Cara Buat Tart Nenas Kiub, Biskut Viral Tahun Ini Mak-mak Kena Cuba

3783

 

Selalunya kita buat tart nenas gulung atau bunga, tapi tahun ini tambah satu lagi idea baru untuk hasilkan tart nenas.

Tart nenas bentuk kiub. Kecil, comel inilah yang sedang ‘in’ ketika ini. Bagi yang suka mencuba boleh jadikan tart nenas kiub ini sebagai salah satu hidangan biskut raya. Resipi dari Siti Norizan‎ boleh kita ikut.

Bahan -bahan tart nenas kiub

  • 1 cwn butter@ marjerin (sy guna buttercup je)
  • 2sb gula Kastor @ 2 sb Susu pekat
  • 1sk esen vanilla
  • 2sb minyak sapi
  • 2sb Susu tepung (optional)
  • 1biji kuning telur
  • Secubit garam
  • ¼ cwn tepung kastard (ayak)
  • ¼ cwn tepung jagung (ayak)
  • 2 ½ cwn @ secukupnya tepung gandum (Ayak)
  • Kuning telur & sedikit pewarna sebagai hiasan

Tip: Jika doh lembik sila tmbh tepung gandum secukupnya**

Cara membuat:

1. Satukan butter, telur, gula/susu pekat, esen vanilla, minyak sapi, garam. Pukul sebati, guna senduk kayu.

2. Masukkan susu tepung, tepung jagung, tepung kastard. Pukul lagi.

3. Masukkan pula tepung gandum sikit demi sedikit. Uli doh dgn tgn. Jika doh melekat pada tangan, tambah tepung gandum dalam 1 atau 2 sudu besar.

4. Masukkan doh dalam mould, letak separuh saja, letak inti kemudian tutup dgn doh. Simpan dalam peti lebih kurang sejam. Boleh keluarkan dari mould.

5. Sapu tray dgn sedikit butter, susunkan tart dalam tray dan sapukan kuning telur di atasnya. Bakar lebih kurang 25-30minit. Suhu 170c, api atas bawah.

6. Tart nenas kiub yang sedia dimakan

Selamat mencuba semua!

Sumber: Siti Norizan