Buah ialah sumber vitamin dan serat (fibre) yang elok dimakan untuk menambah kesihatan tubuh. Ketika diet, ramai yang mula meninggalkan makanan berminyak dan menggantikannya dengan buah.

Pun begitu, buah apa yang elok dimakan? Ini kerana ada buah yang tinggi kandungan gula. Gula ialah ‘musuh’ bagi orang yang sedang berdiet. Coach pelangsingan, Fatin Najwa ada berkongsi tip mengenai buah yang sesuai dimakan ketika sedang diet.

Cari buah yang rendah kadar GI

APA JE BUAH YANG BOLEH MAKAN BILA TENGAH DIET NI? BETIK BOLEH TAK?

Okay saya selalu dapat soalan ni. Pasal pilihan buah apa nak makan masa tengah diet  dan berapa biji atau kuantiti boleh makan. B

Buah- buahan bagus kerana ia membekalkan sumber fiber dalam makronutrien yang diperlukan badan kita setiap hari. Tapi jangan tak tahu, buah juga ada kandungan karbo (dari gula buah) jadi penting untuk tahu mana yang ok dan tak berapa ok.

IKLAN

Yang bagus untuk diamalkan secara kerap ialah buah dalam kategori LOW GI (glycaemic index). GI ni ada kena mengena dengan craving pada benda manis, high carbs dan constantly rasa lapar jika korang ambil more high GI food.

Ambil buah ini di antara waktu makan

Buah bagus diambil in between main meals sebagai snacking. Bajet kalori around 100-150 kalori. Jjadi kalau epal, pisang, pear,  jambu batu ke (low GI) boleh ambil sebiji per snacktime. Kalau betik (GI sederhana) ambil sepotong je. Buah yang tinggi GI jangan selalu amalkan masa tengah diet, sekali sekala ok.

Mana nak tahu ni? Google je “low GI fruits” untuk check apa lagi buah yang bagus makan ketika diet, lihat senarai di bawah. Mana yang tinggi, mana yang sederhana dan mana yang rendah kadar GI.

Selain itu:  Panduan Solat Tarawih Ringkas Di Rumah Untuk Ibu Ada Anak Kecil Yang Tak Dapat Ke Masjid

Indeks Glisemik (GI) ialah kiraan gula dalam makanan. Bacaannya ialah:

Rendah: 55 dan ke bawah
Sederhana: 56 to 69
Tinggi: 70 dan ke atas

IKLAN

Jadi, buah apa yang sesuai dimakan ketika diet?

1. Ceri (GI 20)

Tak Semua Buah Sesuai Dimakan Waktu Diet, Begini Cara Nak Pilih

2. Limau gedang (GI 25)

Tak Semua Buah Sesuai Dimakan Waktu Diet, Begini Cara Nak Pilih

3. Aprikot (GI 32)

Tak Semua Buah Sesuai Dimakan Waktu Diet, Begini Cara Nak Pilih

4. Pir (GI 38)

Tak Semua Buah Sesuai Dimakan Waktu Diet, Begini Cara Nak Pilih

5. Epal (GI 39)

Tak Semua Buah Sesuai Dimakan Waktu Diet, Begini Cara Nak Pilih

6. Oren (GI 40)

Tak Semua Buah Sesuai Dimakan Waktu Diet, Begini Cara Nak Pilih

7. Plum (GI 40)

Tak Semua Buah Sesuai Dimakan Waktu Diet, Begini Cara Nak Pilih

IKLAN

8. Strawberi (GI 41)

Tak Semua Buah Sesuai Dimakan Waktu Diet, Begini Cara Nak Pilih

9. Pic (GI 42)

Tak Semua Buah Sesuai Dimakan Waktu Diet, Begini Cara Nak Pilih

 

Sumber: Fatin Najwa

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI