Tapai pulut memang nikmat terutama bila makan sejuk-sejuk. Dapat pula yang manis, memang sedap.
Sebagai salah satu makanan tradisi, seeloknya kita tahu cara membuatnya apatah lagi jika ramai peminat hidangan ini di rumah.
Lagi puas makan bila tapai dibuat sendiri, kalau beli dah tentu kuantitinya sikit saja kan.
Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian Lind Razak.
Buat sendiri tapai pulut manis
Bahan-bahan:
1 kg beras pulut
1 biji ragi (seeloknya jemur terlebih dahulu. Hancurkan ragi, saya letak dalam plastik dan ketuk guna batu lesung, bila nak guna baru ayak guna penapis teh)
Bekas plastik berpenutup kecil/daun getah/daun pisang (saya guna bekas dadih)
Cara buat tapai
Basuh beras pulut bersih-bersih dan rendam minimum 2 jam.
2. Kemudian toskan air, kukus beras pulut selama 25 minit.
Ads
3. Siramkan pulut yang telah dikukus dengan 3 cawan air, sambil kaup balik (untuk langkah ini saya tak alihkan pulut ke dalam bekas, saya siramkan air terus dari pengukus).
4. Kukus semula pulut tadi dalam 10 minit atau sehingga naik wap.
5. Tutup api dan alihkan pulut yang telah masak ke dalam dulang besar untuk disejukkan. Ratakan pulut tadi, supaya cepat sejuk.
Ads
6. Biarkan pulut betul-betul sejuk.
7. Bila pulut dah sejuk, ayakkan ragi ke atas pulut, balik-balikkan pulut tadi, ayak ragi ke atas pulut sekali lagi hingga ragi rata pada pulut.
8. Sudukan pulut tadi ke dalam bekas dadih/daun getah.
Ads
9. Susunkan ke dalam bekas sesuai. Saya letak dalam tong.
10. Simpan di tempat yang gelap selama 2 hari. Selepas 2 hari, baru tengok tapai tu ya.
11. Masukkan dalam peti sejuk, sebab tapai ni sedap makan sejuk sejuk. InsyaAllah, menjadi. Tapai manis dan berair.
Nak makan nasi sorang je dan bila masak dalam rice cooker jadi berkerak pulak. Sudahnya nasi dapat sikit saja, nak kena basuh periuk lagi. Leceh la juga.
Sebenarnya jika nak masak nasi dalam kuantiti sikit atau sorang makan ada cara yang lagi mudah dan tak membazir akibat kerak. Caranya masak nasi guna mug atau cawan saja. Langkahnya dikongsi oleh Amalina Aziz.
Cara masak nasi untuk sorang makan, guna mug lagi senang
1. Ambil beras dalam setengah mug dan basuh seperti biasa. Kalau nak 2 mug nasi, buat lagi satu.
2. Kemudian isikan air ke dalam mug agak-agak sampai hampir penuh. Beras tadi anggarkan dalam separuh mug.
Saya guna mug seramik kaca supaya tak pecah. Boleh juga guna cawan / bekas stainless steel kalau ada.
3. Kemudian, isikan pula air dalam periuk rice cooker lebih kurang separuh penuh.
4. Akhir sekali, boleh tekan butang ‘cook’ dan masak macam biasa.
Tadaa…. Beginilah hasilnya bila dah siap masak. Senang saja kan?
Baru saja lap semalam hari ni, esoknya habuk dah bertepek semula pada kabinet, rak, meja, perabot dan peralatan dalam rumah. Takkanlah nak lap hari-hari. Tambah pula sekarang cuaca berjerebu lagilah banyak debu yang masuk dalam rumah.
Kaedah elak habuk melekat dalam rumah
Antara sousi yang boleh dilakukan untuk kurangkan habuk dalam rumah adalah dengan menggunakan bancuhan cecair pelembut pakaian.
Tak perlu tambah apa-apa bahan lain hanya cecair ini saja bersama air paip. Bancuhan dua bahan ini saja sudah cukup untuk mengurangkan habuk hinggap pada perkakas dalam rumah. Jadi takdelah selalu sangat kena lap.
Kaedah ini dipraktikkan oleh wawadels dan dikongsi oleh beliau. Ujarnya sejak menggunakan cara yang dipelajari dari kakak beliau habuk kurang melekat di dalam rumah.
1. Caranya cuma sediakan 1 penutup cecair pelembut pakaian dan juga 1 liter air. 2. Kemudian campurkan kedua bahan in dalam botol spray.
3. Sembur pada perabut, meja, rak dan sebagainya untuk mengelakkan habuk melekat kemudian lap dan biar kering.
Buat sendiri mi kuning supaya tak rasa kapur dan tiada bahan kimia.
Selama ini ingatkan susah buat mi kuning, kena ada mesin bagai tapi bila baca cara yang dikongsi Norain Naim ada cara mudah rupanya.
Cuma guna empat bahan yang sememangnya ada di rumah, hiris mi pula pakai pisau saja. Percubaan kali pertama buat tapi dah menjadi katanya.
Bagusnya mi ini tak guna apa-apa bahan kimia, kapur, pengawet atau asid borik. Selamat dan sihat untuk kita makan.
Buat Sendiri Mi Kuning Guna 4 bahan
Bahan-bahan
300 gram tepung gandum
1 biji telur
sedikit garam
Air suam
Cara membuat
1. Satukan semua bahan dan tambah air suam (tambah sedikit serbuk kunyit kalau nak mi nampak kuning). Air agak-agak saja tau, sampai doh tak melekit pada tangan. Jangan lebih air nanti lembik. Kalau lembik tambah sikit lagi tepung.
2. Uli doh dan canaikan bagi nipis senipis mungkin.
3. Waktu canai nipis doh tabur tepung sedikit supaya tak melekat. Dah canai nipis lipat doh tadi. Sila tengok gambar ye. Lipat untuk mudah potong. Kalau yang ada mesin tak perlu lipat.
4. Ok dah boleh potong nipis-nipis. Guna pisau saja, kita suruh suami yang potong. Ikut cita rasa masing-masing nak nipis mana.
5. Rebus 5 minit atau sampai mi lembut
6. Toskan mi tadi dalam air sejuk atau berais supaya mi terlebih kembang. Letakkan minyak sikit supaya mi cantik berderai.
Elok je mi homemade ni, tanpa bahan kimia, selamat untuk dimakan.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...