Kuih tradisional putu kacang hijau ini semakin jarang kita jumpa waktu raya. Tak ramai yang buat, biasanya orang-orang tua saja tahu resipi kuih legend ini.
Disebabkan tak tahu cara buatnya, ada yang ingat kuih ini dibakar. Putu kacang hijau ini antara kuih yang tak perlu guna oven, jemur saja bawah matahari. Bahan pun tak tak banyak cuma dua saja, kacang hijau dan gula.
Supaya kuih ini tak dilupakan, berikut dikongsi cara membuatnya. Resipi Chek Kuna Ahmad ini adalah daripada ibunya yang mengambil tempahan setiap kali raya.
Cara buat putu kacang hijau
Bahan-bahan
1 kg kacang hijau yang telah dibuang kulit (boleh beli yang siap dibuang kulit)
1 kg gula halus (ayak)
Cara membuat:
1. Kacang hijau tanpa kulit digoreng tanpa minyak. Klik SINI untuk beli kacang tanpa kulit di Shopee
Ads
2. Biarkan kacang sejuk.
3. Cuci bersih dan toskan sehingga kering
4. Kisar kacang hijau hingga halus. Kemudian ayak.
5. Tambahkan gula halus yang telah diayak dan kacang hijau kisar tadi
Gaul sebati.
Ads
6. Biar semalaman supaya adunan jadi sebati dan lembap.
7. Esoknya boleh tekan dalam acuan dan keluarkan.
8. Susun dalam talam & jemur hingga kering.
Ads
INFO
-Tujuan kacang dibasuh selepas digoreng untuk jadikan kacang lembab dan senang diterap dalam acuan. Tak berderai bila diketul keluar dari acuan.
-Pastikan kuih putu dijemur kering supaya tak hapak.
-Makan kuih putu ini kena tutup mulut, supaya cair dalam mulut dan tak tersembur.
Masak sardin memang sedap, tapi kalau asyik masak sambal kita cuba menu kari sardin pulak. Nikmatnya sama macam makan sambal sardin. Layan dengan nasi panas, cicah roti kosong ataupun roti Arab.
Kalau belum pernah buat, boleh cuba ikut perkongsian Azlina Ina.
Cara masak kari sardin
Bahan-bahan:
1 tin besar sardin (Ayam Brand atau King Cup)
Bahan tumis:
1 labu bawang besar merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Cara membuat
Hiris semua bahan tumis.
2. Kemudian tumis sampai garing
3. Masukkan 1 paket rempah kari (Babas warna kuning)
4. Masuk air sedikit dan masak sampai pecah minyak
5. Masukkan daun kari dan sardin dalam tin, tambah air 2 cawan
6. Dah agak pekat kuah masuk garam perasa dan air asam jawa sedikit.
7. Bila dah hampir masak baru masukkan tomato yang dibelah bersama cili besar belah hujung.
Kuih tiram yang rangup dan manis ini memang ramai peminatnya. Sekali hadap memang ralit boleh habis sebalang. Jika selalu kuih tiram ini kita beli, mungkin sempena Aidiladha ini kita cuba buat sendiri.
Dikongsi oleh peniaga kuih tiram sendiri, Aznor Aznora boleh ikut resipi yang digunakan untuk jualan.
Buat sendiri kuih tiram yang rangup, berlapis cantik
Bahan-bahan
1 bungkus tepung gandum cap Ros
6 sudu makan marjerin (cairkan)
1 biji telur(kacau dulu)
1 sudu makan garam
Air sejuk secukupnya
1/2 paket minyak masak
1/2 paket tepung ubi
Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuat
1. Gaul minyak masak dan tepung ubi hingga adunan sederhana pekat. Ketepikan dulu, bahan ini adalah untuk sapuan pada doh nanti.
2. Tuang tepung gandum dalam bekas, buat lubang di tengah-tengah. Letak garam, marjerin yang dicairkan di dalamnya.
3. Kacau dengan senduk garam dan marjerin tadi hingga garam hancur. Selepas itu baru ratakan pada semua tepung. Ramas-ramas sampai jadi seperti serbuk roti.
4. Tuang telur, gaul sekejap kemudian curahkan air sejuk sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh yang sederhana lembut.
5. Selepas itu bolehlah canaikan doh. Sapu doh yang siap dicanai nipis ini dengan bancuhan tepung ubi dan minyak tadi.
6. Seterusnya gulung doh dan barulah dipotong menjadi bahagian yang kecil.
7. Lenyek atau canaikan doh yang dipotong, kemudian bolehlah digoreng hingga garing keemasan. Angkat dan tos minyak. Biar sejuk sebelum digaul dengan gula halus.
Ketika ini situasi banjir di beberapa negeri masih lagi belum pulih. Malah ada tempat yang terus dinaiki air. Dalam hal ini pelbagai cara dikongsi oleh pemilik rumah untuk memastikan risiko banjir kepada harta benda dikurang.