih ada dalam peti sejuk, boleh pakai tak? Jawapan, masih boleh. Jangka masa?
– Ia masih tahan 1-2 bulan kalau dah buka bungkusan
– 3-4 bulan kalau belum buka bungkusan
Kenapa pure butter tahan lama? Sebab ia tak banyak kandungan laktose, ia tinggi kandungan lemak. Simpan ia dalam packaging asalnya atau juga double wrap dengan foil.
Yang jenama lain-lain selain yang disebut di atas, semua boleh guna dan ia bergantung kepada citarasa masing-masing.
Salted untuk kek, unsalted untuk cookies
Masih juga boleh berpandukan kepada ‘sifir’ pure butter yang salted untuk kek dan unsalted terbaik untuk buat cookies.
Ini bukan cerita butter-blend ya, ini hanya tentang mentega asli sahaja, dan ia pendapat personal berdasarkan eksperimen dan pengalaman saya sebagai baker aktif suatu ketika dahulu.
Gambar adalah antara ujian yang saya buat kepada rasa kepada mentega dan butterblend yang biasa ada di pasaran kita. Walaupun anda dah jumpa mentega asli terbaik, tapi jika anda nak buat cookies, kalau guna butter keseluruhannya (100% – tak campur jenis lelemak yang lain), cookies anda akan rapuh teruk ya… banyak kecainya nanti.
Biskut cream crackers ini kalau cicah dengan air teh o, kopi o memang sedap. Boleh layan berkeping-keping. Biskut ini juga sebenarnya boleh kita buat sendiri.
Kelebihan bila buat sendiri biskut cream crackers ini kita boleh ikut citarasa. Nak makin atau kurang, ataupun buat makin berlemak rasanya pun boleh. Teksturnya tetap rangup dan sedap. Kalau nak cuba boleh guna resipi perkongsian AJ Idris ini.
Buat sendiri biskut cream crackers
Bahan – bahan:
1 cawan tepung gandum,
1 sudu besar tepung jagung,
2 sudu besar mentega (jangan guna minyak),
2 sudu besar minyak zaitun/ minyak sayuran,
1 sudu kecil gula
Secubit garam,
1/4 cawan susu penuh krim (boleh guna air kosong, tapi hasilnya kurang berlemak)
Cara membuat:
1. Campurkan semua bahan, uli sampai jadi doh. Susu mungkin tak perlu guna semua, agak-agak dah elok jadi doh sudah ya.
2. Canaikan sampai nipis, bahagikan seberapa banyak yang boleh. Adunan ini boleh dapat 18 keping. Cucuk dengan garfu macam dalam gambar.
3. Bakar pada suhu 150° darjah lebih kurang 10-15 minit. Kalau nak rasa tambah berlemak, sapukan butter cair. Ikut resepi ini saja pn dah sedap.
4. Selepas masak, biarkan sejuk sejuk. Boleh cicah dengan teh, kopi, coklat panas. Makan begitu saja pun dah sedap.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...