Bimbang pulang lewat dan tak sempat menyediakan lauk pauk untuk keluarga, ramai kaum ibu akan menyediakan stok lauk pauk yang kemudian akan dibekukan.

Sampai lewat rumah pun takpa sebab hanya perlu panaskan saja makanan dan masak nasi. Setel hidangan berbuka atau sahur.

Tapi buat stok lauk pauk banyak-banyak pun tak guna jika lauk tercemar dengan kuman dan kotoran gara-gara tak tahu cara yang betul untuk bekukan makanan.

Mengambil tip daripada seorang doktor Busseroa Abd Jalil berkongsi cara betul membekukan lauk pauk yang dimasak.

IKLAN

Tip bekukan makanan dari doktor

Bulan puasa ini ramai para ibu yang akan menyediakan stok lauk pauk yang kemudian akan dibekukan.

Disebabkan ramai yang belum tahu cara untuk bekukan makanan, jadi saya nak share sedikit info yang saya tahu hasil bacaan saya.

Menurut coretan seorang doktor cara paling selamat untuk bekukan makanan ialah:

IKLAN
  • Bekukan terus selepas dimasak. Suam2 sikit dah boleh simpan.
  • Bahagikan makanan tersebut ke dalam bekas kecil untuk sekali makan sahaja.
  • Apabila makanan yang dibeku telah dipanaskan tidak selamat untuk dibekukan lagi.
  • Jangan bekukan makanan yang baki/lebihan selepas dimakan. Mesti bekukan yang baru dimasak.
  • Pilih bekas yang selamat untuk sejuk beku.

Cara Betul Bekukan Stok Lauk Pauk Supaya Tahan Lama & Selamat Untuk Dimakan

Info tambahan

  •  Jika stok makanan tersebut untuk 3-4 hari tidak perlu dibekukan. Memadai sekadar simpan di tempat sejuk sahaja.
  • Makanan yang dibekukan dengan suhu yang sempurna boleh bertahan lebih dari sebulan.
  • Untuk mengekalkan kesegaran makanan, bekukan makanan yang 3/4 masak serta pekat. Apabila dipanaskan nanti baru tambah air, sayur dan sebagainya.

Cara saya

  • Saya selalu sediakan stok makanan untuk anak2 setiap kali saya ada urusan di tempat yang jauh.
  • Jika sekadar 3-4 hari saya tidak bekukan. Jika lebih dari tempoh tersebut baru saya simpan di tempat beku.
  • Saya tandakan “K” (kuah) supaya bibik tahu makanan perlu dipanaskan satu yang kering dan satu yang berkuah untuk setiap kali makan.

Semoga bermanfaat.

IKLAN

Sumber: Busseroa Abd Jalil 

 

 

Selain itu:  Cara Buat Ayam Goreng Salut Tepung Rangup. Nak Jimat Tepung Bancuh Sendiri, Ini Caranya
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI