Bila tetamu nak datang ke rumah terutama waktu tengah hari, kita mula terfikir menu apa nak hidang. Kenalah hidang yang berat sikit sebab dah masuk waktu makan.
Kalau boleh yang ringkas, senang masak tapi sedap. Salah satu yang boleh kita buat adalah nasi tomato. Untuk hidangan nasi tomato yang ringkas ini boleh ikut cara Muhamad Muktamin Abdul Karim. Abang-abang style memang ringkas.
Cara buat nasi tomato mudah
Bahan-bahan:
– Beras basmathi/beras biasa
– Air secukupnya (masukkan 1 sukatan susu cair dalam bilangan sukatan air beras, contoh: 4 cawan air 1 cawan susu cair)
– Rempah – bunga cengkih,bunga lawang, pelaga (letak satu dua ketul saja sebabnya kita nak lebih rasa tomato tapi ada aroma beriyani, itu saja).
– 4 biji tomato – dipotong dadu kecil
– 1/2 tin tomato puri
– Minyak sapi/Ghee
– Bawang dihiris/dikisar
– Sedikit garam atau kiub ayam
Cara membuat:
1. Masukkan minyak sapi biar cair dan masukkan bawang, rempah tomato dan garam/ kiub ayam.
Ads
2. Tumis semua bahan sampai wangi dan sebati.
3. Masukkan beras, air dan susu cair gaul rata dan biarkan saja sampai masak.
4.Masak nasi ini guna dapur gas saja, jika nak guna periuk elekrik selepas tumis dalam periuk atas dapur gas dan masukkan air boleh terus masak guna periuk ini.
Cara buat ayam masak merah ringkas
Ads
Bahan-bahan
1 ekor ayam – potong dan gaul dengan kunyit dan garam, goreng
3 biji bawang besar -kisar
5 biji bawang putih -kisar
1 sudu serbuk/biji ketumbar -kisar
3 biji tomato dipotong dadu(kecil), nak lebih pun boleh
Cili kering kisar atau cili boh
Daun limau purut jika suka
Kiub ayam separuh kiub
5 sudu sos cili
Garam gula secukup rasa
Cara membuat:
1. Tumis bahan kisar & cili kisar sehingga pecah minyak (satu senduk besar atau lebih minyak/secukupnya)
Ads
2. Masukkan garam, gula dan kiub ayam, gaul sebati, masukkan ayam, tomato dan gaul rata.
3. Biarkan dalam beberapa minit dengan api perlahan sambil sesekali gaul ayam biar semua meresap. Siap
Boleh hidang dengan papadom dan juga acar jelatah, dah setel untuk jamu tetamu. Confirm kenyang.
Sengkuang punya banyak kegunaan dalam masakan, selain sengkuang calit yang popular itu, ia digunakan dalam rojak, popia, colek, tauhu sumbat dan banyak lagi hidangan. Jadinya kalau nak tanam memang berbaloi.
Cara penanaman sengkuang juga sebenarnya mudah. Ia lebih subur ditanam di batas tapi boleh juga ditanam dalam pasu. Langkah penanaman adalah seperti berikut;
1. Sediakan biji benih sengkuang. Boleh dibeli dinurseri atau secara online. Sebelum ditanam benih sengkuang direndam terlebih dahulu ke dalam air sehingga semalaman.
2. Sediakan batas atau jika menggunakan pasu pilih 18 inci atau apa-apa bekas bersaiz besar.
3. Campuran media atau topsoil untuk di tanam dalam pasu atau batas. Boleh menggunakan jenis tanah yang lain asalkan jangan tanah clay.
4. Buat lubang sedalam kira-kira satu inci setengah dalam pasu atau batas.
4. Masukkan sebiji sengkuang yang telah direndam semalaman ke dalam lubang. Jika ditanam dalam pasu, pastikan satu pasu untuk satu benih sengkuang. Ini bertujuan agar tidak ada persaingan dan akar sengkuang bebas bergerak.
5. Timbus lubang dengan tanah dan siram dengan air secukupnya.
6. Letak pasu-pasu itu di tempat yang ada pancaran matahari dan jangan lupa menyiram dengan air secukupnya agar tanah sentiasa lembap. Benih sengkuang mulai bercambah setelah 5 hingga 14 hari disemai. Ia mengikut kadar kelembapan tanah. Namun jika tanah terlalu basah pula benih sengkuang akan berkulat dan mati.
Ubi sengkuang boleh dituai 4-5 bulan selepas ditanam dengan cara menggali. Bagi menghasilkan ubi sengkuang yang besar dan banyak ia perlu ditanam di atas batas.
Selain untuk privacy dan melindungi aurat penghuni rumah pemasangan tinted juga dibuat untuk mengurangkan cahaya dan kepanasan dari sinar matahari.
