Sedapnya makan dumpling cicah sos atau makan dengan sup. Menu ini kalau makan di restoran harganya boleh tahan. Boleh cecah RM8 semangkuk.

Sebab itu, kalau satu famili suka makan hidangan ini lebih baik buat sendiri. Bahan-bahan kebanyakannya ada saja kat dapur kita.

Jika nak cuba boleh ikut resipi Wany Lifa.

Dumpling Homemade Halal (40 biji)

Modal bawah RM10 boleh makan 40 biji dumpling. Kalau makan dekat restoran semangkuk RM8-RM9. Tapi kalau buat cukup satu famili dapat makan. Tapi modal utama kena rajin & sabar.

Bahan untuk inti dumpling:

IKLAN

Buat Sendiri Dumpling Sup, Modal RM10 Dapat 40 Biji

Isi ayam 300g (fillet dicincang)
Lobak merah (setengah batang sagat)
Bawang besar (1 biji cincang halus)
Bawang putih (4 ulas cincang halus)
Daun sup & Daun bawang (potong halus)
Serbuk lada sulah (2 sudu)
Minyak bijan (3 sudu)
Serbuk Maggi cukup rasa (2 sudu)
Garam & gula (1 sudu kecil)
Dumpling pastry (Instant)

Buat Sendiri Dumpling Sup, Modal RM10 Dapat 40 BijiCara membuat:

IKLAN
  • Campur semua bahan kecuali dumpling pastry.
  • Gaul sebati & perap sekejap 10 minit.
  • Masuk inti dalam pastry kemudian kelim pastri ikut kreativiti. Boleh Google/ tengok Youtube cara lipat dumpling.
  • Susun dumpling atas pinggan letak dalam pengukus. Kalau direct letak atas pengukus nanti melekat.
  • Kukus dumpling selama 10 minit.
  • Dah siap kukus boleh makan dengan sos kicap @ goreng dumpling.

Buat Sendiri Dumpling Sup, Modal RM10 Dapat 40 Biji

Bahan untuk sup dumpling

Bawang putih (6 ulas ketuk & cincang)
Halia (1 inci ketuk & cincang)
Minyak bijan (1 sudu kecil)
Serbuk lada sulah sikit
Kiub ayam Maggi (setengah kiub)
Garam & gula

IKLAN

Cara membuat:

  • Tumis bawang putih & halia sampai naik bau.
  • Letak 1 mangkuk air dalam periuk.
  • Masuk bahan lain sampai mendidih.
  • Letak dumpling yang dah siap kukus tadi dalam periuk sekali. Biarkan 2-3 minit sekejap. Kemudian tabur sikit daun bawang.
  • Akhir sekali buat sos pakai sos Thai, campur sikit dengan daun ketumbar yang dah cincang halus. Gaul sebati boleh makan dengan sup. Ada orang buat sos pakai kicap cair tapi lagi suka sos thai lagi padu rasanya.
Selain itu:  Buat Sendiri Apam Balik Homemade, Guna Kuali Non Stick Saja. Mudah Terpulang Nak Tebal Atau Nipis

Total costing :-
Fillet ayam 500g – RM5.20
Dumpling pastry – RM1.80
Lonak merah 6 batang – RM1.00
Daun sup & daun bawang – RM1.00
Bahan yang lain da sedia ada kat rumah
Total = RM9.00

Sumber: Wany Lifa

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI