Rasa nak makan lauk sihat tanpa minyak tapi sedap! Ha boleh buat sup ayam sihat perkongsian Nik Nur Adilin.
Tak perlu tumis, tanpa guna minyak lagi jimat kan. Paling penting sup ayam ini mudah disediakan dan rasanya sedap, rasa manis asli dari sup ayam.
Menurut Nik Nur Adilin, sup ayam sihat ini adalah resipi daripada ibunya dan turut jadi kegemaran anak-anak. Cara masak cukup mudah.
Cara buat sup ayam sihat yang sedap
1. Ayam setengah ekor. Saya guna 6 ketul besar-besar, beli ikut bahagian, guna bahagian rangka & drumstick.
2. Sediakan bawang merah 6 ulas, bawang putih 6 ulas bersama sehiris halia. Tiga bahan ini dtumbuk kasar tapi saya hiris saja.
3. Sediakan rempah empat sekawan. Tapi saya campak seketul sup bunjut saja.
Ads
4. Boleh letak ubi kentang jika suka. Potong besar supaya tak cepat hancur.
5. Sediakan bawang merah untuk buat bawang goreng. Boleh guna yang ready made.
6. Cara memasak, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, rempah dan ayam dalam periuk.
Ads
7. Isi air hingga tenggelam ayam. Buka api perlahan, tutup periuk. Di pertengahan, boleh letak ubi kentang.
8. Bila terbit minyak asli dari ayam seperti gambar di bawah, tandanya sup dah masak. Boleh letak daun sup & bawang goreng.
Ads
9. Boleh letak garam untuk perasakan. Ada yang letak gula tapi saya tak letak. Bagi saya, bawang goreng dah cukup manis dan bawang bawang lain yang dah masak dah ada manis tersendiri.
Kita memang selalu beli kelapa parut untuk dapatkan santan segar. Selalunya lepas perah kita buang saja hampasnya.
Rupanya hampas kelapa ini pun masih berguna. Ia masih boleh dimanfaatkan untuk kecantikan kulit. Hampas ini boleh kita gunakan untuk buat skrub berkesan untuk membersihkan dan menghaluskan kulit.
Jadi tak perlulah kita beli produk skrub lain, lebih jimat dan yang penting ianya semula jadi tidak menggunakan bahan kimia. Cara mengolah hampas kelapa menjadi skrub ini dikongsi oleh Sarifa Redzuan.
Buat skrub dari hampas kelapa
Petua gunakan hampas kelapa ini memang diakui keberkesanannya. Di atas keberkesanan itulah, kebanyakan kosmetik sekarang menggunakan kelapa dalam produk mereka.
Salah satu yang boleh dihasilkan menggunakan hampas kelapa adalah skrub. Ia boleh digunakan sebagai skrub untuk muka dan seluruh badan.
1. Sediakan 7 besar hampas kelapa bersama bahan berikut;
-Sedikit kunyit hidup @ serbuk kunyit
-2 sudu besar gula biasa atau gula perang
-1 sudu besar garam halus
-2 sudu tepung beras
2. Kisar kesemua bahan dengan pengisar kering. Skrub dah siap!
3. Cara penggunaan;
Campur air biasa atau air mawar, kacau sebati dan scrub muka atau badan.
Kalau mahu kesan lebih power boleh perah sedikit air limau kasturi @ atau lemon dan scrublah di badan dan muka.
Amalkan seminggu 2-3 kali.
Lebihan skrub boleh simpan dalam peti. Boleh tahan dekat 2 minggu kalau tidak di campur air. In Sha Allah. Akan kulit akan nampak perubahan ketara.
Banyak manfaat kelapa ini , antaranya;
-Haluskan kulit
-Lembap kan kulit
-Tanggalkan kulit mati
-Redakan masalah ke gatalan kulit
Sambal telur rebus ini antara yang digemari untuk hidangan tengah hari. Ada sambal ini tambah ikan atau ayam goreng dan cukup lengkap menu.
Kalau biasa masak hidangan ini tumis sambal dan letak telur yang direbus apa kata tukar sikit cara ikut tip yang dikongsi oleh Noor Bariah Ana untuk rasa yang lebih sedap dan umphh. Selain itu sambal yang dimasak cara ini pun warnanya merah dan menarik selera.
Cara buat sambal telur rebus goreng yang sedap, warna merah menarik
Bahan-bahan:
10 biji telur rebus (kupas dan goreng dengan api perlahan)
Bahan kisar:
15 biji bawang kecil( bawang banyak baru sambal sedap sambal
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering (potong dan rebus sekejap) lebihkan jika suka pedas
Bahan sos:
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula pasir (kalau suka masakan manis boleh lebihkan)
1 sudu besar pes asam jawa (boleh guna pes)
½ sudu kecil Sunquick Mandarin (inilah yang buat sambal rasa lagi umphhh)
Garam
Bawang Holland-mayang bulat
Cara membuat:
1. Panaskan minyak (boleh guna semua minyak goreng telur tadi) masukkan bahan kisar dan tumis sekejap dan terus masukkan bahan sos tadi.
2. Tumis kena lama baru sambal cantik merah, dah nak siap baru masukkan garam dan bawang Holland. Masukkan telur kacau sekejap hingga bawang layu boleh tutup api.
Tip waktu masak sambal
Minyak kena lebih, tumis sambal hingga nampak garing.
Tambahkan air panas sikit sikit kemudian tumis lagi. Tambah lagi air panas sampai betul minyak tumisan dah pecah minyak.
Saya tambah air panas banyak kali sampai tumisan saya betul-betul garing dan warnanya gelap.
Tumis lama sikit dan kerap kacau (tapi jangan sampai hangus) barulah akan dapat warna tumisan yang merah dan gelap.
Cucuk keliling telur denan garfu sebelum goreng. Tak perlu guna kunyit dan garam lagi. Foto & petua Fahanis Ibrahim
Info chopper
Selain bahan, perkakasan i yang sesuai juga memudahkan kita memasak sambal. Mind Food Chopper Set ini sedia untuk membantu menyenangkan kerja membuat sambal. Klik SINI untuk lihat dan beli.
Ada masa kita tak tahu nak makan atau nak masak lauk apa. Tapi yang pasti tekak nak makan lauk yang simple-simple saja. Ayam masak kicap ini lauk yang boleh kita buat .
Ayam masak kicap ini juga ada banyak versi. Kalau nak kelainan, apa kata ikut versi Yayar Mohamad Nor pula. Ini adalah resepi dari arwah ibunya. Memang ringkas tapi menyelerakan sangat.
Bahan untuk kuah kicap
2 batang serai -dihiris nipis
1 inci halia
6 ulas bawang putih
Bahan lain
Bawang besar & cili besar -dipotong bulat
1 senduk cili kering – kisar
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat
Cara membuat:
1. Tumbuh semua bahan untuk kuah kicap hingga halus dan lumat
2. Tumiskan bahan tumbuk sehingga perang.
3. Masukkan cili kering kisar, biar hingga garing.
4. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Perasakan garam aji dan gula.
5. Masukkan bawang besar dan cili besar.
6. Masukkan ayam yg dah telah digoreng. Gaul rata, sedia dihidangkan.