Cara Buat Cili Kisar Yang Tahan Lama, Berbulan Pun Tak Berkulat

299

 

Ini masalah kaum mak-mak yang selalu jadi rungutan. Cili yang dikisar dan disimpan dalam peti sejuk untuk memudahkan kerja memasak cepat berkulat.

Kita bajet kisar untuk seminggu , alih-alih hari ke-lima dah naik kulat. Lagi geram bila jumlahnya masih banyak.

Tapi lepas ini tiada masalah ada cara sebenarnya untuk memastikan cili kisar tahan lama sampai berbulan-bulan. Tip berikut ini dikongsi oleh Puan Mim Nazihah.

 

Selalu kan kalau kita blend cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih kan Insha-Allah buat camni tahan lama, sebulan dua tak berkulat.

Bahannya :

Cili kering
Bawang putih
Air tapis

1. Potong cili kering (buang biji) dan kupas bawang putih, cuci bersih.

2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.

3. Kemudian toskan (tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih. Kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).

4. Biarkan sekejap agak sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis. Jangan guna air paip ye. Guna air tapis dan satu lagi bawang putih bertindak sebagai anti kulat.

Inshaa Allah cili akan tahan lama dan tak berkulat dengan cara ini. Selamat mencuba!

 

Sumber: Mim Nazihah

 

 

Tinggalkan Komen