Cara Berkesan Tanggalkan Kerak Susu Pada Puting & Botol Susu Tanpa Guna Sabun. 5 Minit Dah Bersih!

Share

 

Bagi mak-mak yang ada anak kecil, botol susu berkerak memang jadi masalah kerana ia sukar ditanggalkan.

Kadang-kadang botol baru lagi tapi dah melekat kerak susu. Bukan saja pada botol, masalah sama terjadi puting botol susu.

Ada yang terus membuangnya kerana geram sebab sukar dihilangkan. Nak cuci banyak kali guna sabun risau juga sebab ada kandungan bahan kimia.

Bagi ibu-ibu yang ada masalah ini mungkin boleh mencuba cara mencuci kerak susu pada botol susu cara semula jadi ini.

Guna 3 bahan ini saja

Ia dikongsi oleh Puan Fitriah Azman. Menggunakan beras, garam dan air panas, botol susu bersih macam baru. Begitu juga puting susu bebas dari kerak menggunakan petua yang sama. Caranya adalah seperti berikut:

Bahan-bahan:

Garam dan beras

Gunakan air panas untuk hasil yang pantas

Cara-cara:

1. Masukkan beras ke dalam botol

2. Campurkan air panas ke dalam botol yang berisi beras tadi.

3. Tutup botol dengan penutup

4. Goncang dengan penuh kasih sayang


5. Perhatikan kerak kerak susu mula berenang-renang

6. Goncang sehingga kerak habis tertanggal

7. Bilas dengan air bersih

Ulang step yang sama untuk garam. Boleh gunakan berus botol untuk kesan yang lebih cepat.

Cara bersihkan puting

Untuk membersihkan puting, masukkan beras dan sedikit air panas ke dalam puting. Geserkan permukaan puting dengan beras (rujuk video).

Tada… dah bersih!

Selamat mencuba!

Sumber: Fitriah Azman

IKLAN