Selalu bila nak makan tomyam putih mesti pergi ke kedai makan Thai. Rasanya masakan ini memang akan lagi ‘kick’ di sini.
Tapi lepas tahu cara membuat tom yam putih asli ini, mungkin tak perlu lagi makan di kedai. Boleh buat sendiri resipi tomyam putih tak menggunakan pes dan rasanya lebih sedap. Cara membuatnya dikongsi oleh Eqienura Mokhtar.
Cara buat tomyam putih asli tanpa pes
Bahan tumbuk:
Cili padi – 5-10 biji (ikut citarasa)
Bawang putih – 2 ulas
Tomato ceri – 4 biji (tomato besar lebih baik)
Bahan titik/ ketuk:
Serai – 2-3 batang
Lengkuas – 1 inci
Halia – 1cm
Cili padi – 5 biji
Bawang putih – 3 ulas
Bahan lain:
Udang
Sotong
Bawang holand – potong baji 1/2 biji
Oyster mushroom
Bunga kobis
Dun limau purut
Dun ketumbar (jika suka)
Air perahan limau nipis – biji
Sos ikan
Garam
Gula (jika suka)
Cara membuat:
1. Sediakan air dalam periuk. Masukkan cili padi, tomato, bawang putih yang ditumbuk. Biar sampai mendidih.
2. Bila sudah mendidih terus masukkan bawang putih, cili padi, halia, lengkuas dan serai yang dah dititik. Guna api perlahan saja. Boleh juga masukkan lebih awal bersama bahan tumbuk. Masukkan sekali bawang holand dipotong baji.
Ads
3. Biar seketika kemudian baru masukkan sayur. Jangan tinggal tomato dalam tomyam sebab ia menambah rasa masam. Elok guna tomato besar. Masak semua sampai mendidih.
4. Bila sudah mendidih, masukkan daun limau purut. Jangan masuk daun ini awal, nanti kuahnya rasa pahit dan aromanya hilang. Letak akhir sekali pun tak mengapa.
5. Seterusnya masuk bahan perasa. Sos ikan wajib ada. Tomyam setengah periuk boleh guna satu senduk sos ikan. Kemudian sesuaikan rasa dengan garam. Guna dua bahan ini saja untuk perasa.
6. Kemudian masukkan seafood, guna udang dengan sotong saja. Udang buang kepala, tinggalkan ekor saja.
Ads
7. Sotong masukkan akhir sekali tapi selur dulu dengan air panas sekejap. Seafood masukkan akhir sekali supaya tak overcooked dan liat. Kalau buat tomyam ayam pun sama masukkan akhir sekali.
8. Sebelum tutup api, masukkan santan atau susu cair satu senduk. Kacau rata dan rasa garam cukup atau tak. Kalau kurang masin tambah lagi. Kemudian tutup api.
9. Akhir sekali tuang jus air limau yang dah siap perah. Dah siap!
Ads
10. Sebelum hidang boleh letak daun ketumbar. Tapi jangan banyak sebab daun ketumbar ini akan beri rasa pahit dalam tomyam.
Aroma tomyam ini macam di kedai Siam, rasanya memang tak menghampakan.
Tip ekstra
-Cara membuat tomyam poktek tambah seafood lain seperti lala, ketam, dan hirisan isi ikan siakap.
-Nak lagi sedap, guna air rebusan kulit udang. Orang Siam tambah gula pes Siam sikit untuk manis kuahnya. Ada satu lagi daun yang orang siam letak, daun ketumbar jawa.
-Kalau nak letak udang besar/ galah/ harimau/ tak perlu buang kepala dan jangan campur seafood lain. Itu rahsianya, jadi rasa tomyam manis saja.
Banyak bilik air di kediaman sekarang menggunakan panel kaca. Masalah yang selalu berlaku, panel kaca ini akan meninggalkan water stains atau kesan bertompok-tompok yang sukar dibersihkan.
Walau dah disimbah air dan dilap dengan pencuci ia tetap akan kelihatan hingga nampak sedikit kotor.
Bagi mengatasi masalah ini, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Mas Lina Lyna yang sebelum pernah bekerja sebagai housekeeping hotel.
Caranya mudah dan berkesan, hanya guna sabun kuning atau sabun cap kapak banyak dijual di kedai.
Caranya;
1.Potong sabun kuning dan letak dalam bekas, tuang air panas. Kacau sampai hancur.
2. Biar sejuk, ia akan jadi likat seakan berlendir. Kemudian ambil sabun tadi dan gosok guna berus sabut.
3. Bilas dan hasilnya confirm bersih berkilat macam tiada cermin. Cara ini saya buat semasa jadi housekeeping di hotel. Murah dan mudah.
INFO: Sabun kuning ini asalnya keras, jadi bila direndam dengan air panas ia lebih mudah digunakan.
Thermo pot antara barang elektrik yang masih digunakan. Senang bila nak guna air panas terutama kalau rumah tiada penapis air yang canggih tu.
Tapi masalah biasa guna thermo pot ini adalah ia meninggalkan kesan kuning di bahagian dalam. Cuci dengan sabun pun tak hilang.
Sebenarnya untuk bersihkan kesan kuning ini sebenarnya tak susah malah cara ini sudah ada dalam manual sesetengah jenama. Cuma guna limau kasturi saja.
Cara mudah bersihkan
1. Penuhkan air dalam pot.
2. Ambil lebih kurang 10 biji limau kasturi, potong dan perah jusnya dalam pot.
3. Biarkan limau dan air tadi masak dalam bekas tersebut.
4. Insya-Allah kesan kuning akan hilang tanpa perlu gosok.
5. Boleh guna macam biasa selepas buang air limau tadi. Ini hasilnya.
Jadikan proses ini satu rutin supaya thermo pot sentiasa bersih. Selamat mencuba
TIP PENJAGAAN
Pastikan air sentiasa penuh dan tutup suis alat ini jika meninggalkan rumah dalam masa yang lama supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
Sentiasa periksa balang thermo pot supaya kesan kuning tidak melekat hingga sukar dihilangkan.
Nak beli bukan murah, jadi kakak-kakak kena la jaga perkakas kayangan ini dengan sebaiknya.
Sesekali untuk hidangan di rumah cuba pula menu western. Buat yang mudah dan ringkas tapi sedap. Antaranya lasagna.
Nak lagi senang boleh ikut resepi Sha Farina ini. Hanya guna roti keping saja. Boleh hidang untuk makan petang ataupun malam. Tengah hari pun apa salahnya.
Cara buat roti lasagna yang sedap sangat
Bahan-bahan
Roti keping (tak kisah apa brand sekali pun)
Susu
Telur
Mentega
Keju
Sos spageti (apa-apa jenama pun boleh)
Daging
Cendawan
Cara buat roti lasagna
1. Bancuh susu dan telur.
2. Buat kuah spageti mengikut selera masing, boleh letak daging dan cendawan. Dah siap sejukkkan.
3. Lengserkan loyang dengan mentega.
4. Celup roti dalam bancuhan susu & telur kemudian letak dalam loyang.
5. Letak kuah spageti atas roti.
6. Kemudian letak roti di atasnya dan lapis dengan cheese slice.
7. Ulang langkah 4 dan 5 hingga 3 lapisan.
8. Lapisan atas sekali taburkan parutan cheese.
9. Tuang lebihan susu & telur jika ada baki.
10. Bakar selama 30 minit pada suhu 170c atau ikut oven masing-masing.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...