Nak mudah boleh upah saja orang untuk pasang tapi kalau mahu jimat buat sendiri pun boleh sangat. Memang lebih jimat dari segi kos upah.
Jika memang dalam perancangan untuk memasang tinted ini pada tingkap atau sliding door rumah boleh guna tip pembelian tinted dan tip pemasangan yang dikongsi oleh Muhammad Faris Abdullah.
Tip beli tinted dan tip jika nak pasang sendiri
Saya suka DIY misalnya rumah sewa saya ini tingkap dapurnya visible dari luar. Kadang-kadang nampak orang lalu lalang dan mereka juga boleh nampak kita yang kat dalam rumah ni.
SEBELUM TINTED
Saya decide untuk pasang sendiri tinted rumah ini mudah saja saya beli di Shopee. Search je tinted rumah macam-macam brand keluar.
Memang cantik tingkap terus jadi macam mirror look a likes. Rumah yang asalnya flat kos rendah auto nampak macam kondo. Macam rumah saya ini saya pakai tinted warna Silver Black dan Matt White.
SELEPAS TINTED
Tip beli dan pasang DIY tinted rumah
1) Warna Silver Black ini kadar ketelusannya~80%, kalau waktu malam dalam rumah pasang lampu boleh nampak bayang². Untuk warna Silver Black ini tintednya akan tapis cahaya dan haba rumah pun jadi redup tidak panas sangat sesuai musim El-Nino ini. Ia sesuai dipasang di bilik tidur dan ruang tamu.
2) Kalau mahukan 100% privasi dan masih mahukan cahaya masuk, saya ambil warna Matt White. Warna Ini orang luar memang tak nampak. Cahaya pun masih tembus bilik tidak gelap. Sesuai untuk dipasang di dapur ada privasi dan cahaya masih masuk.
3) Beli size yang betul. Ukur size tingkap kemudian potong sendiri mengikut size sebenar tingkap. Bagi sedikit extra 5-10mm supaya cermin cover habis ketika pemasangan.
4) Sewaktu pasang pastikan pakai air sabun yang banyak barulah cantik tintednya tak kedut. Kalau takde sabun tinted akan mudah melekat dan berkedut.
5) Untuk beginner saya sarankan beli extra 2-3 keping tinted sebagai trial. Harga RM4 je untuk satu tingkap. Murah sangat kalau panggil tukang professional mahal juga rasanya mau beratus ringgit.
Kalau macam saya suka belajar dan DIY banyak kali juga try baru menjadi itulah harga nya try and error. Tetapi skill sampai ke tua kita ada sangat berguna. Untuk tutorial pemasangan tinted ini search di Youtube; “How to install window tint”.
Hidangan jenis kerabu bukan saja sedap tapi jugak sihat. Penuh dengan sayur dan tak gunakan minyak.
Antara kerabu yang paling sedap adalah kerabu pucuk paku bersama tauge dan kerang, stail utara. Ada rasa masam, pedas, manis memang syok meratah. Tak sedar habis sepinggan.
Lagi satu kerabu jenis ini jarang dijual di restoran, jadi kalau nak makan kena buat sendiri. Bagi yang teringin boleh ikut perkongsian Nor Haida ini.
Cara buat kerabu kerang stail utara yang sedap
Bahan-bahan :
1 mangkuk kerang – rebus dan kopek isi
Seikat pucuk paku- celur dan tos
2-3 genggam taugeh- celur dan tos ( jika nak rangup tak perlu celur tapi cuci bersih)
1 biji bawang besar – dihiris nipis
4 sudu santan pekat
3 sudu besar kerisik
2 sudu air limau nipis
Garam secukupnya atau boleh guna sos ikan tapi kuantiti sikit saja, nanti masin
Gula secukup rasa (boleh pakai gula Thai, rasanya lemak manis lagi sedap)
Bahan kisar:
3 batang serai
½ inci lengkuas
5-8 tangkai cili api (lebihkan jika nak pedas)
Belacan – sebesar ibu jari
Cara membuat
1. Bahan kisar letak dalam pengisar bersama sikit saja air. Jangan letak banyak supaya kerabu tak berair. Boleh juga tumbuk lumat, lagi sedap.
2. Tuang bahan kisar dalam besen masukkan kerisik, bawang besar, air limau nipis, santan, garam dan gula. Gaul sebati, boleh juga tambah serbuk perasa.
3. Masukkan isi kerang, pucuk paku dan taugeh. Gaul lagi dan rasa, jika ada kurang tambah ikut citarasa masing masing. Paling penting ada gabungan rasa pedas, masam, masin, manis, lemak santan dan kerisik, serai lengkuas bersatu dan bergaul mesra.
Kerabu stail utara ni meratah saja pun boleh habis sebesen.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...